27 Jun 2010

Tentang Lelaki | Rahsia Lelaki

...hari ni nak ubah sket penulisan blog kepada yang lebih menjurus pasal kehidupan....kite share same2...



Maksud perkahwinan atau perhubungan yang bahagia kepada seseorang lelaki.

Bertemu dengan wanita yang betul atau kata lain…Miss Right yang sanggup berusaha memahami dia dan apa yang dilalui olehnya dalam peringkat hidup yang berbeza. Kalau dia diberi pilihan antara anda dan wanita yang lain…PASTI dia pilih Miss Right!

Jadi kalau anda rasa nak dapatkan atau jadikan pasangan anda Mr Right… adakah anda juga seorang Miss Right?


Ex-Boyfriend Anda? Itu Sejarah!!

Seboleh-bolehnya jangan langsung anda bercerita tentang ex-boyfriend anda. Ingat ya, walaupun dia bertanya tentang ex-bf anda, katakan itu semua sejarah. Tidak penting dan anda telah pun melupakan hal yang lepas. Katakan padanya hanya dia sahaja yang amat bermakna dan menjadi keutamaan anda sekarang. Katakan juga fokus anda sekarang hanyalah dia dan masa depan anda bersama dia. Kesannya bila terlibat dalam perbualan tentang perhubungan lepas anda dan juga ex-bf dengan pasangan anda adalah amat berbahaya! Selalunya “tercebur” dalam topik seperti ini mampu mengubah “mood”nya dan boleh berakhir dengan perselisihan faham. Lelaki ingin tahu dan mengetahui HANYA dia sahaja yang menjadi fokus dan keutamaan dalam hidup anda. Lagi pun, apa yang pentingnya nak bercerita tentang ex-bf? Nama pun “ex”.


Masih Simpan Barang/Hadiah Ex-Bf Sebagai Kenangan?

Okay, ini mungkin juga sensitif bagi kebanyakan wanita kalau saya katakan TIDAK perlu anda simpan apa pun barang-barang yang menunjukkan wujudnya kaitan di antara anda dengan ex-bf atau perhubungan anda yang lepas. Mungkin gambar-gambar lepas bersama ex-bf ke, atau hadiah yang anda terima dari ex-bf ke, malah apa sahajalah yang ada dalam simpanan anda yang boleh dan mampu mengingatkan kembali dan ada kaitan dengan perhubungan yang lepas.

Pada kebanyakan wanita apa salahnya? Bukan apa pun, “just buat kenangan jer”. Mungkin juga, “ Teddy Bear tu cantik sangat, mahal pulak tu, sayang nak buang”, atau mungkin juga wanita berkata, “laa..takkan la tak boleh nak simpan, bukan maksud tak sayang pasangan sekarang ni, itu hal lepas.. hal lepas tu hal lepas la, tak penting dah. Lagi pun sayang nak buang album tu, cantik”.

Kalau bf/pasangan anda sekarang tak kisah, “so its okay”. Namun demikian, kebanyakan lelaki TIDAK suka. Kenapa? Kerana barangan itu semua menunjukkan kepadanya bahawa ex-bf anda MASIH lagi wujud dalam hidup anda! Dan ini membuatkan lelaki(kebanyakan ya, tidak semua. Ada juga lelaki yang tidak kisah.) amatlah tidak selesa.

Lelaki ingin tahu HANYA dia sahaja wujud dalam fikiran dan hidup anda. Bila dia tahu dan pasti tentang hal ini, dia akan dengan selesanya dan tanpa ragu-ragu membuka hatinya dengan rela untuk mencintai anda sepenuhnya.


Jangan Merungut!

Lelaki TIDAK bertindak balas dengan rungutan atau wanita yang bercakap banyak atau “membebel”. Kalau anda tergolong wanita jenis ini, dah boleh persiapkan diri untuk mengubah sikap anda. Merungut dan membebel akan membuatkan lelaki berasa anda bersaing dengannya. Kebanyakan lelaki akan bertindakbalas dengan tindakan yang hampir sama sekiranya wanita merungut atau membebel terhadapnya. Sekiranya ini terjadi, kedua-dua pihak, anda dan pasangan juga yang akhirnya akan terluka dan masalah tidak akan selesai malah bertambah kusut.

Ingat, anda pasangannya, bukan lawannya. Untuk membuatkan lelaki mendengar apa yang anda kata dan luahkan BUKAN dengan rungutan dan “membebel”. Apa yang anda perlukan, ialah dengan menggunakan sifat “feminin” anda yang pasti akan membuatkan dia memberikan perhatian.

10 Kebenaran Tentang Lelaki.

1. Bila awak cakap dengan lembut, saya tak mampu mengelak dari memberikan perhatian.

2. Kadangkala awak perlu katakan “tidak” kepada saya. Bukanlah selalu, tetapi ini akan mengingatkan kepada saya bahawa awak ni seorang yang “mahal dan berharga”.

3. Tolonglah jangan tanya saya bagaimana rupa awak, kecuali bila awak benar-benar akan percaya jawapan saya nanti.

4. Bila awak rasa suka dan bahagia bersama saya, saya akan rasa lebih banyak lagi ingin membahagiakan awak.

5. Kalau saya rasa tidak dapat membuatkan awak suka dan bahagia, saya rasa seolah-olah bukan lelaki sebenar dan sejati.

6. Saya harap sangat awak dah bersiap dan bersedia bila saya tiba untuk menjemput awak.

7. Saya takut sekiranya saya membenarkan wanita berada di dalam hati saya, kemungkinan dia akan mengambil kesempatan.

8. Mungkin awak arif tentang fesyen, tetapi saya sangat berharap awak berpakaian untuk mengambil hati saya, bukan untuk menunjuk kepada wanita lain.

9. Kalau saya bercakap tentang golf dan awak nampaknya macam “boring” jer, kan elok kalau awak cuba ingat pada setiap masa awak bercakap, saya sentiasa mendengar dan beri perhatian tentang perkara yang penting pada awak.

10. Kalau awak sendiri tak percaya yang awak ni cantik, awak takkan percaya bila saya cakap perkara yang sama, tak kiralah berapa banyak pun saya katakan.

22 Jun 2010

SIHIR / PUKAU / SANTAU

Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.

Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.

Terdapat pelbagai jenis sihir yang terjadi dalam masyarakat kita, antaranya seperti berikut:

1. SIHIR PEMISAH

Takrif dan pengertiannya:

Memutuskan hubungan anak dan ibu.

Memutuskan hubungan anak dan ayah.

Memutuskan hubungan seseorang dengan saudaranya.

Memutuskan hubungan seseorang dengan kawannya.

Memutuskan hubungan antara dua rakan kongsi.

Memisahkan antara suami dan isterinya.

Tanda-tanda sihir pemisah:

Perubahan secara tiba-tiba dari sayang menjadi benci.

Berlaku keraguan melampau antara suami isteri.

Enggan memohon maaf.

Membesar-besarkan perselisihan yang kecil.

Suami melihat isterinya berwajah hodoh dan sebaliknya.

Benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan.


2. ILMU GUNA-GUNA

Sihir ini juga dikenali sebagai Ilmu Pengasih atau Pemikat.

Tanda-tanda:

Asamara cinta yang keterlaluan.

Berubah secara spontan dari benci kepada suka.

Cenderung melakukan hubungan seksual.

Sukar mengawal cinta.

Rindu bayang yang berlebihan.

Patuh secara membuta tuli tanpa dapat dikawal.

Mimpi bersetubuh dengan orang yang menyihirnya.

Menjadi tumpuan orang ramai walaupun tidak seberapa (kedai).
Sebab-sebab:

Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri.

Mencuba dan ingin tahu.

Perasaan cemburu, cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.

Melakukan aniaya terhadap wanita yang pernah menghampanya.

Melariskan peniagaan.

Mendapatkan pengikut.

Kesan-kesannya:

Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama.

Adakalanya kesan daripada sihir itu tersasar atau tersalah tuju sehingga suami membenci isterinya. Ini akibat daripada sesetegah tukang sihir yang tidak mahir menggunakan sihir tersebut.

Adakalanya seorang isteri mengenakan sihir beberapa kali supaya suaminya hanya sayang kepadanya sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang ada hubungan kekeluargaan.


SIHIR YANG DIHALALKAN

Berhias dan mencantikkan diri di hadapan suami. Menjaga supaya suaminya tidak melihat sesuatu yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidak enak, selalu senyum manis, berkata baik, lembut, menjaga harta suami, menjaga anak-anak dengan kasih sayang, mentaatinya selagi tidak menyuruh perkara maksiat kepada Allah.


3. SIHIR MEMPERDAYAKAN PANDANGAN (SILAP MATA)

Tukang sihir membawa sesuatu, kemudian mengucapkan jampi-unsur syiriknya dan azimat-azimat kekufuran lalu meminta bantuan syaitan sehingga orang ramai melihat sesuatu itu tidak sebagaimana hakikat sebenar.

Tanda-tanda Hinopsis:

Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak atau sebaliknya.

Melihat yang kecil menjadi besar atau sebaliknya.

Seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah nabi Musa.

Seperti kain / api berubah menjadi burung.


4. SIHIR YANG MEMBUAT GILA

Tanda-anda Sihir Gila:

Binggung dan lupa sesuatu.

Kacau dalam perbicaraan.

Mata kuyu (moyok).

Tidak boleh tenang di satu tempat.

