28 April 2010

7 KALIMAH AGUNG

Sabda Rasulullah s.a.w:

barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1. Bismillahhirrahmann irrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulliah: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirrullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah: jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquataill ahbillah : bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillallah : bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih

oleh Allah.

SEJARAH AYAT KURSI......

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”
Sabda baginda lagi;

“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya

Malam ini...Dan Kenangan Itu...


Malam ini...
sepi...dingin...
menusuk kalbu...
angin berlalu pergi...
sepoi-sepoi bahasa...
membawa makna....
dan kenangan itu pun menjelma...

Kenangan...
untuk apa kau hadir...
menyusul tiba...menerjah kotak mindaku...
memainkan hati ini...

Telah ku tutup kenangan lalu...
segala yang ada ku simpan erat...
tak ingin lagi mengenang...
tak ingin lagi menyulam...
cerita lama....biarkan ia berlalu...

Duhai kenangan itu...
janganlah kau ganggu hati ini...
izinkanku untuk menikmati...
bahagia kini milikku....

terbanglah kenangan...
sejauh mana yang kau mahu...
bawalah bersama kisah itu...
asalkan tidak menyesakkan daku....

Bersama malam ini dikau pergi...
menghanyutkan bersama suka dan duka lalu...
tak ingin lagi diri ini mengingati....
tak ingin lagi hati menyapa kenangan itu...
kerna kau membuatkan aku bersedih....
kerna kau jualah membuatkan hati ini menjadi benci....

Malam ini...dan kenangan itu...
aku kuburkannya bersama nisan....
'MATI'lah kau...damailah kau....
bersama sisa RINDU dahulu yang kini telah ku lenyapkan...
bersama sisa CINTA yang kini telah ku padamkan...
bersama malam ini juga kau tiada lagi bertakhta...

Namun kenangan itu...
tetap membawa erti untukku......

Malam ini...
hakikatnya...aku bahagia...
bersama CINTA baru...
bersama RINDU baru...
diciptakan olehNYA...
walaupun hanya SEKETIKA CUMA...
kerna CINTA...RINDU...BAHAGIA di sini bukanlah kekal...
sampai masanya nanti DIA akan mengambil kembali semua yang diberi...
itulah dia...NIKMAT SEKETIKA...
tetapi INDAH...sangat BERNILAI...untuk disia-siakan....

Kata Ibnu Qayyim – 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8 ) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik – pura-pura menangis.

“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.”
(AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.
Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka “Rasulullah saw bersabda :
Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya
dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya
tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu
kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang
tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata
Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu
menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan
tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat
Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”

Air mata yang tiada di tuntut:

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah
menentukannya. Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan .

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita
kurang bersedekah buat amalan.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu
adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat
bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala
dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda “Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka,
mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt
dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”

“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat”??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”

“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”

Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 p erkara : “Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu.”

Ingatan ku hanya pada kalian…dan hati akan bahagia jika diriku jua dalam
ingatan kalian… Dan aku akan bertambah bahagia jika bertemu kalian dan
kalian bertemu diriku di suatu masa dan satu tempat….

IBU SEGALA ILMU

Ada sebuah kisah pada zaman khalifah, ada seorang pemuda ingin benar mengetahui apakah dia “IBU segala ILMU“, beliau telah bertanya pada semua cerdik pandai agama pada masa itu tetapi tiada satu pun yang dapat menjawabnya. Lantas selepas itu pemuda tersebut telah mengembara mencari jawapan yang masih belum terjawab miskipun beliau terpaksa meninggalkan isterinya keseorangan di rumah kerana keazaman lelaki itu untuk terus berusaha mencari jawapannya.

Setelah daerah demi daerah ke serata pelusok benua dia harungi untuk bertanya soalan itu akhirnya dia dengan izin Allah telah bertemu dengan seorang alim yang sudah lanjut usia. Apabila mendengar hajat dan pertanyaan lelaki itu lantas orang tua itu mengambil kalam lalu menulis sepotong ayat pada sekeping kertas lalu dilipatnya kertas itu. Kemudian itu kertas tersebut terus di berikan kepada lelaki itu seraya orang tua itu berkata “Janganlah sesekali kamu membuka atau membacanya sehinggalah apabila kamu pulang ke rumah”

Setelah beberapa tahun mengembara akhirnya beliau pulang kerumah, apabila saja sampai di rumah beliau terdengar suara lelaki sedang bergurau senda di rumah bersama isterinya. Melihat kejadian itu lalu beliau terus mencapai pedang di pinggangnya dan terus menuju ke pintu rumahnya. Apabila telah melewati pintu itu tiba-tiba beliau teringatkan pesan orang tua itu agar membaca segala apa yang ditulisnya. Lalu lelaki itu pun terus membacanya. Tiaba-tiba saja dia terdiam dan berubah fikiran.

Selepas itu beliau terus memasuki rumahnya dan mendapati isterinya sedang berbual mesra bersama dengan seorang pemuda, lalu terus beliau bertanya dengan isterinya siapakah pemuda itu lalu isterinya menjawab dia adalah anakmu yang telah kau tinggalkan semenjak dari saat aku mengandungkanya dulu, kini dia sudah dewasa. Dengan penuh hiba pemuda itu terus menitiskan air mata kerana beliau terharu bahawa pemergianya selama bukanlah sesuatu yang sia-sia.

Apakah sebenarnya yang membuat pemuda itu berubah hati daripada perasaan amarahnya yang menguasai dirinya bagaikan separuh gila untuk membunuh dua insan yang tak berdosa itu. Sebenarnya kata-kata yang tertulis oleh alim itu telah benar-benar membuat pemuda itu berubah. Persoalan yang panjang dan mengambil masa yang lama untuk mencarinya akhirnya terjawap jua dan apa yang tertulis hanyalah satu rangkap perkataan yang hanya mempunyaai 5 huruf sahaja.

Benarlah katanya “IBU segala ILMU itu adalah SABAR”

Semoga mendapat iktibar untuk semua sahabat, kisah ini saya karangkan semula dari tazkirah subuh semasa saya berusia 15 tahun yang telah disampaikan oleh seorang sahabat saya di sebuah musola di Pengkalan Hulu Perak dahulu

Wallahualam

KonGsi Bersama...

AZAB PEREMPUAN DI NERAKA

Maka Rasullullah telah bersabda setelah pulangnya baginda dari Isra’ dan Mi’raj tentang perempuan yang dilihat menerima balasan perbuatan di dunia. Antaranya kejadian yang telah diperlihatkan oleh Allah swt kepada baginda saw ialah :

1. Dan adapun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia,

2. Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti suaminya.

3. Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia memberikan air susu suaminya kepada bayi yang lain tanpa izin suaminya.

4. Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah tanpa izin daripada suaminya.

5. Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.

6. Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tidak bersuci badannya dan tidak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringankan solat.

7. Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).

8. Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (batu api) lagi amat dusta.

9. Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki

Waallahualam,

27 April 2010

Aurat Wanita Muslimah Menurut Syarak


Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi dari diperkatakan. Malangnya, apa yang mendukacitakan adalah sering kali penjelasan tentangnya tidak berlandaskan nas yang sahih sebaliknya hanyalah takwilan yang dilatari hawa nafsu serta kebencian kepada sumber yang qat’ie. Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga dipanggil ‘hijab’ dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal. Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aurat.

