17 Ogos 2010

Murtad

Kemurtadan dalam Islam didefinisikan oleh kaum Muslimin sebagai keadaan yang memperlihatkan ketidaksetiaan terhadap Islam oleh tiap Muslim yang telah sebelumnya berserah pada teologi Islam. Termasuk dalam hal ini ialah tindakan meninggalkan Islam dan sejumlah tindakan pemfitnahan terhadap Islam. Konsep inilah yang memdedakan murtad dengan sistem keagamaan lain.

Hal ini disebabkan kerana Islam juga merupakan institusi yang tidak memisahkan urusannya dengan urusan politik. Pada masa awal penyebarannya di Madinah, orang yang murtad dianggap sebagai membelot kepada institusi politik lain (dalam hal ini orang-orang Makkah), kerana antara dua negara tersebut sedang berada dalam situasi peperangan dan orang yang bergabung dalam Islam sendiri diikat dengan sumpah atau bai'ah.

Di masa khalifah Islam, murtad dianggap sebagai pengkhianatan, dan kerana itu diperlakukan sebagai pelanggaran hukum yang dikenakan hukuman mati. Hukuman mati dilaksanakan di bawah bidang kuasa khalifah apabila setelah tiga hari seseorang itu diminta kembali pada Islam gagal. Walau bagaimanapun, cendekiawan moden mengeluarkan pendapat mereka sendiri dalam kes tertentu, bahawa kini tiada bidang kuasa pusat yang sanggup memperkenalkan dan membawa acara kerja rasmi terhadap orang murtad yang menolak atau berbicara dengan tegas menentang Islam disebabkan tiada lagi khalifah Islam. Tokoh kontemporari paling menonjol yang dikutuk sebagai murtad oleh cendekiawan individu hari ini kemungkinan ialah Salman Rushdie.




[sunting] Hukuman kepada si pemurtad
Ajaran Islam adalah ajaran yang sentiasa tegas, berhati-hati dalam menentukan sesuatu hukum atau undang-undang kepada semua penganutnya. Hal ini bertujuan untuk memastikan agama suci ini tidak dipermain, diperkotak-katik dan dipolitikkan dengan sesuka hati oleh anasir-anasir jahat yang mahu menghancurkan Islam. Justeru Allah SWT (Tuhan Maha Esa) telah menetapkan sesiapa sahaja di kalangan manusia yang murtad (keluar/berpaling dari ajaran Islam yang sebenar) perlulah dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka. Hukuman setimpal yang telah ditetapkan oleh Allah adalah hukuman mati.

Dalam melaksanakan hukuman mati kepada pesalah murtad bukanlah suatu hal yang boleh dilaksanakan dengan membuta-tuli, segera dan tergesa-gesa kerana setiap hukuman yang diarahkan oleh Allah mempunyai garis panduan, hikmah dan rukhsahnya (keringanan) yang tersendiri yang perlu dipatuhi dengan pemikiran yang waras dan hati yang tenang dan bertanggungjawab.

Justeru setiap pesalah murtad mestilah dihakimi berlandaskan hukuman yang dipersetujui bersama, diadili dengan sedalam-dalamnya disamping tidak mengabaikan tuntutan syariah Islamiah.

Manifestasi perlaksanaan hukuman mati keatas pesalah murtad terjadi apabila wujudnya suatu keadaan apabila si murtad tadi telah dengan hati terbuka melafazkan/berikrar keluar dari ajaran Islam yang sebenar. Dari situ si pemurtad hendaklah ditenangkan dengan baik oleh umat Islam yang berkebolehan dan yang terdekat dengannya. Sahabat Islam hendaklah memberi penerangan dan mendalami masalah tentang apa yang berlaku kepada si pemurtad sebenarnya, sahabat Islam perlulah mengahalusi setiap maklumat yang diberikan dan cuba menyelesaikan masalah dengan tenang dan penuh berhikmah. Sahabat Islam perlu sentiasa berkecendorongan untuk berfikir secara kreatif dan kritis bagi menyedarkan sahabat yang murtad itu tadi. Sahabat perlu menyemaikan sifat kasih sayang dalam menasihati si pemurtad itu supaya bersabar dan kembali ke pangkal jalan (kembali ke landasan Islam yang sebenar) dan sentiasa berfikiran waras dan matang. Sahabat Islam perlu memberi penerangan yang sedalam mungkin tentang hukuman terhadap orang yang berpaling daripada ajaran Islam dan memberi khabar gembira kepada orang yang kekal mengamalkan syariah dan hukum Islam.