Tidak boleh tetap melakukan pekerjaan tertentu.

Tidak mengambil berat tentang penampilan (selekeh).

Sampai kesatu tahap ia tidak sedar dirinya sedang berjalan dan tidur di tempat-tempat sunyi.


5. SIHIR MEMBUAT ORANG TIDAK BERMAYA

Tanda-Tanda:

Suka berseorangan / menyendiri.

Tidak bercakap / pendiam.

Tidak suka berjumpa orang.

Fikiran meracau / terganggu.

Selalu pening.

Selalu lesu dan tidak bermaya.

Hilang semangat apabila tiba di tempa kerja.



6. SIHIR MENDENGAR PANGGILAN

Tanda-tandanya:

Selalu mengalami mimpi ngeri.

Bermimpi mendengar orang memanggil nama.

Mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tidak melihat orangnya.

Selalu was-was.

Selalu syak wasangka terhadap teman dan orang-orang yang mencintainya.

Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat tinggi.

Mimpi melihat haiwan yang mengejarnya.
Bagaimana Sihir Ini Dilakukan?

Tukang sihir mengirimkan jin yang diberikan tugasnya untuk mengganggu mangsa pada waktu tidur dan jaga, kemudian jin itu menampakkan dalam diri dalam tidur berupa berbagai-bagai haiwan buas yang mengancamnya atau memanggilnya, ketika jaga mangsa mendengar suara seseorang yang dikenalinya atau mangsa mendengar suara-suara aneh.


7. SIHIR MEMBUAT PENYAKIT

Tanda-tandanya:

Selalu sakit pada salah satu anggota badan.

Saraf tersumbat.

Lumpuh salah satu anggota tubuh.

Tidak berfungsi salah satu pancaindera.

Lumpuh keseluruhan badan.


Bagaimana Berlakunya Sihir ini?

Jin akan ditugaskan menetap di otak, benar-benar di tempat yang dikehendaki tukang sihir seperti di pusat pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Ketika itu, aggota tubuh mangsa berada di antara 3 keadaan:

Menghalang isyarat-isyarat / arahan otak sampai kepada anggota tubuh sehingga anggota tubuh tidak berfungsi menyebabkan mangsa menjadi bisu, buta, tuli dan lumpuh.

Membiarkan tubuh berfungsi dan kadangkala menghalangnya daripada berfungsi.

Membiarkan otak memberikan isyarat melampau dan cepat anggota tubuh mangsa menjadi kaku dan tidak bergerak walaupun tidak sampai ketahap lumpuh.

8. SIHIR PENDARAHAN

Sihir ini hanya berlaku kepada wanita. Jin itu diberikan tugas untuk mengeluarkan darah, di mana jin akan berjalan bersama-sama aliran darah. Sabda Rasullullah (s.a.w.): "Syaitan berjalan dalam tubuh manusia melalui peredaran darah".

Pengertian Pendarahan

Dikenali oleh ahli feqah sebagai darah istihadah dan dikalangan doktor biasanya disebut pendarahan. Kemungkinan pendarahan ini berlangsung hingga beberapa bulan tidak kira sedikit atau banyak.


9. SIHIR MENAHAN PERNIKAHAN

Tanda-tandanya:

Pening kepala yang berterusan, sekalipun diberikan ubat oleh doktor.

Sesak di dada terutamanya selepas asar hingga tengah malam.

Melihat pelamar bermuka hodoh.

Banyak berfikir (fikiran melayang)

Selalu gelisah waktu tidur.

Selalu rasa sakit di perut.

Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.


Cara berlakunya Sihir ini

Jin akan ditugaskan melakukan satu di antara dua:

Masuk ke dalam tubuh wanita menyebabkan dia benci kepada setiap calon suami yang melamarnya.

Jin menukarkan wajah lelaki yang ingin melamarnya berwajah buruk.


SIHIR PUKAU

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR PUKAU:

Melihat sesuatu tidak sebagai sebenarnya seperti melihat benda kecil menjadi besar atau sebaliknya.

Melihat wajah yang cantik menjadi buruk atau sebaliknya.

Menjadi bingung, tidak boleh bercakap dan menuruti permintaan seseorang walaupun tidak dengan kerelaan hati.

Tidak sedar akan diri sendiri walaupun ditanya sesuatu yang berkaitan tentang dirinya

Rasa mengantuk yang terlalu luar biasa.

Rasa begitu tertekan sehingga fikiran menjadi buntu.

Rasa benci terhadap orang yang patut disayangi seperti suami isteri.

Rasa kasih yang keterlaluan terhadap seseorang.

Berjalan menuju ke suatu tempat dalam keadaan tidak sedar atau ketika tidur.

PUKAU BOLEH BERLAKU MELALUI:

Hembusan asap rokok.

Tenungan mata.

Perbualan.

Minuman

Handphone (percakapan dan sms).

Membuang najis dan membuang pakaian buruk di hadapan rumah.

PUNCA SIHIR:

Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.

Putus pertunangan.

Masalah pertunangan yang tidak ditunaikan.

Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat.

Rebutan harta pusaka.

Irihati dengan jiran-jiran sebelah.

Cemburu, jahat sangka dan seumpamanya.

Mencuba kehebatan ilmu.

Mendapatkan keuntungan duniawi.

MELINDUNGI DIRI DARIPADA GANGGUAN DAN SIHIR:

Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh naib s.a.w.

Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.

Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.

Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.

Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.

Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.

Jangan membunuh ular yang masuk kedalam rumah sesewang-wenangnya.

Jangan mendedahkan aurat kasar didalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu.

Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah.


Dari laman web Sinar Zamdurrani.

19 Hadis Mengenai Wanita

01. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

02. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

03. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

04. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

05. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

06. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

07. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

08. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

09. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15 Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19 Daripada Aisyah r.a " Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka,maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

18 Jun 2010

Produk HALAL: suatu tuntutan Syarak

HALAL bermaksud dibenar dan tidak dilarang oleh Allah. Ia bukan sahaja berkait dengan makanan dan minuman, tetapi juga berkait dengan pakaian, alat-alat perhiasan, kosmetik dan sebagainya. Namun penggunaan istilah HALAL paling kerap digunakan pada makanan dan minuman.

Mengguna atau menikmati makanan dan barangan HALAL adalah tuntutan Allah ke atas manusia terutama kaum muslimin. Allah berfirman di dalam al-Quran;

“Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu”. (al-Baqarah: 168)

“Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu yang HALAL lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah Yang kepadanya sahaja kamu beriman”. (al-Maidah: 88)

Terdapat riwayat dari Rasulullah s.a.w. yang menegaskan;

طَلَبُ الْحَلاَلِ وَاْجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
“Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”.
(Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270).

طَلَبُ اْلحَلاَلِ جِهَادٌ
“Mencari yang HALAL adalah satu jihad”.
(Riwayat Imam al-Qadha’ie dari Ibnu ‘Abbas r.a. dan Ibnu Nu’aim dari Ibnu ‘Umar. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini dhaif. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5273)

Oleh kerana kewujudan makanan dan barang-barang di pasaran bergantung kepada pengeluaran, maka kewujudan syarikat-syarikat yang mengeluarkan makanan dan barang-barang HALAL merupakan tuntutan Syarak. Tuntutan ini tergolong di dalam fardhu Kifayah. Begitu juga, memperniagakan barang-barang HALAL juga merupakan fardhu kifayah.

Dengan kesedaran mengeluar dan memperniagakan barang-barang HALAL, umat Islam akan berupaya mewujudkan pasaran bersekutu sesama mereka yang menawarkan produk makanan dan barangan yang benar-benar bersih dan suci mengikut nilaian Islam iaitu produk makanan dan barangan HALAL.

KONSEP ASAS HALAL DAN HARAM DI DALAM ISLAM

Rasulullah s.a.w. menjelaskan konsep asas HALAL dan haram di dalam Islam dengan sabda baginda;

إنَّ الحَلالَ بَيِّنٌ وَإنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُما مُشْتَبِهاتٌ لا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهاتِ اسْتَبرأ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ في الشُّبُهاتِ وَقَعَ في الحَرَامِ، كالرَّاعي يَرْعَى حَوْلَ الحِمَى يُوشِكُ أنْ يَرْتَعَ فِيهِ، ألاَ وإنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمىً، ألاَ وَإنَّ حِمَى اللَّهِ تَعالى مَحَارِمُهُ، ألا وَإنَّ في الجَسَدِ مُضْغَةً إذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ ألاَ وَهِيَ القَلْبُ" (رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya; “Sesungguhnya yang HALAL itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Namun di antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhah (yakni samar-samar antara HALAL dan haram), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia (sama ada HALAL atau haram). Oleh itu, sesiapa menjaga dirinya dari segala yang syubhah itu, maka sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya. Dan sesiapa terjatuh dalam perkara syubhah, kemungkinan ia terjatuh ke dalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, maka dikhuatiri binatang-binatang ternakannya akan masuk (dan makan rumput) di dalam kawasan larangan itu. Ketahuilah! Sesungguhnya bagi setiap raja ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah segala yang diharamkan olehNya. Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketul daging. Jika baik baik seketul daging itu, baiklah seluruh jasad dan jika rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah! Seketul daging yang aku maksudkan itu ialah hati”.
(Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abi Abdillah an-Nu’man bin Basyir r.a.)