Ada juga yang beranggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam. Ahmad Reda yang merupakan penyeru agar ditumbangkan sistem pemerintahan Islam di Turki menganggap bahawa selagi lelaki dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan membuka hijabnya maka tiada kedaulatan undang-undang dan kebebasan di Turki [Rujuk al-Ittijah al-Wataniah fi al-Adab al-Mu’sir, Jil. 2, ms273). Manakala Taha Husin dari Mesir menyatakan dalam bukunya ‘Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr’: “Kita mesti mengikut jejak langkah orang-orang Eropah dan cara mereka. Kita mesti menjadi sekutu mereka dan rakan kongsi dalam ketamadunan, sama ada yang baik atau yang buruk, sama ada yang manis atau yang pahit, sama ada yang disukai atau yang dicaci.” Baginya menutup aurat perlu ditentang kerana ianya berbeza dengan Barat. Dr. ‘Imad ‘Abd Hamid An-Najar dalam Jaridah al-Akhbar pula menyatakan: “Adapun mengenai hijab dan percampuran antara wanita dan lelaki dalam kehidupan harian, ini adalah perkara yang boleh ditentukan oleh sesebuah masyarakat berdasarkan keadaannya. Bagi setiap masyarakat ada pakaian dan cara-cara yang memudahkan individunya. Apa yang disebut di dalam al-Qur’an mengenai hijab adalah khusus untuk isteri-isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Hukum-hakam ini bukanlah semestinya berkaitan dengan seluruh wanita.”

Demikianlah di antara sebahagian penentangan-penentangan terhadap hukum Allah yang ditunjukkan oleh kumpulan atau individu yang sudah teracun oleh pemikiran kufur Barat. Di samping itu, masih terdapat ramai juga wanita Muslim yang masih tidak tahu, tidak faham atau salah faham dengan cara-cara menutup aurat secara syar’ie di dalam kehidupan mereka. Justeru, mereka terjatuh di dalam dosa dan keharaman. Justeru, hukum menutup aurat ke atas Muslimah ini mestilah diperhatikan betul-betul agar kita tidak terjerumus ke dalam kesesatan dan dosa.

Dalil-dalil tentang Aurat Wanita

(i) Batasan aurat wanita
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].

Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66].

Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45].

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]

(ii) Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan Umum/Public Life)
Yang dimaksudkan dengan hayaatul ‘am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu

(a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan
(b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).

Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,

“Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59].

Oleh sebab Al-Quran adalah berbahasa Arab, dan perkataan “jilbab” itu adalah perkataan Arab, maka kita hendaklah memahami apakah yang dimaksudkan “jilbab” di dalam bahasa Arab. Dengan kata lain, kita hendaklah memahami dan mengikuti apakah yang orang Arab faham bila disebut jilbab. Maka inilah pakaian yang diperintahkan oleh Allah kepada perempuan. Di samping itu, perincian tentang pakaian ini telah pun dijelaskan di dalam banyak hadis sahih yang wajib diikuti oleh setiap orang.

Jadi, apakah makna jilbab itu? Selain dari melihat sendiri kepada nas-nas hadis tentang pakaian yang dipakai Muslimah semasa zaman Rasulullah, kita juga boleh merujuk kepada banyak kamus Arab untuk mengetahui makna “jilbab”. Dalam kitab Al-Mu’jam Al-Wasith karya Dr. Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau al-mula’ah asy-tamilu biha al-mar’ah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita).

Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/mula’ah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di dalamnya masih ada pakaian dalam (pakaian rumah) atau pakaian sehari-hari tetapi bukan hanya coli dan seluar dalam] lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya. Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan/diwajibkan memakai “khimar” iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada.

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,

“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].

Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan am tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan. Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti.

(iii) Pakaian wanita dalam Hayatul Khassah (Kehidupan Khusus/private life)
Yang dimaksudkan dengan hayatul khassah adalah keadaan di mana seseorang wanita itu menjalani kehidupannya di rumahnya bersama dengan anggota keluarganya yang lain.

Adapun cara seorang Muslimah menutupi auratnya di hadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan khusus seperti di rumahnya atau di dalam kenderaan peribadi, syarak tidak menentukan bentuk/fesyen pakaian tertentu tetapi membiarkan secara mutlak tanpa menentukannya dan cukup dengan mencantumkan lafaz dalam firman-Nya,

“wa laa yubdiina” (“dan janganlah mereka menampakkan”) [Surah An-Nur:31]

atau sabda Nabi,

“lam yashluh an yura minha” (“tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya”) [HR Abu Dawud].

Jadi, pakaian yang menutupi seluruh auratnya kecuali wajah dan telapak tangan dianggap sudah menutupi, walau bagaimana pun bentuknya. Tetapi ia adalah tertakluk kepada hukum tabarruj (sila lihat perbincangan di bawah).

Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat iaitu yang tidak menampakkan aurat dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar'i, tanpa melihat lagi bentuk, jenis, atau fesyennya. Namun demikian syara' telah mensyaratkan dalam berpakaian agar pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. Jadi pakaian wajib dapat menutupi kulit sehingga warna kulitnya tidak diketahui. Jika tidak demikian, maka tidak dikatakan menutup aurat. Oleh kerana itu apabila kain penutup itu tipis/transparent sehingga nampak warna kulitnya dan dapat diketahui sama ada kulitnya berwarna merah atau coklat, maka kain penutup seperti ini tidak boleh dijadikan penutup aurat dan haram hukum memakainya.

(iv) Wajib memakai tsaub, di samping jilbab

Tsaub ialah ‘pakaian di rumah’ iaitu pakaian yang dipakai oleh wanita di hadapan mahramnya semasa berada dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) tatkala tiada lelaki ajnabi (lelaki asing) di dalamnya. Dalil mengapa wajib mengenakan tsaub di dalam jilbab ialah berdasarkan firman Allah,

“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haidh dan mengandung) yang tiada ingin berkahwin (lagi) tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian (tsiyab) mereka, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka” [TMQ An-Nur (24):60].

Ayat ini membenarkan wanita yang telah putus haid dan tiada keinginan berkahwin menanggalkan atau melepaskan pakaian (tsaub). Ini bermakna, jika tiada ‘pakaian’ di dalam jilbab, bermakna wanita yang telah putus haid berkenaan akan berbogel, walhal berbogel tidak dibolehkan. Justeru, tsaub adalah ‘pakaian dalam’ (pakaian rumah) yang wajib dipakai oleh Muslimah di samping jilbab (pakaian luar) di dalam hayatul am atau di dalam hayatul khas tatkala ada lelaki ajnabi. [Rujuk Imam Muhammad Abu Zahrah dalam kitab Usulul Fiqh:164-147, Abdul Wahab Khallaf kitab Ilmu Usul Fiqh:143-153 dan Sheikh Taqiuddin an-Nabhani dalam kitab As-Syahsiyyah Al-Islamiyyah Juz. 3:178-179].

Larangan Bertabarruj
Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An-Nur (24):60 iaitu Firman Allah,

“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan (tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. [TMQ An Nur(24):60]

Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah

“Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.” [TMQ Al-Ahzab (33):33]

Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,

“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”

Abul A’la al Maududi berkata:

“Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna-

(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya);

(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari].

Khatimah
Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi:

"Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa".