Jika si pemurtad masih berdegil setelah diberi kaunseling, pedoman dan perhatian yang sewajarnya, si pemurtad tadi perlu ditempatkan ke pusat jagaan aqidah untuk diberi bimbingan Islam dan iman secara berterusan dan sistematik secara meyeluruh, hikmah dan bertanggungjawab. Bimbingan perlu memakan masa yang agak lama sehingga si pemurtad kembali menerima Islam dan imannya sedia, kuat dan kental dalam menangkis kejahatan yang boleh merosakkan iman dan Islam. Jika si murtad telah kembali kepada Islam, bantuan ekonomi dan sahsiah diri perlu terus ditingkatkan dan dikekalkan sepanjang waktu untuk selama-lamanya oleh pemerintah dan seluruh umat Islam.

Jika si pemrtad terus berdegil walaupun bimbingan, sokongan dan pelabagai usaha murni untuk menyelamatkan imannya telah dilakukan dengan gigih, berilmu, bertanggungjawab dan berterusan. Si pemurtad perlu dihadapkan di mahkamah syariah dan keadilan Islam untuk dihakimi dengan sewajarnya mengikut lunas undang-undang dan perlembagaan negara dan tempatan. hukuman perlu dijatuhkan dengan berhati-hati dan hikmah serta tidak melebih-lebih. Hukuman hanya boleh dijatuhkan oleh mereka yang diberi kuasa untuk menjatuhkan hukuman seperti Hakim, Sultan ataupun pemerintah tempatan. Hukuman yang baik dan setimpal pada masa ini untuk si pemurtad yang masih belum sedar akan kesalahannya dan tidak mahu kembali ke pangkal jalan yankni ajaran Islam yang sebenar adalah seperti hukuman khidmat masyarakat, denda, sebat, buang negeri ataupun penjara untuk sesuatu masa tertentu sehinggalah kepada suatu masa yang difikirkan sesuai dan menepati undang-undang.

Jika si pemurtad masih berdegil setelah sesi kaunseling menyeluruh daiberikan dan hukuman awal diberikan, si pemurtad hendaklah memberi laporan tunjuk sebab mengapa dia menolak untuk kembali kepada Islam, laporan hendaklah jelas, lengkap dan mempunyai dalil keterangan yang sahih dan benar. Jika dia gagal mengemukan laporan seperti yang diminta, masa bertenang harus diberikan lagi untuk melangsaikan sebab-sebab asas dan utama dalam masalah murtad yang sedang pemurtad alami. Dalam waktu ini, kaedah terapi kaunseling yang lebih efisyen dan menyeluruh perlu dititik beratkan meliputi seluruh tatacara, gaya hidup dari setiap aspek kehidupan sehari-harian si pemurtad perlu dipantau dan diperelok dan diperkemaskan mengikut lunas kehidupan manuasia dan Islam.

Jika masih gagal lagi mentarbiah pemurtad setelah pelbagai usaha dan tindakan diambil, hukuman terakhir iaitu hukuman mati perlu dilaksanakan sebagai jalan terakhir dan bagi memenuhi kehendak Allah. Lihatlah betapa hebatnya Allah dan Islam dalam menghukumi seseorang itu yang melakukan dosa dan kesalahan, setiap hukuman ada sebab-musabab yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak serta dijalankan dengan amanah, tertib bertanggungjawab dan yang paling penting adalah setimpal. Setiap hukuman dijalankan menurut Islam bukan bertujuan hukuman yang sebenarnya tetapi lebih kepada pendidikan dan pengajaran yang mahukan setiap manusia kembali kepada Allah dan keseimbangan yang telah Ia tetapkan. Semoga kita memperoleh berkat. InsyaAllah, Ameen.

Syirik

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.

Menyekutukan Allah jelas dianggap syirik apatah lagi perbuatan mengaku diri sebagai tuhan. Lebih mengundang bahaya apabila golongan ini ada di dalam masyarakat sama ada diketuai orang Islam atau bukan Islam.

Firman Allah yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa’, ayat 48)

Dalam surah yang sama, ayat 116, Allah mengulangi kembali dosa besar syirik melalui firman-Nya yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.”

Dalam surah Luqman, Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar.” – (Surah Luqman, ayat 13)

Penegasan bahaya syirik tidak terhenti setakat itu saja, malah ditegaskan lagi melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidakkah pernah aku nyatakan kepada kamu mengenai dosa yang paling besar? Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali. Sahabat menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah. Sabda baginda: Syirik kepada Allah dan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Ketika itu Baginda bersandar dan kemudian baginda duduk. Sabda Baginda lagi: Perkataan yang palsu dan penyaksian yang palsu.”