Dari hadis di atas kita dapat mengambil beberapa ketetapan hukum;

1. Yang HALAL dan yang haram adalah jelas di dalam Islam

Penetapan HALAL dan haram di dalam Islam adalah terang dan jelas. Setiap butiran yang HALAL dan yang haram terkandung di dalam al-Quran dan juga as-Sunnah. Oleh demikian, setiap umat Islam wajib merujuk kepada para ulamak yang mengetahui ilmu al-Quran dan as-Sunnah untuk mengetahui apa yang HALAL dan apa yang haram. Lebih utama untuk melakukan rujukan tersebut ialah para pengeluar dan para peniaga kerana kesilapan mereka akan turut membabitkan orang lain dalam menikmati makanan atau barangan yang haram atau tidak HALAL.

Panduan mengenali makanan dan barangan HALAL

Menurut ulamak, HALAL atau tidaknya suatu makanan dan barangan itu bergantung kepada dua faktor;

a) Zat makanan dan barangan itu sendiri; hendaklah tidak tergolong dalam perkara yang disenarai-haramkan oleh Syarak.

b) Cara pemerolehan makanan dan barangan tersebut. Sekalipun zat suatu barang itu HALAL, namun jika diperolehi dengan jalan riba, penipuan dan sebagainya, maka ia adalah haram di sisi Syarak.

Lebih terperinci, semua makanan dan barangan yang hendak diisytiharkan HALAL hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut;

1. Ia tidak mendatangkan mudarat kepada akal dan badan.

2. Ia bebas dari najis

3. Ia bukan produk yang diperolehi dari sumber babi atau anjing.

4. Bagi produk yang diperolehi dari sumber binatang-binatang lain yang HALAL dimakan (khususnya binatang darat) hendaklah dipastikan ianya disembelih mengikut hukum Syarak.

5. Ia diperolehi melalui sumber yang diharuskan.

Oleh demikian, dalam pengeluaran barang-barang HALAL, para pengeluar hendaklah memastikan bahan mentah dan ramuan yang digunakan hendaklah HALAL. Binatang yang HALAL untuk dimakan seperti lembu, kambing dan sebagainya mestilah disembelih mengikut hukum Islam, di mana penyembelihannya itu dilakukan oleh orang Islam dengan memetuhi syarat-syarat penyembelihan yang ditetapkan. Bahan ramuan HALAL tidak boleh bercampur atau menyentuh bahan-bahan haram seperti produk daripada sumber babi atau anjing sewaktu menyimpan, mengangkut, memasak dan menghidangkannya.

Pada tahun 2001 umat Islam di Malaysia dan Indonesia digemparkan dengan berita mengenai enzim babi digunakan dalam pengeluaran bahan penambah perisa MSG. Bahan yang menimbulkan kontroversi itu ialah Bactosoytone iaitu nutrien yang digunakan untuk membiakkan bakteria yang akan digunakan sebagai medium pembiakan ibu dalam proses penapaian. Bactosoytone dihasilkan apabila protein soya diuraikan oleh enzim yang diekstrakkan daripada pankreas babi. Oleh itu, penggunaan Bactosoytone dalam pengeluaran MSG adalah haram kerana ia dihasilkan daripada sumber yang haram.

2. Jauhi yang syubhat

Di persimpangan antara yang HALAL dan yang haram tersebut terdapat yang samar-samar yang belum dipasti statusnya; apakah ianya HALAL atau haram, iaitulah perkara-perkara syubhat. Perkara syubhat ialah perkara yang diragui HALAL-haramnya. Langkah terbaik menurut Rasulullah ialah dengan meninggalkannya. Rasulullah s.a.w. menegaskan dalam hadis di atas; “…sesiapa menjaga dirinya dari segala yang syubhah itu, maka sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya. Dan sesiapa terjatuh dalam perkara syubhah, kemungkinan ia terjatuh ke dalam yang haram…”.

Sebagai contoh; penggunaan gelatin. Gelatin dihasilkan daripada kulit dan urat binatang seperti babi dan lembu. Namun sekalipun gelatin diperolehi daripada lembu, ini tidak bermakna ianya HALAL kerana kita tidak tahu sama ada lembu tersebut telah disembelih mengikut hukum Islam atau tidak. Di banyak negara bukan Islam, hanya terdapat segelintir rumah sembelihan yang memenuhi keperluan orang Islam. Tambahan pula, kebanyakan makanan bergelatin tidak menyatakan sama ada gelatin yang digunakan itu diperolehi dari sumber babi atau lembu. Jadi, gelatin secara umumnya termasuk dalam perkara syubhat. Oleh demikian, penggunakan bahan bergelatin perlu dielakkan oleh umat Islam kecuali yang benar-benar jelas pengesahan HALALnya oleh pihak yang dapat dipercayai.

3. Kaitan penjagaan HALAL dan haram dengan hati

Dihujung hadis, Rasulullah menyebutkan tentang hati dan pengaruhnya terhadap perlakuan manusia sama ada baik atau buruk. Apa kaitan hati dengan konsep HALAL dan haram yang disebut di awal hadis? Persoalan ini dapat dijelas dengan dua tafsiran;

Pertama; Kesedaran untuk menjaga HALAL dan haram bergantung kepada hati. Hanya orang yang memiliki hati bertakwa dan takutkan Allah akan memerhati makanan atau barangan yang digunanya; apakah HALAL atau haram? Adapun orang yang fasik dan memiliki hati kotor, baginya tidak penting sama ada rezki yang dinikmatinya HALAL atau tidak. Yang penting adalah memenuhi selera dan nafsunya.

Kedua; Bersih dan sucinya hati berkait dengan makanan dan penggunaan barangan yang HALAL. Jika seseorang itu sentiasa melazimi yang HALAL, akan terjagalah hatinya. Akan tetapi jika ia mula terlibat dengan yang haram, akan kotor dan rusaklah hatinya.

GUNAKAN PRODUK YANG BERSIH DAN SUCI

Islam amat mementingkan kebersihan. Kebersihan yang dituntut oleh Islam merangkumi kebersihan lahiriyah dan juga kebersihan rohaniyah. Kebersihan lahiriyah ialah dengan memastikan pakaian dan tubuh-badan sentiasa dalam keadaan bersih terutamanya untuk beribadah. Oleh demikian, umat Islam perlu memastikan produk yang mereka gunakan pada badan mereka sama ada berupa pakaian, minyak wangi, syampu, ubat gigi, kosmetik dan sebagainya dibuat dari bahan-bahan yang bersih dan tidak najis. Kewujudan produk najis di badan menghalang sahnya ibadah di samping pemakainya tidak disukai oleh Allah dan para malaikat. Allah berfirman;

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang sentiasa mensucikan diri (dari kekotoran dan najis)”. (al-Baqarah: 222)

Allah menjelaskan di dalam ayat di atas bahawa ia menyukai orang yang suka bertaubat dan membersihkan diri. Maka mafhum mukhalafah (yakni pemahaman sebaliknya) dari ayat tersebut ialah; orang yang banyak melakukan dosa dan tidak menjaga dirinya dari najis dan kekotoran, ia akan dibenci oleh Allah.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. menegaskan; “Tidak diterima solat tanpa bersuci” (Hadis riwayat Imam Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah). Telah disepakati (atau diijmakkan) oleh para ulamak bahawa bersuci yang menjadi syarat sahnya solat itu merangkumi bersuci dari najis di samping bersuci dari hadas. Oleh demikian, memakai atau membawa produk-produk yang diperbuat dari najis atau yang mempunyai unsur-unsur bahan najis dalamnya akan menyebabkan tidak sahnya solat.

Bersuci batiniyah pula ialah dengan mengelak dari terjerumus dalam dosa termasuk dalam hal makan-minum. Menikmati makanan yang haram atau tidak HALAL merosakkan batin seseorang kerana ia telah melakukan dosa kepada Allah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. menegaskan;

أَيـُّمَا عَبْدٍ نَبَتَ لَحْمُهُ مِنَ السُّحْتِ وَالرِّبَا فَالنَّارُ أَوْلَى بـِهِ
“Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari ‘Atak dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

15 MUDARAT DOSA

Salah satu mudarat dosa ialah ia menghalang keluasan rezki sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.;

إِنَّ الرَّجُلَ لَيُحْرَمُ الرِّزْقَ بـِالذَّنْبِ يُصِيْبُهُ
“Sesungguhnya seseorang itu akan terhalang dari rezki kerana dosa yang dilakukannya”. (Riwayat Imam Ahmad, Ibnu Majah, al-Hakim dari Thauban r.a./ Al-Jami’ as-Saghir, Imam as-Suyuti, hadis no. 1975.)