Wallahu ‘alam bi sawab

6 RAHSIA ALLAH

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan
> bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula
> baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
> timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan
> 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang
> dirinya sendiri dan berkata:-

> “Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk
> yang lebih baik daripada aku?.”

> Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak”
> Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat
> kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap
> rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai
> Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
> bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah
> menyembah
> aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan
> tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku
> seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman
> nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang
> paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia
> mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,
> sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat
> yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam
> keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka
> melayang bermacam-macam dan dosa mereka
> pun
> besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan
> ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku
> lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka
> mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu
> mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”

> Kemudian Jibrail as berkata: “Ya Tuhanku, apakah
> yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai
> imbalan ibadat mereka?” Lalu Allah berfirman yang
> bermak! sud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga
> Ma’waa sebagai tempat tinggal…” Kemudian
> Jibrail
> as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
> Ma’waa.

> Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT
> maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan
> sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
> sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000
> tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300
> tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan
> akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah
> bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah
> SWT lalu ia berkata dalam sujud:

> “Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak
> perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau
> seperempatnya?” Kemudian Allah swt berfirman yang
> bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu dapat
> terbang
> selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan
> kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau
> miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu
> lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada
> sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah
> kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan
> solat dua rakaat yang mereka kerjakan…..”

> Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha
> lakukan…
> Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan
> enam
> perkara iaitu :-

> * Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam
> taat.

> * Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di
> dalam maksiat.

> * Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang
> Maha Agung di dalam Al-Quran.

> * Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar
> di dalam bulan Ramadhan.

> * Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang
> paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

> * Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh
> terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

> Semoga kita mendapat keberkatan daripada ilmu ini.
> Wallahualam

Wanita Ahli Syurga dan Wanita Ahli Neraka




Al Quran mencatat tentang dua wanita ; wanita ahli syurga dan wanita ahli neraka . Firman Allah SWT :
Allah membuat isteri Nabi Nuh dan isteri Luth perumpamaan bagi orang orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba hamba Kami, lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya. maka kedua suaminya itu tidak dapat membantu mereka sedikitpun dari ( siksa ) Allah dan dikatakan kepadanya " Masuklah ke neraka bersama orang orang yang masuk ( neraka ) ".
Dan Allah membuat isteri Firaun perumpamaan bagi orang orang yang beriman, ketika ia berkata , " Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbutannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim. ( at Tahrim 10 -11 )

Apabila kita membaca ayat ayat tentang wanita maka kita selalu hanya menyenaraikan ciri ciri wanita ahli syurga dan ciri ciri wanita ahli neraka. Padahal ayat ini lebih menekankan tentang wanita yang tidak arif meletakkan dirinya ke posisi yang lebih baik dan mulia. Kedua isteri Nabi Nuh dan Nabi Luth melambangkan wanita yang tidak taat kepada kepemimpinan suaminya sedangkan isteri Firaun melambangkan wanita beriman yang bertawakkal kepada Allah kerana dia masih berstatus isteri kepada suami yang mentuhankan dirinya. Dari dua perumpamaan di atas Nabi Nuh dan Luth tidak dapat memberi pertolongan kepada isteri isterinya apabila didatangkan azab dari Allah SWT sedangkan isteri Firaun yang beriman diselamatkan kehidupannya malah Allah SWT mengazab Firaun, raja dan pemipin yang angkuh dan sombong.

Dalam kehidupan kita hari ini, kita bukan tidak ketemu dengan wanita wanita seumpama di atas. Ada wanita yang dipasangkan kepadanya lelaki yang baik baik tetapi wanita yang tidak taat selalu merasa tidak dapat menyesuaikan diri dengan pasangannya lalu selalu menyebut nyebut kekurangan kekurangan yang nampak pada pasangannya padahal Allah SWT dan Rasul mengajar agar suami dan isteri selalu dapat melihat kebaikan kebaikan dari kekurangan kekurangan yang nampak dan yang menyakitkan hati. Firman Allah SWT :

Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka ( maka bersabarlah ) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu , padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. An Nisa 19

Sabda Nabi saw :

Janganlah seorang lelaki mukmin membenci seorang wanita mukminah jika ada membenci salah satu sifatnya tentu ia ada senang dengan sifatnya yang lain.

Ada wanita yang mengharungi kehidupan yang terasa pahit bersama pasangannya tetapi kerana dia selalu sabar dan reda lalu Allah SWT karuniakan untuknya anak anak yang amat hurmat dan sayang padanya. Anugerah anak anak yang sholeh dan sholehah bukan sahaja hadiah terbaik di dunia tetapi juga seruan dan panggilan yang mengajaknya menghuni syurga yang kekal abadi.

Banyak wanita hari ini pandai mengurusi hidupnya kerana banyak dari kita ada segulung ijazah untuk memperoleh pekerjaan dan membiayai hidup sendiri tetapi kita selalu lupa bahwa dengan keangkuhan itu kita sebenarnya menghadapi cabaran dan dugaan yang lebih besar . Pepatah mengatakan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing adalah kehidupan yang mengajar kita selalu belajar bertolak ansur , bertimbang rasa dan mau saling memahami antara satu dengan lain. Malah bagi seorang wanita berada dalam kepemimpinan adalah lebih mulia dan selamat daripada bergelar " janda " / " ibu tunggal ".

Lebih dari itu, menjadi seorang isteri dan ibu adalah kunci bagi seorang wanita ke syurga. Maka sebagai wanita yang masih dan terus mau mengharungi hidup dengan pasangannya wajarlah mengintrospeksi dirinya bukan semata melihat senarai kerja dan ciri ciri amalan sholehah tetapi yang paling utama mengekalkan sifat taat dan patuh kepada kepemimpinan. Ini disebabkan aqidah awal dan utama yang diajarkan kepada Rasulullah saw adalah shahadataiin ( dua kalimah shahadah ) yang bukan saja ucapan lisan tetapi secara af 'al dan aplikasinya adalah mau berada di bawah kepemimpinan syariat dan sunnah Rasulullah saw.

Hidup adalah pelajaran dan pendidikan. Kalau kita hanya mau berlari sukar ketemu garisan untuk berhenti.

Sejarah Solat 5 Waktu



Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Fadhilat Membaca Bismillah



Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang sangat banyak. Allah sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca Bismillah.

Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dariapda gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.

Membaca 41 kali Bismillah ke telingan orang yang pengsan, insya Allah dia akan segera sedar. Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insya Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama tujuh hari pada saat matahari terbit, insya Allah lenyaplah kebebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.

Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu. Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya Allah hidup anak yang dikandung itu.

Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama tujuh hari. Insya Allah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya.

Meniti Perjalanan...

Tatkala ini...
Aku sedang meniti perjalanan...
yang penuh dengan onak...
adakalanya aku lemas...
dilambung ombak nan gah menghempas...

Perjalanan ini...
Kususuri sendiri...
tiada yang memimpin...
hanya sepasang kaki ku memijak...
bumi indah ciptaan ILLAHI...

KAU takdirkan cerita ini untukku...
Aku sebagai 'pelakon' di pentas ini...
Kisah yang terjadi adalah ceritanya...
meniti perjalanan yang masih belum ada penghujungnya...

Takdir...
Aku terima dengan redha...
walau pahit bak hempedu...
ada ketikanya manis bak madu...
itulah yang aku telan dan rasai selama ini...
kerna ianya telah tertulis untukku...
selagi hayat dikandung badan...