Seorang sahabat bernama Abdullah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah dosa yang paling besar di sisi Allah? Jawab Baginda: “Engkau menjadi suatu yang lain sekutu bagi Allah sedangkan Dialah yang menjadikan kamu. Aku (Abdullah) berkata: Sesungguhnya ini suatu yang berat. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi dosa yang besar? Baginda menjawab: “Engkau membunuh anak kamu sendiri kerana takut fakir. Aku bertanya, kemudian apa lagi? Baginda menjawab: “Engkau berzina dengan isteri jiranmu sendiri.” – (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Anas menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda mengenai dosa besar iaitu mensyirikkan Allah, menderhaka kedua ibu bapa, membunuh nyawa dan memberi penyaksian palsu. – (Hadis riwayat Muslim)

Hadis lain, daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah menasihatkan sahabat dan orang Islam supaya menjauhi tujuh perkara yang membinasakan hidup seseorang iaitu mensyirikkan Allah, melakukan perbuatan sihir, membunuh nyawa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari daripada medan peperangan dan menuduh perempuan Mukmin suci melakukan zina. – (Hadis riwayat Muslim)

Jenis syirik
Syirik dibahagikan kepada dua iaitu syirik khafi (tersembunyi) dan syirik jali (terang dan nyata).

Syirik jali ialah syirik yang terang, nyata dan besar yang boleh menyebabkan seseorang itu dianggap jatuh ke tahap kufur. Syirik ini boleh berlaku melalui salah satu daripada tiga keadaan iaitu:

1.Menerusi i’tiqad seperti meragui atau menafikan kewujudan Allah. Justeru, mana-mana fahaman yang meragui dan menafikan kewujudan Allah seperti fahaman komunis dan ateis adalah jelas syirik.
2.Menerusi perbuatan atau amalan tertentu seperti menyembah patung, berhala, batu, pokok, matahari, bulan bintang atau objek tertentu. Perbuatan memuja nasib dan meminta nombor ekor di kubur tertentu atas dakwaan kubur itu keramat juga adalah unsur syirik. Bahkan ulama menjelaskan perbuatan terlalu memuja dan mendewakan orang atau pemimpin tertentu juga adalah perbuatan syirik.
3.Menerusi lidah atau perkataan seperti menghalalkan perkara haram dan mengaku keluar daripada agama Islam. Termasuk dalam kategori ini ialah perkataan yang boleh menyebabkan terbatal syahadah seseorang Muslim.
Syirik khafi ialah syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang. Syirik itu banyak berkaitan dengan perbuatan riak di dalam beramal atau melakukan sesuatu perkara.

Perkara itu jelas disebut dalam al-Quran melalui firman Allah yang bermaksud: “Barang siapa yang berharap untuk bertemu dengan Allah (di hari akhirat kelak), maka hendaklah dia melakukan amal salih dan janganlah dia mempersekutukan Allah dengan sesuatu di dalam ibadatnya.” – (Surah al-Kahfi, ayat 110)

Maksud syirik di dalam beramal seperti dalam ayat itu ialah menunjuk-nunjuk ketika beramal atau riak di dalam beramal.

Rasulullah SAW dalam sabdanya pernah menasihatkan sahabat supaya berhati-hati dan menjauhi syirik kecil, lantas ditanya oleh sahabat apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil itu. Maka Rasulullah menjawab, syirik kecil yang dimaksudkan ialah riak dalam beramal.

Allah menjelaskan bahaya syirik khafi dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi terdahulu sebelummu, jika kamu mempersekutukan Tuhan, nescaya akan terhapuslah segala amalanmu dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang yang rugi.” – (Surah az-Zumar, ayat 65)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah (tidak ikhlas kepada-Nya dalam beramal), maka adalah dia seolah-olah telah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.” – (Surah al-Hajj, ayat 31)

Melihat kepada situasi hari ini, ternyata amalan mensyirikkan Allah sama ada syirik jali atau khafi berlaku secara sedar atau tidak. Walaupun daripada kalangan orang Islam tidak menyembah berhala, tetapi mereka terdedah kepada perbuatan syirik.

Kepercayaan kepada tempat keramat, keyakinan secara membuta tuli terhadap bomoh atau dukun, penggunaan tangkal dan azimat, menyembah kemewahan dunia dan material, keyakinan rezeki seperti gaji dan upah datang daripada manusia dan bermacam lagi adalah antara amalan yang menjurus kepada syirik.