Seorang ulama’ Islam terkenal iaitu al-‘Allamah Ibnul Qayyim al-Jauziyah telah menyenaraikan lebih 15 kemudaratan yang bakal menimpa manusia kerana dosa, iaitu;

1. Kurang mendapat petunjuk dari Allah
2. Rosaknya pandangan dan akal fikiran
3. Terhijab diri dari mengenali kebenaran
4. Hati menjadi rosak
5. Rendah sebutan nama di mata manusia lain
6. Waktu dalam kehidupan menjadi sia-sia
7. Tidak disukai oleh makhluk Allah
8. Hubungan dengan Allah menjadi renggang
9. Doa tidak akan dimakbulkan Allah
10. Hati menjadi keras
11. Tidak ada keberkatan pada rezki dan umur
12. Terhalang dari mendapat ilmu
13. Hidup berterusan dalam keadaan hina-dina
14. Akan dihina dan diperlekehkan oleh musuh
15. Dada sentiasa sempit dan resah
16. Diuji oleh Allah dengan teman dan kawan yang jahat
17. Sentiasa dalam keadaan duka-cita dan kebimbangan
18. Kehidupan dan rezki menjadi sempit
19. Fikiran sentiasa resah dan tidak tenteram
(Rujuk kitab ‘al-Fawaid’, oleh al-Allamah Ibnul Qayyim al-Jauziyah, hlm. 67)

MELAZIMI YANG HALAL AKAN DIMUSTAJABKAN DOA

Seorang sahabat bernama Saad bin Abi Waqqas r.a. pernah memohon kepada Rasulullah s.a.w.; “Ya Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar aku dimustajabkan doa”. Lalu Rasulullah berkata kepadanya;

يا سعد أطب مطعمك تكن مستجاب الدعوة، والذي نفس محمد بيده إن الرجل ليقذف اللقمة الحرام في جوفه ما يتقبل منه أربعين يوماً، وأيّما عبد نبت لحمه من السحت والربا فالنار أولى به (رواه الحافظ ابن مردويه عن عطاء عن ابن عباس).
“Wahai Saad! Perelokkanlah makanan kamu, nescaya kamu akan dimustajabkan doa. Demi Tuhan yang diri Muhammad berada dalam kekuasaanNya, sesungguhnya seorang itu apabila telah menyuapkan sesuap makanan haram ke dalam mulutnya, nescaya tidak akan diterima doanya (oleh Allah) selama 40 hari. Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari ‘Atak dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, Rasulullah s.a.w. pernah bercerita tentang seorang lelaki yang kesusahan kerana jauh mengembara, rambutnya kusut-masai dan tubuh-badannya berdebu. Ia memhon kepada Allah dengan menyeru; ‘Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!’ sedang makanan (yang dimakan)nya adalah haram, minuman (yang diminum)nya juga haram serta pakaian (yang dipakai)nya juga haram, malah ia diberi makan dengan yang haram, maka bagaimana hendak diperkenankan (oleh Allah) doanya?”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

SIKAP UMAT AKHIR ZAMAN; TIDAK MENGHIRAUKAN HALAL DAN HARAM

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. telah meramalkan keadaan umat akhir zaman yang tidak mengambil berat soal halal dan haram, dosa dan pahala. Baginda bersabda;

ليأتين على الناس زمان لا يبالي المرء بما أخذ المال أمن حلال أم من حرام
“Akan tiba satu zaman di mana seseorang itu tidak menghiraukan dari mana datang hartanya; apakah dari yang HALAL atau dari yang haram”.
(Riwayat Imam al-Bukhari dan an-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

DOA RASULULLAH DI WAKTU PAGI

Menurut Ummu Salamah r.a. (salah seorang isteri Nabi s.a.w.); Nabi s.a.w. apabila berada di waktu pagi, baginda akan membaca doa;

اللَّهُمَّ إني أسألُكَ عِلْماً نافعاً، وَرِزْقاً طَيِّباً، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
“Ya Allah, wahai Tuhanku! Aku memohon dari Engkau ilmu yang bermanfaat, rezki yang baik dan amal yang diterima”. (Riwayat Imam Ibnu Majah/Lihat: Al-Azkar, Imam an-Nawawi, bab Ma Yuqalu ‘Inda as-Shobah)

Waktu pagi adalah permulaan hidup kita. Pada waktu pagi manusia biasa merancang apa yang hendak dilakukanya pada hari yang bakal ia lalui. Dalam doa di atas, Rasulullah s.a.w. mengajar kita supaya memfokuskan tiga perkara untuk kita capai dalam perjalanan hidup kita seharian, salah satu darinya ialah rezki yang baik iaitu rezki yang bersih dan HALAL serta diberkati Allah.

Doa di atas bukan sahaja perlu dijadikan amalan harian, malah perlu menjadi motivasi kepada para pengeluar, pengusaha dan peniaga muslim untuk lebih menggiatkan usaha mengeluar dan memperniagakan produk-produk HALAL khususnya yang berkait dengan makanan dan barang-barang kegunaan harian kerana usaha tersebut membuka medan seluas-luasnya kepada kaum muslimin untuk dapat menikmati rezki yang baik (yang bersih, HALAL dan diredhai Allah) sehingga tidak ada alasan lagi untuk mereka terlibat dengan yang haram.

15 Jun 2010

AURAT : Satu Analisis Hukum

Secara mudahnya aurat dapat diertikan sebagai bahagian tubuh badan, sama ada lelaki ataupun wanita yang diwajibkan oleh syarak menutupnya daripada pandangan mata. Para ulama membahagikan batas-batas aurat tersebut, khususnya ketika di luar sembahyang kepada 4 kategori iaitu :
1) Aurat lelaki bersama lelaki2) Aurat wanita ketika bersama wanita3) Aurat lelaki ketika bersama wanita 4) Aurat wanita ketika bersama lelaki

AURAT LELAKI KETIKA BERSAMA LELAKI
Aurat lelaki yang wajib ditutupnya daripada pandangan seorang lelaki lain ialah bahagian tubuh badan antara pusat dan lututnya. Ini bererti bahawa seorang lelaki tidak diharuskan melihat aurat lelaki lain pada bahagian yang terletak antara pusat dan lututnya.
Hukum ini dipersetujui oleh jumhur ulamak berdasarkan kepada beberapa buah Hadis Sahih, antaranya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub r.a bermaksud:“Bahagian anggota yang terletak di atas dua lutut adalah termasuk aurat dan bahagian anggota yang terletak di bawah pusat adalah aurat juga.”
Amru bin Shuib pula meriwayatkan daripada bapanya daripada datuknya bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersamda maksudnya:“Apabila salah seorang di antara kamu mengahwinkan hamba wanitanya dengan hamba lelakinya ataupun orang upahannya maka dia (iaitu hamba wanitanya) dilarang sama sekali melihat auratnya kerana apa sahaja (bahagian anggota) yang terletak di bawah pusatnya hingga kepada dua lututnya adalah auratnya.”
Selanjutnya Rasulullah s.a.w juga melarang melihat aurat itu sebagaimana sabda baginda bermaksud:“Seorang lelaki dilarang melihat aurat lelaki lain dan juga seorang wanita dilarang melihat aurat seorang wanita lain.”
Hanya Imam Malik yang bercanggah pendapat dengan mengatakan bahawa paha bukanlah aurat. Bagaimanapun,terdapat beberapa dalil yang mengukuhkan pendapatjumhur ulamak di antaranya:
Sebuah Hadis riwayat Jurhud al-Aslami, beliau berkata bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w telah duduk bersama-sama kami, pada saat itu paha saya terdedah, lalu baginda bertanya saya: Apakah tidak kamu tahu bahawa paha itu aurat?”
Diriwayatkan juga bahawa baginda s.a.w telah bersabda kepada Ali r.a :“Janganlah kamu dedahkan paha kamu dan jangan pula kamu melihat paha orang lain sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah mati.”
Malah Rasulullah s.a.w juga melarang kita mendedahkan aurat biarpun ketika bersendirian sebagaimana sabda baginda bermaksud :“Jauhilah daripada perbuatan berbogel, sesungguhnya ada bersama-sama kamu orang yang tidak berpisah denganmu, kecuali ketika membuang air (besar dan kecil) dan ketika seseorang lelaki itu bersetubuh dengan isterinya.”