Ya Allah...
setiap detik hamba berkata dan berdoa...
setiap saat hamba memohon...
permudahkanlah perjalanan hidupku...
Izinkanlah hamba untuk menikmati...
sisa-sisa kebahagiaan yang ada...
sementara jasad masih bernafas...
sementara bumi masih belum rebah...
bila tiba 'detik' itu...

Wanita Yang Menolak Perkahwinan

Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antara sebabnya ialah kerana memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup mula berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.

Justeru itu ramai yang lebih rela menjadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan kerjaya masing-masing.

Kami akan menceritakan tentang kerugian yang dialami oleh wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang mempunyai peluang untuk berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang disebutkan di atas tadi.

Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.

Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa sepertimana di barat. Walaupun demikian, pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat. Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak.

Amat mudah bagi kaum wanita untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah: "Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah (berjuang di jalan Allah) di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus hal-hal berkaitan anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak. Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.

Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malahan kedudukan mereka di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.

Sabda Rasulullah saw: "Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.

Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab baginda, "Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali)." Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi pahala yang banyak. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah naungan suami.

26 April 2010

Nilai Tudung Wanita....

Di sini Darul Nu'man ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Dari Laman web Darul Nu'man...


cantik kan...

Hari ini....

Hari ini...seperti biasa aku pergi keje...drive sendiri gi opis...ermmm...semenjak dah boleh memandu ni, aku rasa banyak ragam bila ada kat jalanraya, kemalangan, orang dok himpit kereta aku, orang dok hon kete aku...apa-apa pun aku tak amik pusing sebab aku tak kacau laluan orang...Aku hanya ingat pesanan suami aku supaya berhati-hati bila memandu...

Memang terasa kelainan bila dah boleh pegang stereng kete ni...mula-mula gugup sikit,tapi lama kelamaan aku semakin mahir...Alhamdulillah..berkat tunjuk ajar cikgu kat sekolah memandu tu, namanya Hafiz..(thank u cikgu Hafiz..)...

Dari segi bajet..tak leh nak kata la, memang berubah abis...bajet untuk isi minyak dan tol...adeeiii...itu belum masuk lagi bab-bab kerosakan kete...yang pasti setiap bulan aku kira jumlah perbelanjaan untuk semua aspek...


antara kete idaman aku..hehehe...(angan-angan jer....tapi mana la tau kalau ianya boleh menjadi kenyataan..betul tak?)

petua...

01- Masalah kencing tidak lawas
Atasi masalah kencing tidak lawas dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Minum air basuhan tersebut segelas setiap hari dan lihatlah perbezaannya.


02- Bibir Merekah
Minum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.


03- Segarkan Kulit Muka
Sapukan jus epal hijau kemuka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit kemudian cuci muka dengan air bersih.


04- Rawati Kulit Melecur
Tuangkan susu cair atau susu pekat manis keatas bahagian yang terkena air panas. Pastinya ia tidak akan mengelembung dan berparut.


05- Merawat Sakit Tekak
Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.


06- Mengurangkan Batuk
Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkan sedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.


07- Asma/Sesak Nafas
Ambil 4-5 helai daun buah keras laut. Ramaskanlah daun tersebut dengan air bersih. Kemudian saringlah setengah gelas. Embunkan semalaman sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi. Apabila bangun tidur, ambil air tersebut dan dicampur dengan sedikit madu. Minumlah berulangkali setiap pagi ramuan ini.


08- Menurunkan panas badan
Daun bunga raya amat berguna unutk menurunkan panas badan ketika demam. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas di dalam air hingga hancur.Sapukan pada kepala dan seluruh tubuh hingga basah. Biar kering sendiri dan ulang lagi hingga reda panasnya.


09- Manfaat Air Nenas
Kencing batu karang menyakitkan, badan berasa tidak arah dan demam. Setiap kali buang air berasa sakit. Mungkin petua ini dapat membantu anda. Kupas sebiji nenas dan cincang.Campur segelas air serta sedikit garam dan dikisar halus.Minum air nenas segelas setiap hari sehingga penyakit anda nampak pulihnya.


10- Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.


11- Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.


12- Sembuhkan luka selepas bersalin
Bagi wanita yang baru bersalin dan ingin luka cepat sembuh, anda boleh amalkan petua berikut: Mula-mula ambil beberapa helai daun jambu batu dan dua keping asam keping. Kemudian rebus sehingga mendidih. Biarkan seketika sehingga air tadi menjadi suam. Cuci bahagian luka tadi dengan menggunakanair tersebut.
Insya Allah luka akan cepat sembuh.


13- Legakan Sakit Kepala
Setiap orang mungkin mengalami sakit kepala yang amat sangat akibat tekanan di tempat kerja dan sebagainya.Jadi untuk menghilangkan rasa sakit kepala itu, ambil tiga atau empat keping asam gelugor atau asam keping. Rendamkan dalam air suam semalaman. Minum air tersebut pada keesokkan harinya. Insyaallah sakit kepala anda akan hilang serta merta.


14- Kilatkan rambut dengan biji betik
Ambil biji betik yang sudah masak sebanyak dua genggam, Bersihkan kulit biji yang berair itu, dan jemursampai kering. Bila sudah kering, gorengkannya tanpa minyak sampai hangus. Setelah itu bolehlah ditumbuk atau digiling biji betik itu hingga lumat. Pindahkan pada piring dan bancuh dengan air. Sebelum menggunakannya bersihkan rambut anda terlebih dahulu . Keringkan rambut anda dan sapukan bahan tadi tanpa syampu. Anda akan dapat lihat hasilnya. Rambut anda akan kelihatan hitam dan berkilat.


15- Hilangkan Lemak
Jika anda mengalami masaalah berat badan anda boleh menggunakan air asam jawa sebagai minuman harian.ini kerana, air asam jawa boleh menjadi alternatif bagi mengurangkan lemak dalam badan anda. Caranya; Ambil sebuku asam jawa, Ramas dengan air sebanyak satu gelas. Masukkan air asamjawa tadi kedalam peti sejuk. Minum air tadi selepas makan tengahari atau selepas makan malam. Amalkan meminumnya setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda bertambah segar dan langsing.


16- Merawat Ketumbit
Jika ada dikalangan keluarga atau rakan-rakan anda menghadapi masaalah ketumbit di mata, Tak perlulah risau kerana ianya mudah dirawat dengan bawang putih sahaja. Caranya, ambil seulas bawang putih, guris sedikit bahagian hujungnya dengan kuku agar keluar airnya dan sapukan pada kelopak mata yang ber ketumbit tadi 3 kali sehari. Insyaallah ketumbit akan beransur baik dalam masa singkat.


17- Menghilangkan Panau.
Panau adalah sejenis penyakit kulit yang tidak menyakitkan. Namun ianya membuat kulit anda kelihatan tidak menarik. Oleh yang demikian jika anda mengalami masaalah panau, cubalah petua di bawah ini:
Ambil lengkuas atau bawang putih, gosokkan pada panau itu sehingga kulit anda terasa perit dan kemerah-merahan. Ulangi selama seminggu. Insyaallah panau anda akan beransur hilang dan kulit anda akan kelihatan lebih menarik.