Gejala syirik khafi tidak kurang hebatnya dengan berleluasanya gejala riak, beramal untuk manusia, perasaan dengki, mengharap reda manusia, bermuka-muka, tidak ikhlas, menandakan amalan syirik memang menguasai hidup umat Islam kini.

Langkah mesti dilakukan bagi mengelakkan ia daripada terus membarah di dalam hidup manusia. Langkah seperti penerangan mengenai bahaya syirik menerusi seminar, ceramah, bengkel dan seumpamanya. Anggota masyarakat mesti didedahkan dengan bahaya syirik supaya mereka dapat membezakan apakah pekerjaan dan perkataan mereka selama ini mengandungi unsur syirik atau sebaliknya.

24 Julai 2010

Alam Barzakh

Dalam satu hadith disebut, kubur itu pintu ke alam Barzakh (alam perantaraan). Dalam hadith yang lain disebut, malam pertama adalah malam yang paling menakutkan di Alam Barzakh, oleh itu jinakkanlah roh dengan membaca ayat-ayat al-quran. Alam Barzakah menakutkan kerana ia adalah satu tempat yang roh belum pernah sampai dan melaluinya.

Setiap alam ada problemnya, termasuklah Alam Barzakh. Ada orang rasa sekejap sahaja masa di alam barzakh, ada yang merasa lama. Rasulullah saw mengingatkan umatnya supaya mereka meminta perlindungan Allah s.w.t dari azab kubur. Azab kubur adalah azab yang halus. Selain dari azab halus, ada juga nikmat halus. Kubur itu satu taman dari taman syurga atau satu gaung dari gaung neraka. Terpulanglah kepada keadaan seseorang. Kitalah yang membentuknya. Dalam hadith yang lain pula, sesiapa yang meninggal dunia, maka tertegaklah hari kiamatnya” (kiamat kecil).

Antara golongan yang disiksa dengan azab kubur ialah 1. mereka yang tidak berjaya menjawab soalan malaikat Mungkar dan Nakir (kerana akidah mereka tidak betul) 2. mereka yang tidak sembahyang atau tidak cukup bilangan sembahyangnya 3. mereka yang melaga-lagakan orang lain (adu-domba), 4. mereka yang tidak membersihkan air kencingnya

Rasulullah SAW bersabda: “(Allah) akan memberi kuasa untuk menyeksa orang kafir di dalam kuburnya kepada 99 ekor ular yang akan mematuknya hingga berdirinya kiamat. Jika seekor saja dari ular itu meniupkan bisanya ke bumi, nescaya tidak akan ada tumbuhan hijau yang tumbuh (di atas muka bumi).” (Hadis riwayat Imam

Ahmad)Daripada Ibn Abbas r.a. : ” Sesungguhnya Nabi s.a.w. melalui dua kuburan , lalu baginda s.a.w bersabda : Sesungguhnya kedua dua penghuni kuburan ini sedang disiksa dan mereka tidaklah disiksa kerana dosa besar ,adapun yang seorang disiksa kerana tidak istinjak setelah kencing , sedangkan yang satu lagi kerana sukamengadu-domba. Kemudian baginda s.a.w. meminta sati pelepah korma lalu dibelahnya menjadi dua , lalu bersanda : Semoga pelepah korma ini akan dapat meringankan siksaan mereka berdua selama ia belum kering “.( HR Bukhari dan Muslim )

Orang Islam yang meninggalkan sembahyang (yang tidak diqadha atau cukup bilangannya) akan disiksa di Alam Barzakh dengan seekor ular Akra (Suja’ul Akra). Ular ini yang akan menyiksanya dengan mematuknya mengikut waktu sembahyang yang ditinggalkan. Ular ini berkuku besi, berkaki, matanya berbintik-bintik putih, berbisa seluruh badan.

Akan muncul seekor ular yang bernama “Suja’ul Aqra” dan ular itu berkata:“Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh.” Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Suja’ul Aqra hinggalah hari Kiamat.

Maksud Hadith: “orang yang meninggalkan sembahyang, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama “Suja’ul Akra”, yang matanya memancarkan api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat”.

Sedekah membantu di Alam Barzakh

Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w bersabda, banyakkan sedekah kerana ia menyejukkan Alam Barzakh kerana Alam Barzakh itu panas.

Sesungguhnya sedekah itu benar-benar dapat memadamkan panas kubur bagi pelakunya, sesungguhnya orang Mukmin kelak dihari kiamat hanyalah bernaung dalam naungan sedekahnya.(HR Thabrani dari Uqbah Bin ‘Amir r.a.)