AURAT WANITA KETIKA BERSAMA WANITA
Jika seseorang wanita Islam bersama-sama wanita Islam yang lain, maka aurat yang mesti ditutup ialah bahagian anggota yang terletak di antara pusat dan lutut. Ini bermakna bahawa seorang wanita Islam harus melihat anggota lain selain daripada anggota yang terletak di antara pusat dan lutut wanita Islam yang lain.
Manakala kedudukan aurat seorang wanita Islam dengan wanita bukan Islam pula para ulamak berselisih pendapat mengenainya. Perselisihan berlaku berpunca daripada penafsiran gantinama (dhamir) “mereka” dalam ayat 31 surah al-Nur yang bermaksud:“Perintahlah (wahai Muhammad) akan wanita Mukminin supaya mereka mengawasi “mereka” dan supaya mereka menjaga alat-alat kemain mereka dan aurat mereka. Dan tidak boleh mereka memperlihatkan aurat mereka kecuali aurat yang zahir (muka dan dua tapak tangan). Dan wajib mereka memakai tudung kepala serta menutupi bahagian dada mereka….”
Para ulamak yang menafsirkan gantinama “mereka” itu dengan erti wanita-wanita Islam sahaja, berpendapat adalah tidak harus wanita-wanita Islam mendedahkan sebarang sebarang aurat mereka biarpun yang lain selain daripada anggita yang terletak di antara pusat dan lutut apabila berhadapan dengan wanita bukan Islam. Kedudukan wanita bukan Islam di dalam masalahini samalah dengan kedudukan lelaki ajnabi. Inilah pendapat yang menjadi pegangan sekumpulan fuqahak mazhab Shafie, Umar, Ibnu Abbas, Mujahid, Ibnu Juraij dan lain-lain yang sebahagian besarnya daripada golongan ulamak salaf.
Diriwayatkan bahawa Umar r.a pernah menulis surat kepada Abu Ubaidah bin al-Jarrah katanya:“Sesunguhnya telah sampai ke pengetahuan bahawa wanita-wanita ahli Dhimmah telah masuk ke dalam bilik-bilik mandi bersama-sama wanita Islam maka hendaklah kamu melarang perkara yang sedemikian dan menyekatnya daripada terus berlaku kerana tidak diharuskan begi seorang wanita Dhimmiyah melihat aurat wanita Islam.”
Ibnu Abbas r.s pula menyatakn bahawa “adalah tidak harus seorang wanita Islam dilihat oleh wanita Yahudi atau Nasrani.”Bagi mereka yang mengatakan bahawa maksud gantinama “mereka” itu sebagai wanita secara umumnya, iaitu Islam dan bukan Islam, berpendapat adalah harus bagi wanita Islam mendedahkan aurat mereka di hadapan wanita bukan Islam, sama seperti kedudukannya ketika berhadapan dengan wanita Islam yang lain. Dengan erti kata bahawa wanita Islam diharuskan mendedahkan auratnya di hadapan wanita bukan Islam selain daripada anggota yang terletak di antara pusat dan lutut. Iniadalah pendapat ulamak mazhab Hanbali dan juga salah satu pendapat fuqahak mazhab Hanafi dan Shafie. Pendapat ini disahkan pula oleh al-Ghazali dan al-Fakhrul Razi, dua ulamak tokoh dari mazhab Maliki. Al-Fakhrul Razi berkata:“Pendapat ini adalah lebih lembut dan sesuai dengan manusia pada hari ini yang hampir-hampir tidak mungkin lagi bagi para wanita Islam melindungi diri mereka daripada pandangan wanita-wanita dhimmiyah.”
Mereka mengatakan bahawa maksud “mereka” itu adalah wanita khusus yang dikenali melalui persahabatan, pekerjaan dan perkenalan sama ada wanita Islam atau bukan Islam, menegaskan bahawa harus bagi para wanita Islam mendedahkan auratnya kecuali bahagian anggota yang terletak antara pusat dan lutut, tanpa sebarang hijab(penutup) di hadapan wanita-wanita yang terhormat dan mulia(tinggi peribadinya) biarpun mereka itu bukan Islam. Jelasnya, neraca keharusan tersebut adalah berdasarkan kepada asas akhlak, bukan asas agama. Lantaran itu, apabila wanita Islam berhadapan denganwanita fasik yang tidak mempunyai sifat malu, tidak berakhlak dan beradab sopan, maka wajiblah ke atas mereka menutup auratnya kerana mendampingi mereka tidak kurang bahayanya daripada mendampingi lelaki ajnabi yang mungkin merosakkan akhlaknya. Ini adalah pendapat al-Maududi, seorang ulamak mutakhir yang amat popular di kalangan umat Islam masa kini. Suatu pendapat yang sederhana yang dapat menyelaraskan dua pendapat sebelumnya, dan ia amat sesuai sekali dengansuasana dan keadaan sekarang ini. Kita berasa agak sukar untuk menerima pendapat pertama kerana kedudukan pergaulan sekarang ini di antara orang Islam dan bukan Islam memang tidak dapat dielakkan. Setiap hari kita bertemu dan berurusandengan mereka di merata-rata tempat dan pada bila-bila masa sahaja. Malah kita tidak dapat pula mengamalkan pendapat kedua kerana tanpa membezakan di antara wanita bukan Islam yang berakhlak dan tidak berakhlak bererti kita mendedahkan para wanita Islam kita pada suatu keruntuhan moral yang mungkin lebih buruk daripada apa yang kita sangkakan.

AURAT LELAKI KETIKA BERSAMA WANITA
Aurat seorang lelaki ketika berhadapan dengan seorang wanita adalah berbeza berdasarkan kedudukannya dengan wanita tersebut. Sekiranya mereka termasuk dalam golongan orang yang seperti bapa, adik beradik kandung, bapa saudaranya dan lain-lainnya maka aurat yang mesti ditutupi ialah bahagian anggota yang terletak antara pusat dan lututnya. Begitu juga menurut pendapat yang terkuat jika ia seorang ajnabi.
Ada pula pendapat yang mewajibkan supaya ditutup seluruh badannya apabila berhadapan dengan seorang ajnabi, iaitu tidak harus bagi seorang wanita melihat kepada seorang lelaki yang bukan mahramnya sama seperti tidak diharuskan seseorang lelaki itu melihatnya. Tetapi jika lelaki itu suaminya, maka tidak timbul masalah aurat di antara keduanya, malah tidak ada apa yang dinamakan aurat di antara mereka. Firman Allah S.W.T , al-Mukminun: 05 bermaksud:“Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali isteri-isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.”