18- Melangsingkan badan.
Melangsingkan badan,cara paling mudah dan murah ialah:
1-Dua biji lobak merah dipotong
2-Sebiji mentimun segar,
3-Sebiji limau nipis,
Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan diperah airnya untuk diminum.Amalkan dua kali sehari setiap pagi dan malam. Insyaallah badan yang gedempol akan beransur langsing dan menarik.


19- Awet muda dan menarik.
Wajah anda kelihatan tua kurang menarik dan berminyak.
Amalkan ketiga-tiga cara di bawah.
1-Banyakkan ketenangan, berzikir dan sentiasa mengingati Allah.
2-Minum segelas air suam setiap pagi sebaik bangun tidur.
3-Makan sehelai daun pegaga segar setiap hari selama 40 hari.


20- Khasiat bawang putih.
Mereka yang menghidap lelah dan semput seringkali menghadapi masaalah bila termakan makanan dingin seperti rambutan, mentimun dan betik. Untuk ke klinik kita akan mengambil masa dan kos yang tinggi, Oleh itu cubalah petua di bawah:
Dua ulas bawang putih-ditumbuk,
Tiga sudu minyak masak.
Campurkan kedua bahan tadi dan sapu pada leher, dada dan belakang. Dalam masa sepuluh minit kita akan lihat perubahannya. Ia juga boleh digunakan ketika batuk.

Selamat Pengantin Baru..

Semalam-25 April 2010 Ahad, aku dan suami pergi ke jemputan kawin Mak Long kat kampung.....Mak mentua aku pun ada bersama...bertolak dari rumah jam 8 pagi, sampai kat kampung jam 9.30 pagi...

Di rumah Mak Long, aku tengok tak ramai ahli keluarga yang ada...macam biasa la, anak-anak Mak Long berkumpul bersama...ada Along Ijam dan keluarganya, Yan serta suami dan anak-anak...Jais pun ada...yang tak ada cuma kak Wa je sebab berada di hospital, anaknya kena demam denggi...

Sembang punya sembang, jam dah nak masuk waktu tengahari...seperti yang dirancang kami pun bertolak dari rumah Mak Long ke rumah pengantin perempuan di Kapar...

ini la antara gambar-gambar yang sempat aku 'snap'









Majlis bersanding di rumah pengantin perempuan..



dan yang ini suami aku 'snap'...hehehe...


tengah tunggu pengantin lelaki...




tunggu pengantin perempuan keluar..

Dariku dan keluarga mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Ahmad Effendy bin Isnein (abang Eddy) dan pasangannya Siti Suhana (kak Ana)..moga kalian bahagia selamanya..

25 April 2010

KepadaMu...

Di sini...
di ruang yang suram...
aku menadah....
bibir mengungkap...
Istighfar....
Memohon keampunan...
Bismillahirrahmannirrahim.....
doa ku panjatkan....kepadaMU...

Aku..
hamba yang hina lagi kerdil disisiMU...
memohon...meminta....hanya padaMU...
segala yang ada dalam hati...
apa yang tersirat dalam diri...
ingin ku jadikan...
ianya tersurat...untukku...

Hati ini...
terlalu banyak...tersimpan...
segalanya...namun apakah yang tersimpan itu bisa dimakbulkan olehMU.....
merintih...merayu...kepadaMU...
moga apa yang diminta akan dikabulkan....

Percaya...
kepada ketentuanMU...
kehendakMU...percaturanMU untukku...
kerna segala yang berlaku...adalah hikmah....
nikmat untuk diri ini...
walaupun diselubungi dengan dugaan demi dugaan...
kesabaran dicabar....keimanan diganggu gugat...
itu semua adalah atas keizinanMU...

..dan...
tangan yang lemah ini terus menadah...
meminta sesuatu dariMU...
moga apa yang dicitakan akan menjadi nyata....
semoga yang ada dalam hati akan terus utuh dan kukuh...

Ya Rahman...Ya Rahim...
Cinta di hati ini....sayang ini....
untukMU....
ke bersujud....menghadapMU...
menyatakan segala-galanya...
agar KAU memahami diriku...keinginanku...
maka KAU kabulkan...makbulkanlah....
dengan izinMU....dengan kekuasaanMU....

Ya Allah...
di ketika ini....
cinta yang bersemi....untuk 'dia'...
sayang yang hadir dalam jiwa...untuk 'dia'...
apakah ini ketentuanMU??
apakah ini ujian untukku?

....Ya Allah...
tetapkanlah hati ini...
teguhkanlah ia dengan keimanan...
tingkatlah ia dengan kesabaran.....
tak bisa ku nafikan saat ini...
betapa hati terlalu merindui 'dia'.....
Ampunilah daku...
bukan kehendakku untuk jadi begini....

Sesungguhnya...
KAU MAHA mengetahui...
KAU MAHA berkuasa...
atas segala yang terjadi...

Andai ini yang KAU takdirkan untukku...
apalah daya ini untuk menolak...
apalah daya ini untuk menepis...
mungkin itu adalah yang TERBAIK....
walaupun akan ada sesuatu di luar jangkaan yang KAU telah tetapkan untukku....

Aduhai hati....
hati ini takkan bisa menipu...
hati ini takkan bisa berpura-pura....
apa yang ada di hati ini..bukan kehendakku...
tetapi...kehendakNYA jadi begini....

Ya Allah...
daku serahkan segalanya...
hanya mampu berdoa...
redha...tawakal dengan apa jua yang telah direncanakan...
kerna KAU saja yang berhak...
Ke atasku.....Amin....

DaLam HaTi ini...ada rindu buatMU...

Langit beransur kelam...
petanda malam menjelma...
sang camar kembali ke sarang....
merehatkan badan setelah seharian berterbangan.....

Merenung pantai berbisik...
ombak kecil ditepian....
melangkah kaki ini....
mendengus sepi...hati ini sedang merindu...
rinduku padamu....

detik silih berganti...
hari berganti hari....
bersama kita di mana sahaja...
betapa eratnya...betapa mesranya....

Andai kau tahu...
dalam hati ini ada rindu buatmu...
rindu...rindu dan rindu.....
aku tahu kau jua turut merasakannya...

walau kita berjauhan...
angin kerinduan menjadi penyejuk hati...
tatkala bayanganmu menjelma...
tatkala itu jualah rindu menyapa....
dan aku sematkan dalam hati ini...ada rindu buatmu.....

Senyumanmu....gelak tawamu...
membuatkan aku terpesona....
kesudianmu....membuatkan diri ini terasa dihargai...
terima kasih...
kerna mengizinkanku untuk menumpang bermanja...
menumpang rasa kasih dan cinta....
walaupun di satu ketika nanti...
segala yang aku miliki.....
akan kembali kepada yang berhak......
itu janjiNYA....

kerna segala perasaan dalam hati ini...
cuma menyinggah seketika....
sebagai madu dalam hidup...
menceriakan ruang hatiku.....

Lagi luahan...

lautan itu..
terbentang meluas...
seluas saujana mata memandang....
dipayungi langit nan membiru...
dilitupi awan nan putih bak kapas...

...lautan itu...
berombak halus...
apakah ia sedang berbicara...
apakah ia sedang berkata sesuatu..
apakah sedang membisikkan suatu kata atau ayat untukku...
tetapi...aku tidak memahaminya...

duhai lautan.....
jelaskan katamu...
dan pasir...terangkanlah...
apa bicara lautan dan ombak kecil itu...
sesungguhnya diri ini terpaku...
kaki ini terhenti langkah...bibir diam membisu...

berbicarakah ia...
entahlah....diri ini tidak mengerti...
semakin ombak menghempas...semakin bertalu percikannya...
seolah ia memberitahuku....
apakah tentang rindu....dari seseorang....
rindu untukku...? barangkali juga.....

duhai lautan...
kau sukar untukku fahami...
kau sukar untukku mengertikan...
tindakanmu....tingkahmu....
mengundang seribu pertanyaan dalam hati....
apakah kau ingin menyatakan..
bahawa ada seseorang sedang mengutuskan rindu buatku di sini...??

jika benar...
indahnya ku rasakan...
bahagianya hati ini...
walaupunn seketika...
tetapi nikmatnya tidak terhingga....

Anda sukar untuk tidur ?

Tips Mengatasi Gangguan Susah Tidur
Netsains.Com - Anda pasti pernah merasa gelisah karena tidak dapat tidur meski waktu sudah menunjukkan tengah malam? Meski berusaha memejamkan mata, pikiran Anda terus melayang hingga tak bisa tidur. Alhasil, badan pun lemas di pagi hari dan kepala terasa pusing karena kondisi tubuh masih kurang untuk istirahat. Inilah gejala insomnia yang harus Anda waspadai.

Insomnia dapat diartikan sebagai suatu keadaan yang mana seseorang mengalami kesulitan untuk tidur atau tidak dapat tidur dengan nyenyak. Rata rata setiap orang pernah mengalami insomnia sekali dalam hidupnya. Bahkan ada yang lebih ekstrim menyebutkan 30 – 50% populasi mengalami insomnia.

Penyebab Insomnia
Insomnia ini bisa disebabkan menyerang semua golongan usia. Meskipun demikian, angka kejadian insomnia akan meningkat seiring dengan bertambahnya usia. Hal ini mungkin disebabkan oleh stress yang sering menghinggapi orang yang berusia lebih tua. Disamping itu, perempuan dikatakan lebih sering menderita insomnia bila dibandingkan laki laki.

Selain karena masalah stress, insomnia juga bisa terjadi karena ada masalah pada makanan Anda. Hal lain yang bisa menyebabkan insomnia adalah suasana kamar yang tidak mendukung, cemas, hingga konsumsi kafein yang berlebih.

Tips Mengatasi Susah Tidur / Insomnia

1. Olahraga teratur

Berolah raga teratur. Beberapa penelitian menyebutkan berolah raga yang teratur dapat membantu orang yang mengalami masalah dengan tidur. Olah raga sebaiknya dilakukan pada pagi hari dan bukan beberapa menit menjelang tidur. Dengan berolah raga, kesehatan anda menjadi lebih optimal sehingga tubuh dapat melawan stress yang muncul dengan lebih baik.

2. Kurangi konsumsi kaffein

Minimalisasikan asupan kafein seperti teh atau kopi. Bila Anda ingin mengkonsumsinya, lakukanlah di pagi hari, atau paling lambat 4 jam sebelum tidur di malam hari. Kafein yang dikonsumsi terlalu dekat dengan waktu tidur hanya akan menghambat datangnya rasa kantuk.

3. Perhatikan waktu makan

Anda mesti memperhatikan waktu makan, beri waktu minimal dua jam sebelum tidur setelah menyantap makanan terakhir makan malam. Jarak makan yang terlalu dekat dengan waktu tidur justru akan meningkatkan metabolisme dan suhu tubuh, sehingga membuat tidur semakin sulit. Dengan cara ini, Anda juga dapat menjaga berat badan, mengingat tidur setelah makan besar akan banyak menyimpan lemak.

Jika benar-benar kelaparan, pilihlah cemilan seperti sereal gandum yang dicampur susu, tofu, bubur gandum, atau roti yang ditaburi wijen. Namun, tetap saja berikan jarak minimal satu jam sebelum tidur karena tryptophan juga membutuhkan waktu untuk merangsang otak.

4. Makanlah makanan berkarbohidrat menjelang tidur

Untuk bisa tidur dengan nyenyak, tubuh Anda membutuhkan trytophan atau yang sering disebut zat penidur. Trytophan, yang merupakan jenis asam lemak, berfungsi menghasilkan serotonin yang dapat mengendurkan syaraf pada pusat otak. Saat otak sudah rileks, Anda akan lebih mudah tertidur dengan kualitas yang baik.

Trytophan banyak terdapat pada makanan berkabohidrat ringan. Kue muffin, biskuit, atau buah bisa dijadikan solusi. Namun jangan terlalu kenyang, pencernaan Anda akan terbebani karena harus bekerja keras mencerna, sehingga istirahat Anda tidak dapat maksimal.

5. Lakukan aktivitas yang membuat Anda nyaman untuk tidur

Anda bisa memulainya dengan menuangkan minyak aromaterapi pada diffuser, mandi air hangat, menyetel lagu favorit atau melapisi tempat tidur dengan selimut yang nyaman. Saat tidur, matikan lampu, matikan hal hal yang menimbulan suara, pastikan anda nyaman dengan suhu ruangan tidur anda. Jauhkan jam meja dari pandangan anda karena benda itu dapat membuat anda cemas karena belum dapat terlelap sementara jarum jam kian larut.

6. Tempat tidur hanya untuk tidur

Bila Anda ingin membaca atau menonton tv sebaiknya lakukan di tempat lain sehingga saat Anda pergi ke tempat tidur, ‘alarm’ di tubuh Anda segera mengingatkan bahwa ini adalah waktu untuk tidur. Hal ini akan membantu tubuh anda menyesuaikan diri dengan lingkungan tempat tidur. Saat anda berbaring di tempat tidur, maka akan timbul rangsangan untuk tidur.

7. Jernihkan pikiran

Jernihkan pikiran anda. Enyahkan segala kekhawatiran yang menghinggapi pikiran anda. Salah satu cara untuk ini adalah menuliskan semua pikiran anda lewat media blog.

8. Tidur dan bangunlah dalam periode yang teratur

Tidur dan bangunlah dalam periode waktu yang teratur setiap hari. Waktu tidur yang kacau akan mengacaukan waktu tidur anda selanjutnya.

Jika tips-tips ini tidak mampu juga memberikan hasil yang positif bagi Anda, segeralah hubungi doktor.

24 April 2010

Ujian membuatkan kita lebih tabah...

Hidup ini penuh dengan ujian. Memang perit dan pedih untuk menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep "ujian" di dalam perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila kita buruk sangka terhadap Allah SWT. Jadi, bagaimana ingin memujuk hati yang sedang berduka lara itu???
Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah....dan bacalah Al Quran... sesungguhnya, banyaklah sudah isi-isi yang tersingkap di dalamnya...... segala jawapan ada di dalamnya....

Kenapa aku diuji?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
-Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa ujian seberat ini?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-Surah Al-Baqarah ayat 286

Rasa Frust?
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
- Surah Al-Imran ayat 139

Bagaimana aku harus menghadapinya?
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan).
- Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk".
- Surah Al-Baqarah ayat 45

Apa yang aku dapat daripada semua ini?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka....
-Surah At-Taubah ayat 111

Kepada siapa aku berharap?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya.
Hanya kepadaNya aku bertawakkal. dicuri dari
-Surah At-Taubah ayat 129

Aku dah tak tahan lagi!!!!!!!
......dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
- Surah Yusuf ayat 12

Sumber: Foward E-mail

JanGan Marah-marah...