AURAT WANITA KETIKA BERSAMA LELAKI
Perbincangan kategori ini amat penting, malah kedudukannya lebih utama jika dibandingkan dengan tiga kategori sebelum ini kerana pertaliannya dengan masalah semasa. Di tambah pula dengan kejahilan sebahagian anggota masyarakat tentang hukum Islam di samping pengaruh budaya Barat yang mereka cipta pelbagai bentuk pakaian bagi wanita-wanita Islam di negara ini khususnya.
Para ulamak telah membahagikan jenis lelaki yang berada di hadapan seseorang waniat itu kepada lelaki yang menjadi ahramnya dan lelaki ajnabi (iaitu bukan mahramnya).
Jika seseorang wanita itu berhadapan dengan lelaki mahramnya, maka hokum auratnya yang wajib ditutup ialah anggota yang terletak di antara pusat dan lututnya sahaja. Ini bermakna adalah harus baginya mendedahkan bahagian anggotanya yang lain di hadapan orang-orang yang dihukum sebagai mahramnya.
Sungguhpun demikian pendapat ini bukanlah suatu pendapat yang dipersetujui oleh kesemua ulamak Islam. Ulamak mazhab Maliki mengatakan aurat seseorang wanita di hadapan lelaki mahramnya ialah seluruh badannya kecuali muka dan a’traf iaitu kepala, tengkuk, kedua tangan dan kakinya. Pendapat ini disokong oleh ulamak mazhab Hanbali dengan mengatakan bahawa auratnya bersama-sama lelaki mahramnya ialah seluruh badannya kecuali muka, tengkuk, kepala, dua tangan, kaki dan betisnya.
Jika lelaki yang berada di hadapan seseorang wanita itu merupakan lelaki ajnabi, maka terdapat perselisihan pendapat di kalangan ulamak tentang menentukan kadar auratnya, apakah auratnya yang wajib ditutup di seluruh tubuhnya hinggakan termasuk muka dan dua tangannya, ataupun ada bahagian-bahagian anggota yang dikecualikan daripada hukuman wajibditutup kerana tidak sengaja ataupun kerana keperluan yang tidak dapat dielakkan.
Perselisihan pendapat ini berdasarkankepada pelbagai tafsiran tentang ungkapan firman Allah S.W.T yang bermaksud:“Dan tidak boleh mereka memperlihatkan aurat kecuali aurat yang zahir daripadanya.” (al-Nur : 31)
Ada tafsiran yang mengatakan bahawa maksud “kecuali aurat yang zahir daripadanya” itu ialah apa sahaja anggota yang terdedah tanpa disengajakan seperti terdedah kerana ditiup angin ataupun sebagainya. Ada pula tafsiran yang mengatakan bahawa ayat itu bermaksud dikecualikan apa-apa bahagian anggota yang didedahkan kerana keperluan dan tuntutan hidup yang memaksa. Ada juga tafsiran lain yang mengatakan bahawa anggota yang dikecualikan daripada larangan mendedahkannya itu ialah muka dan dua tapak tangan sahaja termasuk belakang kedua-duanya. Jika berdasarkan tafsiran pertama, maka seluruh jasad seseorang wanita itu adalah aurat yang mesti ditutup, bermula dari hujung rambutnya sehinggalah ke hujung kakinya kecuali bahagian tertentu yang terdedah tanpa disengajakan seperti ditiup angin ataupun tersangkut duri, tetapi dikehendaki segera menutupnya tanpa sengaja melambat-lambatkannya. Inilah pendapat fuqahak mazhab Hanbali dan salah satu pendapat yang terkenal di kalangan fuqahak mazhab Shafie dan juga salah satu pendapat yang masyhur di kalangan fuqahak mazhab Maliki. Imam Ahmad ibn Hanbal pernah menegaskan:“Tiap suatu daripada tubuh badan seseorang wanita adalah aurat hinggakan termasuk juga kukunya.”
Dalil-dalil yang menjadi hujah bagi pendapat ini ialah firman Allah S.W.T yang bermaksud:“Dan tidak boleh mereka memperlihatkan aurat mereka kecuali aurat yang zahir daripadanya.” (al-Nur : 31)
Mereka mengatakan bahawa ayat ini jelas menunjukkan seseorang wanita dilarang secara mutlak mendedahkan apa sahaja anggota badannya di hadapn lelaki ajnabi, dan mereka mengatakan bahawa maksud pengecualian yang terdapat di dalam firman Allah tersebut ialah apa yang terdedah tanpa disengajakan seperti akibat ditiup angin kencang yang mendedahkan tengkuknya ataupun mana-mana bahagian badannya. Firman Allah yang bermaksud:“Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri nabi), maka mintalah dari belakang tabir. Ara yang demikian itu lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka.” (al-Ahzab : 53)
Ayat ini menjelaskan bahawa kaum lelaki Islam dilarang melihat isteri-isteri Nabi. Walaupun ayat ini diturunkan khusus bagi isteri-isteri nabi s.a.w tetapi menurut pendapat mereka hukumnya adalah meliputi para wanita Islam lainya menerusi qias, kerana pada mereka seluruh jasad seseorang wanita itu adalah aurat. Ayat ini secara tidak langsungnya mengukuhkan maksud ayat yang pertama yang melarang wanita-wanita mendedahkan aurat mereka kepada pandangan orang-orang lelaki. Mereka juga berhujah dengan beberapa buah hadis yang menunjukkan bahawa orang lelaki dilarang daripada melihat dengan sengaja terhadap wanita-wanita antaranya:“Saya telah bertanya Rasululah s.a.w tentang pandangan yang tidak disengajakan, baginda menjawab: palingkanlah mata kamu ke arah lain.” (Riwayat Jarir bin Abdullah)
Rasululah s.a.w bersabda:“Ya Ali, janganlah kamu susuli pandangan dengan pandagan yang lain, sesungguhnya pandangan yang pertama itu adalah milik kamu, tetapi pandangan yang kedua bukan lagi milik kamu.” (Riwayat Ali r.a)
Dari Ibnu Abbas r.a diriwayatkan bahawa al_Fadl bin al-Abbas telah menunggang unta di belakang Rasululah s.a.w pada hari al-Nahr, beliau adalah seorang yang berambut cantik, berkulit putih dan kacak, lalu datang kepada baginda seorang wanita daripada Khath’am meminta fatwanya, lalu al-Fadl melihat kepadanya dan dia juga melihat kepada al-Fadl, maka dengan ituRasulullah s.a.w memalingkan muka al-Fadl ke arah yang lain.
Kesemua hadis tersebut menunjukkan dengan jelas bahawa hukumnya haram perbuatan sengaja melihat wanita ajnabiah. Ini tidak lain kerana muka dan tubuh badannya adalah aurat yang dilarang melihatnya. Jika berdasarkan kepada tafsiran kedua, maka muka dan kedua tapak tangan iaitu termasuk belakang kedua-duanya, sekurang-kurangnya dua anggota bagi seseorang wanita yang harus didedahkan apabila berhadapan dengan lelaki ajnabi. Inilah pendapat fuqahak mazhab Hanafi, Maliki dan salah satu pendapat daripada Shafie.
Malah di dalam satu riwayat yang lain daripada Abu Hanifah, beliau mengatakan dua anggota kaki dan tempat memakai gelang kaki adalah termasuk ke dalam anggota yang diharuskan pendedahannya termasuk muka dan dua tapak tangan. Ini juga merupakan pendapat al-Thauri dan Abu al-Abbas kerana penutupannya akan menimbulkan kesulitan kepada wanita kampung yang miskin yang terpaksa berjalan ke sana –sini, di jalan-jalan raya, kerana memenuhi keperluan hidup seharian, malah lebihjauh daripada itu, Abu Yusuf iaitu salah seorang sahabat Abu Hanifah berpendapat bahawa dua anggota lengan juga iaitu selain muka dan dua tapak tangan termasuk ke dalam anggota yang diharuskan pendedahannya bagi seseorang wanita kerana penutupnya akan menimbulkan banyak kesulitan.
Menurut satu pendapat yang dhaif dalam mazhab maliki, dibezakan di antara wanita yang cantik dengan wanita yang hodoh. Wanita yang cantik diwajibkan menutup muka dan dua tangannya tetapi hukuman ini tidak diwajibkan ke atas wanita hodoh. Dengan lain perkataan, muka dan dua tangan wanita yang cantik dianggap sebagai aurat yang wajib ditutup. Manakala bagi wanita yang hodoh, kedua-duanya tidak dikira sebagai aurat.
Bagi mereka yang berpegang dengan pendapat ini telah berhujah dengan dalil antaranya firman Allah yang bermaksud:“Dan tidak boleh mereka memperlihatkan aurat mereka kecuali aurat yang zahir daripadanya.” (al-Nur :31)
Mereka mengatakan ayat tersebut telah mengecualikan bahagian-bahagian abggota yang perlu kepada pendedahan kerana memenuhi keperluan bagi diri seseorang iaitu anggota muka dan juga dua tapak tangan. Tafsiran ini adalah sama dengan pendapat sebahagian para sahabat dan tabiin seperti Said bin Jubair, Ata’ dan al-Dahhak.
Mereka juga berhujah dengan sebuah Hadis riwayatAishah r.a bahawa Asma’ Abu Bakar telah masuk menemui rasulullah s.a.w dengan memakai pakaian yang nipis, lalu Rasulullah s.a.w menegurnya, baginda bersabda:“Ya Asma’, seseorang wanita apabila meningkat ke umur haid tidak layak dilihat daripadanya kecuali ini.”Lantas diisyaratkan kepada muka dan dua tapak tangannya.
Hadis jelas menunjukkan bahawa muka dan dua tapak tangan (termasuk belakang kedua-duanya) adalah harus didedahkan, sementara bahagian anggota lain merupakan aurat yang wajib ditutup oleh seseorang wanita yang sudah baligh.
Mereka mengatakan lagi bahawa muka dan tapak tangan bukanlah aurat yang wajib ditutup oleh seseorang wanita kerana kedua-duanya merupakan anggota yang harus didedahkan di dalam sembahyang, begitu juga semasa berihram, kalaulah kedua-duanya merupakan aurat tentulah tidak dibolehkan pendedahannya kerana menutup aurat di dalam sembahyang adah wajib. Tidak sah sembahyang seseorang itu apabila auratnya terdedah.
Pendapat kedua ini merupakan pegangan kepada golongan terbanyak ulamak Islam kerana itu ia dianggap sebagai jumhur.
Apa yang menjadi hujah kepada kumpulan pertama, di antaranya sebagaimana maksud firman Allah:“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta daripada isteri-isteri Nabi, maka mintalah dari sebalik tabir.” (al-Ahzab : 53)
Ayat tersebut dianggap oleh jumhur ulamak sebagai mengandungi hukum khas bagi isteri-isteri Nabi sahaja kerana kedudukan dan kehormatan mereka yang tinggi dan tidak dimiliki oleh wanita-wanita lain. Oleh itu, tidaklah harus diletakkan mereka di bawah hukum-hukum yang khusus bagi isteri-isteri Nabi menerusi kaedah qias.
Mengenai sabda baginda kepada Jabir bin Abdullah:“Palingkanlah mata kamu ke arah lain.” Dan sabda baginda kepada Ali bin Abu Talib:“Ya Ali, janganlah kamu susuli pandangan(mata kamu itu) dengan pandangan yang lain…” Mereka menyatakan bahawa maksud hadis-hadis itu melarang seseorang nelihat dengan sengaja kepada tubuh badan seseorang wanita tanpa sebarang keperluan kerana perbuatan sengaja melihat itu boleh menimbulkan akibat buruk dan sangkaan yang tidak baik, sedangkan kita disuruh agar menjauhkan diri daripada segala sangkaan buruk.
Tentang hadis yang meriwayatkan bahawa Rasululah s.a.w telah memalingkan muka al-Fadl bin al Abbas itu pula, mereka mengatakan tindakan itu adalah disebabkan baginda berasa takut akan timbulnya fitnah dari apa yang berlaku di hadapannya. Hadis ini menurut jumhur hanya menunjukkan hokum harus melihat kepada seseorang wanita ketika tidak ada kemungkinan berlakunya fitnah. Berdasarkan kepada hujah-hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak, maka para fuqahak mazhab Hanbali dan pihak jumhur, ditambah pula dengan hujah-hujah jumhur ulamak bagi mematahkan hujah-hujah mereka itu, maka ternyata bahawa pendapat jumhur adalah yang terkuat dan munasabah diamalkan di dalam kehidupan wanita pada hari ini. Malah kalau diperhatikan kepada nature syariat Islam itu sendiri ia bersifat mudah, bertolak ansur dan lembut, tidak terdapat di dalam pengajaran dan hukum-hukumnya sesuatu yang susah dan menyulitkan penganutnya. Dalam hal ini tentunya kita lebih cenderung dengan pendapat jumhur ulamak yang terdiri daripada ulamak mazhab Maliki, Hanafi dan sebahagian fuqahak Mazhab Shafie yang mengatakan bahawa muka dan dua tapak tangan bukanlah aurat seseorang wanita yang wajib ditutup apabila berhadapan dengan lelaki ajnabi. Memaksa seseorang wanita menutup muka dan juga dua tapak tangan akan menyebabkan timbulnya kesulitan yang berat kepada yang miskin dan tidak mempunyai sesiapa yang membantu mereka dalam kehidupan mereka seharian seperti untuk keluar ke pasar, jalan-jalan raya, lading dan melakukan pekerjaan tertentu bagi memnuhi keperluan hidup dan tuntutan hidup mereka.
Walaupun pendapat ini mengharuskan pendedahan muka dan dua tapak tangan, tetapi keharusan itu adalah terikat secara khusus dengan keadaan yang tidak menimbulkan fitnah terhadap diri seseorang wanita itu. Sekiranya dalam keadaan yang tidak terjamin keselamatannya dan ditakuti akan menimbulkan fitnah, ataupun dalam suasana di amna terdapat ramai orang jahat maka tidak diharuskan bagi seseorang wanita itu keluar rumahnya dengan mukanya yang terdedah atau sebahagian auratnyayang lain terdedah.
Perlu diingatkan bahawa pertentangan pendapat di kalangan ulamak tentang hokum wajib menutup muka ataupun tidak adalah berdasarkan kepada muka yang bersih dan tabie yang tidak disolekkan dengan sebarang solekan yang mempersonakan pandangan lelaki kepadanya ataupun muka itu tidak terlalu cantik. Tetapi jika muka itu disolekkan atau dihias dengan hiasan tertentu ataupun muka itu terlalu cantik yang menarik perhatian lelaki, maka muka yang seperti itu dihukum sebagai aurat yang mesti ditutup biarpun di kalangan mereka yang mengharuskan pendedahannya di dalam suasana yang normal. Ini adalah kerana menjaga kaum wanita daripada kesulitan dan kesusahan yang mungkin timbul di samping mengawal kaum lelaki dari melakukan perbuatan ataupun tidak tindakan yang tidak wajar dan dilarang oleh syarak.
Sesungguhnya apabila dikatakan muka dan dua tapak tangan itu tidak dikira sebagai aurat yang mesti ditutup bukanlah bermakna wajib ke atas seseorang wanita itu mendedahkannya ataupun tidak menutupnya dianggap sebagai bida’h, kerana pendapat begini tidak pernah diucapkan oleh mana-mana ulamak pun. Malahan ia bermaksud tidaklah menjadi apa-apa kesalahan mendedahkan kedua-duanya(muka and dua tapak tangan) di dalam suasana biasa yang tidak menimbulkan sebarangfitnah.
Dalam suasana yang ada di negara kita sekarang ini di mana pelbagai gejala social berlaku tindakan liar terhadap kaum wanita dan segbagainya, maka sudah sampai masanya umat Islam kita kembali kepada pengajaran Islam yang murni dan mengamalkannya di dalam kehidupan seharian. Buangkanlah sikap dan anggapan bahawa menutup aurat itu adalah suatu tanda kepada kemunduran, menakutkan para pelabur dan pelancong dan beberapa tanggapan negatif lagi. Pilihlah suatu yanglebih bermanfaat bagi diri kita berdasarkan kepada peraturan dan ajaran Islam yang kita anuti dan yakini selama ini. Islam tidak pernah membawa umatnya ke arah kemunduran dan kemusnahan tetapi pengabaian umat terhadap pengajaran dan hukumnya adalah punca kepada keruntuhan tamadun manusia.