Marah itu sebenarnya ialah api yang bersumberkan dari api Allah yang menyala berkobar-kobar serta menjulang tinggi sampai naik ke ulu hati..marah itu ditimbulkan oleh sifat bongkak yang terpendam dalam kalbu setiap orang sebagaimana terpancarnya api dari batu yang dipukulkan pada besi.

Menurut penyelidikan, dikatakan bahawa manusia itu adakalanya urat sarafnya ditarik oleh syaitan ketika marah..Oleh sebab itulah, barangsiapa yang dapat dipengaruhi oleh api kemarahan, maka bererti eratlah hubungannya dengan syaitan.

Menurut satu riwayat bahawa pada suatu hari datanglah seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w, kemudian berkata: " Ya Rasulullah, berilah saya perintah untuk mengerjakan suatu amalan yang baik, tetapi saya harapkan yang sedikit saja." Lalu baginda pun bersabda yang bermaksud "Janganlah Engkau marah" Orang itu bertanya lagi..tetapi baginda tetap berkata.. "janganlah engkau marah'... sebanyak tiga kali. jelaslah di sini... menahan api kemarahan itu amatlah dituntut dalam islam.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud...
"Orang yang paling gagah perkasa diantara kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya diwaktu marah dan orang yang tersabar diantara kamu semua ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal ia berkuasa untuk membalasnya" (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Kita perlulah sedar bahawa setiap manusia itu tidaklah sama dalam menangani sifat marah ni.. Dalam menghadapi kemarahan tu..ade 3 jenis golongan....
Golongan pertama: Tafrith (acuh tak acuh atau hilang kemarahannya)
golongan kedua : Ifrath (berlebih-lebihan marahnya)
golongan ketiga : I'tidal (mampu mengendalikan kemarahannya)

Yang terbaik ialah yang ketiga iaitu pertengahan daripada yang 1 dan 2..Bermaksud marah itu boleh sebagaimana sepatutnya dan setiasa di dalam kawalan dan mengikut landasan yang Allah tetapkan.

Tafrith tu..sifat yang tak marah langsung..dikatakan org yang tergolong dalam ni..tidak mempunyai sifat hamiyyah (pembelaan).Ia tidak ingin mempertahankan kehormatan diri... isteri/suami.. keluarga.. agama.. bangsa dan negara... tafrith pula.. sifat marah yang berlebih-lebihan. Suka sangat marah-marah orang, tak boleh kawal..mereka yang tergolong dalam golongan ini sentiasa memenangkan marahnya (ikut hati) ..

Kalau kita marah, dapat dilihat perubahan fizikal pada warna muka dan mata. Ada yang mengertap gigi, kepal penumbuk, menggeletar, kembang kempis hidungnya. Betapa buruknya wajah kita bila kita marah. kalaulah masa kita marah tu..cermin ada dihadapan..mesti kita akan rasa malu. "eee..teruknya muka aku bila marah!"..

Hmm..tak dinafikan..ada masa kita boleh kawal diri, dan ada masa terlepas juga, kita hanya insan biasa, latihan mengawal marah ni boleh dilakukan, disamping teguran-teguran dari sahabat-sahabat disekeliling kita, saling tegur menegur dan nasihat menasihati. banyak ganjarannya sekiranya kita berjaya mengawal perasaan marah tu.
www.familiazam.com
Benarlah sebagaimana Firman Allah yang bermaksud:
"Bersegeralah menuju keampunan dari Tuhanmu serta syurga yang luasnya seluruh lagit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. iaitu orang yang membelanjakan hartanya diwaktu hartanya cukup dan juga kurang serta orang-orang yang suka menahan kemarahannya dan gemar pula memaafkan kesalahan para manusia dan Allah itu mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan" (Al Imran 133-134)

Sumber : Foward E-mail

BoLasepak...



Bolasepak? Antara kelab-kelab gergasi yang terkenal..sebut saje siapa..MAN U, ARSENAL, CHELSEA, LIVERPOOL dan banyak lagi...dan nama-nama kelab ini mempunyai ramai peminat..masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri..

Aku minat permainan bolasepak..Rasanya bukan aku saja, malah ramai pompuan macam aku juga meminati permainan tu..Aku antara jutaan peminat yang menyokong kelab gergasi, MANCHESTER UNITED..bukan aku tak nak sokong bolasepak tempatan, tapi boleh tengok sendiri la bagaimana prestasi dan corak permainan bolasepak tempatan..nilaikanlah sendiri....aku bukanlah begitu fanatik, cuma aku suka dengan corak permainan bolasepak antarabangsa ni, jauh bezanya dengan bolasepak tempatan.
Aku bersaing dengan husband, yang mana dia pula menyokong kelab CHELSEA..hehe...persaingan sihat....sekadar suka-suka saja...Kerana minat, aku tak pernah ketinggalan menyaksikan perlawanan MAN U, sama ada liga Inggeris mahupun liga Eropah..

Antara hasil luahan....(sekadar suka-suka saje..)

Sendiri....
Berteman bayu dingin mencecah tubuh.....
bertemankan melodi lagu jiwang...
mendamaikan sukma...

tatkala ini...
bayangan wajahnya menerpa...
tersenyum aku...
terkenang dia...

ku serahkan segalanya...
hanya untuk dia...
walau berjauhan...
dia tetap di hatiku...

bagaimana hendak ku khabarkan padanya...
bahawa diri ini menyintainya...
bahawa diri ini menyayanginya sepenuh jiwaku....
tak bisa ku coretkan dengan kata-kata....
tak bisa ku gambarkan dengan perbuatan...

Aduhai dia...
yang aku rindu....
walau seketika 'berpisah'....
terasa berabad lamanya....
tak sanggup ku rasa....
berjauhan dari dia....
kalau boleh....hendakku dakap dia......
agar sentiasa bersamaku....

Aku jadikan malam ini.....
saat terindah untukku...
ku jadikan dia....sebagai mimpi....
agar lena tidurku....
dibuai keasyikan mimpi....
seperti bait-bait lirik lagu ini...:

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku

Fitnah Oh Fitnah

Lumrah dalam hidup, akan ada berbagai dugaan. Cerita yang tak benar, dikata benar...itulah FITNAH.Aku pernah melalui cerita difitnah dahulu.Memang perit untuk diterima.Bayangkan perkara yang aku tak buat, dituduh sebegitu.Memang la kalau ikut rasa hati ini, menangis sepuas yang boleh.Tapi bila difikirkan, tak ada gunanya...aku beranikan diri untuk menghadapinya kerana aku berada di pihak yang benar.Aku yakin pada yang SATU, iaitu ALLAH sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Sebagaimana yang tercatit di dalam Al-Quran:

Fitnah dilarang Allah swt, sebagaimana firman-Nya dalam QS al-Baqarah (2): 191, "… dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan … ."

Kenapa lebih kejam dari pembunuhan? Sebab, fitnah sama dengan melakukan character assassination atau pembunuhan karakter seseorang.
Dalam menghadapi fitnah kesabaran dan kesedaran yang tinggi amat perlu kerana fitnah boleh terjadi kepada sesiapa pun, tanpa memandang status dan kedudukan sosial.