13 Jun 2010

Derhaka Kepada Ibubapa Celaka Padahnya



Baru-baru ini kita digemparkan dengan kisah yang anak-anak derhaka yang sanggup membuangkan bapa mereka yang telah dimamah usia sehingga terpaksa merempat meminta belas ihsan orang lain. Dalam kes yang pertama seorang bapa yang baru sahaja menjalani pembedahan jantung ditinggalkan di sebuah perhentian bas kerana dikatakan kehadirannya tidak disukai oleh isteri anaknya lalu kewujudan beliau dirumah boleh menjejaskan keharmonian rumahtangga mereka. Dalam kes kedua pula seorang bapa yang sedang mengidap penyakit buah pinggang kronik dianggap sebagai beban bagi anak-anak kerana perlu menghantar bapa mereka ke pusat hemodialisis lalu ditinggalkan bapanya yang sedang sakit itu dipusat tersebut. Maka tercampaklah kedua-dua bapa yang suatu ketika dulu telah bertungkus-lumus membanting tulang untuk membesarkan anak-anak mereka di rumah orang-orang tua Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Apa yang lebih mendukacitakan sifat tidak berperikemanusiaan ini timbul dari kalangan mereka yang mengaku sebagai orang Islam sedangkan Islam telah mencela dengan keras perbuatan seumpama ini.

Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2654




Lihatlah bagaimana dosa menderhaka kepada ibubapa ini diletakkan dalam satu kategori bersama dosa mensyirikkan Allah S.W.T. iaitu dosa yang paling keji di atas muka bumi ini. Di sisi lain Allah S.W.T. berfirman:

“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.” – al-Nisaa’ (4) : 36

Di dalam ayat ini setelah Allah memerintahkan hamba-Nya untuk mengtauhidkan-Nya dan mengerjakan ibadat kepada-Nya, Allah S.W.T turut menyuruh hamba-hamba-Nya agar menjaga kedua ibubapa mereka dengan baik. Dalam ertikata lain seseorang itu tidak dianggap memiliki kemantapan iman serta ibadatnya juga belum dianggap sempurna selagi dia tidak berbuat baik kepada orang tuanya.

Keredhaan Allah S.W.T terhadap hamba-Nya juga bergantung kepada bagaimana seseorang itu menjaga hal ehwal ibubapanya. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” – Hadis riwayat al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 1821.

Menerusi hadis ini dapat kita fahami bahawa hubungan seseorang insan itu dengan Allah S.W.T. akan terjejas sekiranya dia menderhaka kepada ibubapanya. Sikap kurang ajar seorang anak kepada ibubapa bakal mengundang kemurkaan Allah S.W.T. sehingga Allah tidak lagi meredhai anak tersebut.

Justeru Islam telah mengajar penganutnya agar sentiasa berusaha untuk menggembirakan ibubapa lebih-lebih lagi yang telah lanjut usianya dengan apa jua cara selagimana ia tidak bercanggah dengan syarak. Islam melarang seseorang itu sama sekali untuk bersikap kasar kepada ibubapanya. Firman-Nya:

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” – al-Israa’ (17 : 23).




Menjaga ibubapa yang sudah tua memang bukan satu urusan yang mudah. Kebiasaanya tubuh yang telah dimamah usia menyebabkan pergerakan mereka terbatas bahkan adakalanya memerlukan bantuan daripada anak-anak. Jiwa mereka juga semakin sensitif, kuat terasa hati, bahkan agak cerewet dalam banyak perkara. Ada juga yang telah mula lemah daya ingatannya menyebabkan perbualan dengan mereka adakalanya boleh menyebabkan seseorang anak itu hilang sabar. Namun kesukaran dalam menjaga ibubapa ini tidak datang dengan sia-sia. Bagi mereka yang sabar dengan kerenah ibubapa mereka dan tetap menjaga mereka dengan baik dalam apa jua suasana maka mereka sebenar telah menempah tiket untuk ke syurga. Rasulullah s.a.w. pernah mencela bagi mereka yang memiliki ibubapa yang telah lanjut usia mereka namun masih tidak mampu untuk memasuki syurga. Baginda pernah bersabda:

“Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!” Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab: “Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 2551

Kedudukan istimewa seorang ayah dan ibu itu semakin terserlah apabila Rasulullah s.a.w tidak membenarkan seseorang itu melaksanakan satu misi yang besar lagi penting dalam urusan dakwah sekiranya ia bakal mengundang kesedihan kepada ibubapanya atau tidak mendapat keizinan dari mereka. Ketika peristiwa hijrah terdapat seorang sahabat yang telah datang kepada baginda dengan memberi taat setia (bai’ah) untuk turut berhijrah namun perbuatannya ini telah menyebabkan kedua ibubapanya menangis. Maka rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya:
“Kembalilah kepada mereka berdua dan jadikanlah mereka berdua ketawa (gembirakanlah mereka) sebagaimana kamu jadikan mereka menangis.” – Hadis riwayat Imam al-Nasaa’i di dalam Sunannya, no: 4093.

Di dalam peristiwa yang lain seorang lelaki dari Yaman telah berhijrah kepada Rasulullah s.a.w. untuk berjihad bersama baginda namun apabila baginda mendapati dia belum mendapat keizinan daripada kedua ibubapanya maka baginda bersabda:
“Kembalilah kepada mereka berdua dan mintalah izin daripada mereka berdua. Jika mereka mengizinkan kau maka berjihadlah akan tetapi (jika tidak) maka berbuat baiklah kepada mereka berdua.” – Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya. no : 2168.

Lihatlah bagaimana berbakti kepada ibubapa itu lebih utama berbanding dua perkara yang begitu penting dalam Islam iaitu peristiwa hijrah dan juga jihad.

Berhati-hatilah bagi anak-anak yang pernah melukakan hati kedua orang tua mereka. Janganlah tindakan mereka itu sehingga menyebabkan ibu mahupun bapa mereka mendoakan keburukan terhadap anak-anak mereka kerana doa mereka yang telah dizalimi dan doa ibubapa itu pasti makbul. Rasulullah pernah bersabda:
“Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul tanpa diragui lagi, doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya.” – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 1828.

Sikap biadap kepada ibubapa ini turut bertentangan dengan budaya orang Melayu yang terkenal dengan tatasusila yang tinggi serta lemah lembut. Entah mana silapnya sifat jelik menghina dan membuang bapa sehingga merempat di tepi jalan ini boleh wujud di tengah-tengah masyarakat Melayu yang beragama Islam. Penduduk sekeliling perlu menghukum mereka yang menzalimi orang tua mereka dengan memboikot mereka dalam urusan harian agar mereka tahu perbuatan mereka itu tidak diterima oleh masyarakat. Jangan kita berlembut dengan si penderhaka yang tidak tahu mengenang jasa orang tuanya itu. Sekiranya terhadap bapanya yang telah membesarkannya sanggup dizalimi, apakah yang menghindarkannya dari menzalimi jiran tetangga?