QS al-Nuµr (24), "Sesungguhnya, orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu, bahkan ia adalah baik bagi kamu." Wallahu ‘alam bissawab.



...apa yang boleh aku lakukan, hanyalah berdoa semoga pembawa fitnah itu menyedari apa yang dilakukannya itu adalah satu dosa besar....

KonGsi info ini...

Kita tidak diminta oleh Allah SWT untuk menjadi pengatur permainan tetapi hanya diminta oleh Allah SWT menjadi pemain yang terbaik.

Tiada seorang pun terlepas daripada masalah di dalam hidup ini. Kita sentiasa mempunyai masalah kerana masalahlah yang membuatkan kita terus hidup dengan baik. Kita belajar banyak erti kehidupan daripada masalah yang kita miliki.

Masalah merupakan satu desakan di dalam permainan kita di dunia ini. Maka jadilah pemain yang terbaik namun jangan sesekali meletakkan permainan ini di jiwa kita. Cukup sekadar mengenggamnya di tangan.

Firman Allah SWT:
“dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan Yang sia-sia dan hiburan Yang melalaikan: dan Demi Sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang Yang bertaqwa. oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?”
(QS, Al-An’am 6:32)

Kita tidak akan memohon kepada Allah SWT jika kita tidak ada masalah. Jika kita semua tidak ada masalah di dalam kehidupan ini, pasti kita tidak tahu berbuat apa-apa dan tidak tahu bergerak ke mana. Kerana itu masalah yang kita hadapi merupakan objektif gerakan untuk kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai wakil Allah SWT.

Hutang kereta, rumah, keperluan makan minum keluarga, belanja itu ini juga merupakan masalah. Kita perlu mencari wang untuk memastikan tanggungjawab kita itu dilaksanakan. Ia adalah permainan yang Allah SWT aturkan untuk kita lalu jadilah pemain yang terbaik di dalam melaksanakan tanggungjawab yang dipikul.

Yang penting di dalam permainan ini adalah bermain dengan baik dengan mengikut pengatur permainan iaitu Allah SWT. Allah SWT menilai kita daripada sudut sejauh mana kita mengikut kehendak Allah SWT di dalam permainan ini. Mengikut kehendak inilah yang dikatakan berserah.

Menang, kalah, masalah selesai atau masih berterusan di dalam permainan ini adalah hak Allah SWT kerana Dia Pengatur permainan ini. Yang penting, ingat Allah SWT dan sentiasa menyerahkan jiwa ini kepada Allah SWT.


Jiwa Yang Gelisah
Apabila kita tidak mengikut kehendak Allah SWT di dalam kehidupan ini, kita akan mendapat seksaan daripada Allah SWT iaitu gelisah. Dada terasa sempit dihimpit. Kita dihimpit dengan daya-daya yang kita tidak mampu mengawalnya. Daya ini diberikan oleh Allah SWT (Al Qaabidh: Yang Maha Menyempitkan).

Bersama dengan daya yang sempit ini, akan mengalir pula daya-daya Allah SWT yang lain seperti dayaNya yang menyeksakan (Al Muntaqim, Yang Maha Penyeksa), dayaNya yang memberikan derita (Adh Dhaarr, Yang Maha Pemberi Derita), dayaNya yang menghinakan (Al Mudzill, Yang Maha Menghinakan), dan dayaNya yang merendahkan (Al Khaafidh Yang Maha Merendahkan).

Makanya kalau dada kita sudah dialiri secara dominan oleh daya Al Qaabidh (Yang Maha Menyempitkan), maka daya-daya Allah SWT yang lain yang akan mendorong kita untuk menyeksa, menghinakan, merendahkan, akan membuatkan orang lain juga terasakan dorongan ini.

Dan akhirnya daya-daya Allah SWT yang membuat kita menderita pun akan ikut pula mengalir dengan deras ke dalam jiwa kita. Ertinya yang akan mendapat hasil penderitaan itu adalah kita sendiri.

Jalan Penyelesaian Semua Masalah
Firman Allah SWT:
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar:

(Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (inna lillahi wa inna ilaihi rajioon) “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.”
(QS Al-Baqarah 1:155-156)

Sebenarnya, bersamaan dengan dayaNya yang menyempitkan itu (Al Qaabidh), telah mengalir pula daya-daya-Nya yang melapangkan dada, karena memang Allah adalah Dzat Yang Maha Melapangkan (Al Baasith), Dia adalah Dzat Yang Maha Luas (Al Waasi’).

Bersamaan dengan Daya Al Baasith dan Al Waasi’ ini, telah mengalir pula daya-daya Allah SWT yang lain yang akan mendorong kita kepada kesabaran, karena memang Dia adalah Dzat Yang Maha Sabar (Ash Shabuur). Puluhan dayaNya yang lain yang akan mengiring kita kepada kebaikan apabila kita bersabar.

Hakikatnya, kita tinggal bersandar saja dengan daya-daya Allah dalam kehidupan kita. inna lillahi wa inna ilaihi rajioon. Semua masalah kita ini datangnya daripada Allah SWT dan kembalikan semula kepada Allah SWT dengan mengikut sahaja kehendak Allah SWT.

Kita tidak diminta oleh Allah SWT untuk menjadi pengatur permainan tetapi hanya diminta oleh Allah SWT menjadi pemain yang terbaik.

Daya-daya Allah itu dalam istilah Al-Quran disebut sebagai “Tali Allah, hab Allah, Hub Allah”. Maka kita diminta oleh Allah sendiri agar kita mesti berpegang dengan tali Allah, BIHABLILLLAH.

Untuk mampu memegang daya-daya Allah SWT iaitu tali Allah SWT, maka kita hendaklah dahulu berpegang teguh kepada Allah (wa’tashimu billah). Jadi kalimat: “laa haula wala quwwata illa billah, bahawa tidak ada kekuatan, tidak ada daya yang ada pada diriku, kecuali hanya sekadar daya dan kekuatan yang dialirkan Allah kepadaku”, adalah benar-benar sebuah realiti daripada hanya sekadar kata-kata yang sering dilafazkan sahaja.

Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati
orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah
di samping keimanan mereka (yang telah ada)…
(Al Fath 48 : 4)

Praktikal dan Latihan
Di dalam keadaan bermasalah dan dada yang sempit, manusia tidak mampu menerima apa pun kata-kata dan penjelasan termasuk penjelasan di atas. Kita perlu membawa diri kita atau sahabat yang bermasalah agar benar-benar SEDAR berpegang teguh kepada Allah SWT.

Lalu cara praktikal bagaimana mahu berpegang teguh kepada Allah SWT (wa’tashimu billah) agar kita mampu untuk memegang daya-daya (tali) Allah SWT, pulangkan jiwa kita ke Allah SWT. Lakukan cara di bawah ini untuk jiwa ini pulang ke Allah SWT.

Tundukkan hati kepada Allah SWT dan panggil Allah SWT dengan suara yang lembut…ya Allah…diam sejenak…panggil lagi…ya Allah…aku rela mengikut kehendakMu ya Allah…ya Allah…diam sejenak…Aku tidak berdaya ya Allah…Aku tidak mampu berbuat apa-apa ya Allah…ya Allah…aku hanya mengikut kehendakMu ya Allah….aku rela ya Allah…aku rela…
ulangi terus…