Secara realitinya setiap manusia sememangnya tidak boleh lari dari melakukan kesilapan namun hendaklah seseorang itu menebus apa jua kesilapannya dengan tidak meneruskan perbuatan tersebut serta bertaubat. Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Setiap anak adam itu sering berbuat ksilapan dan sebaik-baik orang yang selalu berbuat kesilapan adalah orang-orang yang suka bertaubat.” – Hadis riwayat al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 2423.

Sehubungan dengan itu bagi mereka yang telah menderhaka kepada orang tua mereka, hendaklah kembali ke pangkal jalan. Bertaubatlah dengan segera kerana Allah sentiasa menerima taubat hamba-hambanya-Nya walau sebesar mana dosa mereka selagi tidak melakukan perbuatan syirik. Segeralah memohon keampunan kepada ibubapa yang telah dizalimi itu dan jangan ulangi kesilapan yang lalu. Kembalikankan mereka kepangkuan keluarga, jagalah mereka dengan baik dan jangan biarkan mereka terus bersedih di rumah orang-orang tua seolah-olah mereka ini tiada zuriat yang bertanggung-jawab atas hal ehwal mereka.

12 Jun 2010

Dunia Yang Menipu

Manusia sanggup lakukan apa sahaja demi merebut dunia.Berapa ramai yang sanggup membunuh, berapa ramai yang menjadi mangsa rompakan dan berapa ramai yang sanggup menzalimi orang lain semata-mata mendapatkan nikmat dunia yang membutakan mata kita ini?

Untuk apa memburu dunia? Walhal dunia hanyalah sementara. Akhirat jua yang kekal abadi.Keindahan dunia acapkali menyilaukan pandangan mata manusia.Usah sesekali terpana dan terpesona dengan kenikmatan dunia yang hakikatnya hanyalah fatamorgana semata.Pandangan mata selalu menipu, pandangan nafsu selalu melulu..pandangan hati yang disuluh iman jualah yang hakiki.

Dunia hanyalah satu pentas permainan dan hiburan.Benarkah? Andai diperhalusi, ia memang benar dan itulah jua yang disebut oleh Allah di dalam firmanNya :


Ketahuilah Bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup Yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup Yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak.”
(Surah Al-Hadiid : ayat 20)

Dunia tidak lebih dari sekadar sebuah pentas permainan dan hiburan. Tempat bersukaria dan bergembira bagi hati-hati yang tidak diisi dengan iman dan taqarrub kepada Allah. Pentas hiburan bagi manusia yang lupa matlamat penciptaannya yang sebenar yang sering terleka dengan permainan dan percaturan hidup yang melalaikan mereka daripada mengingati Allah. Membuatkan mereka sering alpa untuk mengisi hati dan segenap nafas mereka dengan ingatan terhadap yang selayaknya iaitu Al-Khaliq, pencipta mereka.

Perjalanan manusia masih jauh. Dunia sekadar satu persinggahan.Bak seorang musafir yang terpaksa singgah di satu persinggahan untuk berehat setelah penat berkelana bagi melepaskan lelah dan untuk mengumpul kembali bekalan dan kekuatan semangat dan fizikal demi meneruskan lagi saki-baki perjalanan yang masih panjang menuju ke destinasi abadi.Begitulah jua hakikat kembara seorang hamba di atas muka bumi ini.Singgah seketika mengumpulkan bekalan iman dan taqwa untuk meneruskan perjalanan menghadap Allah yang Esa.

Mengapa masih berkira-kira dan teragak-agak dalam mengumpulkan amal kebajikan dan pahala sedang diri tidak pernah ralat atau menyesal dalam berbuat maksiat dan menambah beban dosa?Usah kita golongkan diri kita dalam kelompok manusia yang terus membiarkan diri diselebungi dosa tanpa bertaubat :

Sebenarnya! (ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), Dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) Yang mereka kerjakan.
(Surah Al-Muthaffifin : ayat 14)

Ingatlah, dosa hanya menempah tiket untuk kita ke neraka walhal pahala memandu kita ke syurga.Allah tidak pernah sesekali menzalimi hamba-Nya melainkan kita yang menzalimi diri kita sendiri :

Dan tidaklah ada Yang lebih zalim daripada orang Yang diberi ingat Dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa Yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; Sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka Yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). dan jika Engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka Dengan keadaan Yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya.
(Surah Al-Kahfi : ayat 57)

Allah tidak pernah meminta balasan atas apa yang DIA kurniakan kepada kita.DIA Maha Pengasih dan Penyayang.DIA berkuasa memberikan dan membalas kebaikan kita lebih banyak daripada apa yang kita infaqkan dengan hati yang ikhlas pada jalan-Nya.

Keindahan dunia hanyalah terlalu kecil nilaiannya untuk diburu berbanding kenikmatan akhirat yang sedia menanti buat hamba-hamba-Nya yang sentiasa taat mengerjakan kebaikan dan amal soleh kerana-Nya.Namun, bukanlah ganjaran syurga semata yang ingin ditagih tetapi redha-Nya jualah yang lebih utama untuk kita cuba peroleh.

Semoga Allah sentiasa memelihara hati-hati kita agar tidak terpesong dari landasanNya dan digolongkan dalam kalangan orang-orang yang untung di akhirat kelak serta dijauhkan dari seksa nerakaNya kerana hakikat yang harus kita yakini, bahawa akhirat adalah jauh lebih baik dan kekal berbanding dari dunia dan segala isinya :

“Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal”
(Surah Al-A’laa : ayat 17)

09 Jun 2010

Ciri-Ciri Wanita Penghuni Neraka

Nabi sedih ramai wanita penghuni neraka

Rasulullah ceritakan pengalaman saksi balasan dahsyat ketika israk mikraj SAIDINA Ali berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?" Baginda SAW menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah SAW menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak). "Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka." Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya. "Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya. Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

"Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang. "Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain. "Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah. "Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya." Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah." Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan." Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (Hadis riwayat Bukhari)

01 Jun 2010

6 Cara Meraih Kebahagiaan Hakiki

Menurut Imam Sayfi’i ada 6 cara untuk meraih kebahagiaan hakiki iaitu :

•Kecerdasan
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal” (QS. Ali Imran : 190)

“(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Rabb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka” (QS. Ali Imran : 191)

“Aku mengikuti prasangka hamba-Ku” (Hadist Qudsi)

•Perhatian
Perhatian disini ialah bagaimana orang itu lebih memperhatikan akhiratnya daripada dunianya tapi bukan berarti harus melulu beribadah terus tanpa bekerja kerana Rasulullah saw juga bekerja sebagaimana kita dan beliau juga menikah yang mana bekerja dan menikah adalah hal yang duniawi. Jadi selain bekerja dan hal-hal dunia lainnya (selain hal maksiat) kita juga tidak boleh lupa akan akhirat kita, kita juga harus lebih memberikan perhatian ekstra apakah ibadah yang kita lakukan itu sudah benar dan berusaha untuk terus menambah intensitas ibadah dan amal soleh.

•Kesungguhan
Berusaha dengan sungguh-sungguh untuk mewujudkan keinginan kita agar dapat menikmati akhirat nanti. Jangan hanya berdoa saja tanpa ibadah, walaupun berdoa 10 kali sehari tapi tidak shalat dan terus-terusan bermaksiat yang ada hanya harapan kosong. Jadi bersungguh-sungguhlah, berusahalah seboleh mungkin untuk terus beribadah, jangan lupa amal solehnya.

•Biaya
Dalam mempelajari syariat islam kita tentunya memerlukan biaya. Lalu bagaimana dengan orang-orang yang tidak mampu?

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (QS. Al-Baqarah : 286)

Tapi alangkah baiknya bagi anda yang diberikan kelebihan untuk membantu orang-orang yang tidak mampu yang ingin mempelajari islam, atau membantu untuk meringankan kesusahan orang-orang fakir asal jangan membantu orang yang kesusahan ingin berbuat maksiat.

“Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya” (QS. Al-Baqarah : 286)

•Bimbingan orang yang lebih pintar
Maksud berteman dengan orang-orang yang pintar di sini ialah orang-orang yang pintar dalam hal agama bukan pintar dalam bermaksiat, berteman dengan orang-orang soleh banyak mendatangkan keuntungan buat kita sendiri yaitu mereka dapat menasihati kita pada saat kita melakukan perbuatan yang bertentangan dengan syariat islam, membantu kita supaya tetap istiqomah di jalan Allah ini.

Tapi hal ini bukan bererti kita harus menjauhi orang-orang yang hidupnya bergelimangan maksiat, kalau anda merasa bahwa anda adalah tipe yang bisa mempengaruhi maka ajaklah pelaku maksiat itu secara perlahan-lahan untuk mengikuti jalan Allah tetapi jika anda tipe yang mudah terpengaruh maka anda harus memutuskan untuk menjauhi mereka.

•Waktu yang panjang
Teruslah untuk melakukan amal soleh dan jangan pernah berhenti untuk menebar kebajikan di sekitar anda. Perpanjanglah waktu shalat anda dan jangan terburu-buru ingin segera mengakhirkan shalat, karena pada saat solat itulah kita benar-benar berhadapan dengan Sang Pencipta, konsentrasikan fikiran anda dan kurangkanlah fikiran tentang dunia pada saat anda sedang solat.

Memang bukan hal mudah untuk membuat pikiran kita tidak melayang-layang pada saat shalat tapi juga bukan hal yang mustahil selama kita terus mencubanya. Ingat jangan pernah menyerah untuk terus berdekatan dengan Allah.