Selain siksaan terdapat juga nikmat di alam Barzakh

Ada orang yang tidur sahaja, ada yang bersembahyang, ada yang membaca Quran.

……Kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh (70) hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya, kemudian dikatakan kepadanya: “Tidurlah!” Maka ia berkata: “Bolehkan aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan perihal kebaikanku keadaanku?” Dua malaikat itu berkata kepadanya “Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan oleh ahli keluarga yang mengasihinya“. Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringan itu.

Ada orang yang semasa hidupnya di dunia banyak bersembahyang. Semasa di Alam Barzakh juga dia meminta untuk bersembahyang. Mereka asyik sembahyang hinggalah tiba hari kebangkitan semula.

Ada juga yang didatangkan bidadari dari syurga untuk menemani mereka di Alam Barzakh. Mereka usik-mengusik hingga tercabut mutiara dari leher bidadari. Kemudian mereka asyik mengutip mutiara yang terjatuh itu dan sehinggalah tibanya hari dibangkitkan semula.

Syurga

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Dante dan Beatrice melihat langit yang tertinggi; daripada ilustrasi Gustave Doré bagi Komedi Ketuhanan (Divine Comedy).Syurga (kata serapan daripada bahasa Saskrit Swargam atau Heaven dalam bahasa Inggeris dan جنّة (Jannah) dalam Bahasa Arab) merupakan satu konsep hidup selepas mati dalam banyak agama dan falsafah rohaniah.

Mereka yang mempercayai tentang syurga umumnya berpendapat bahawa syurga atau neraka adalah destinasi bagi kebanyakan atau semua manusia selepas kematian. Menurut banyak testimoni dan tradisi, dalam kejadian-kejadian yang luar biasa, manusia telah mempunyai pengetahuan peribadi tentang syurga. Mereka menganggap bahawa pengetahuan ini diberikan mereka untuk mengajar manusia yang lain tentang kehidupan, dewa-dewa, dan tanggapan-tanggapan tentang hidup selepas mati.

Sedangkan terdapat banyak sumber yang berbeza-beza tentang tanggapan Syurga, pandangan biasa bagi orang-orang yang mempercayainya kelihatan bergantung sebahagian besarnya kepada agama yang dianuti mereka. Berbagai-bagai agama telah memerihalkan Syurga sebagai diduduki oleh malaikat, syaitan, dewa dan dewi, dan/atau pahlawan (khususnya dalam agama Zoroastrianisme Parsi dan kemudiannya mitologi Yunani). Syurga umumnya ditafsirkan sebagai tempat kebahagiaan atau kekadangnya kebahagian abadi.

Dalam agama Yahudi kuno, kepercayaan kepada Syurga dan hidup selepas mati dikaitkan dengan Sheol (disebut dalam Isaiah 38:18, Psalms 6:5, dan Job 7:7-10). Sesetengah cendekiawan menegaskan bahawa Sheol merupakan konsep yang lebih awal, tetapi teori ini tidak diterima sejagat. Farisi, salah satu mazhab Yahudi yang kemudian, mempercayai tentang Kebangkitan Semula, tetapi kepercayaan ini ditentang oleh mazhab Sadducees yang menolak doktrin Kebangkitan Semula (Matt. 22:23).

Dalam kebanyakan agama Kristian, syurga ialah kepulangan kepada keadaan manusia sebelum kejatuhan, dan merupakan Syurga Aden kedua yang baru, dengan manusia disatukan semula dengan Tuhan dalam kewujudan semula jadi dan sempurna yang abadi. Penganut-penganut Kristian mempercayai bahawa penyatuan semula ini dibolehkan melalui usaha penyelamatan Jesus Christ yang mati di atas salib untuk menebus dosa-dosa manusia.

Menurut agama Islam, syurga atau jannah adalah tempat anugerah pada manusia yang telah berbuat baik dan mengikut perintah Allah dan mereka diletak di kebun luas di mana mereka semua hidup dalam kesenangan dan kemewahan.

6 JENIS WANITA MALANG

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

1) Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

2) Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

3) Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4) Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5) Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

6) Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

9 Jenis Syaitan (waspada)

Assalamualaikum wbt, Simpanlah baik2 email ini dan sebarkan pada rakan rakan anda sebagai peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu
hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar hasutan mereka.Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadipedoman hidup hingga ke akhir hayat , Insya'Allah .

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda
supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak
perlu.

2. Wathiin Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok
dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak
mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di
tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman
keras).

5. Murrah Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc. 6. Masuud Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut. 7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke
rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami
isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri
hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai
bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

6. Masuud Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

04 Julai 2010

Cara-cara untuk Melihat

Manusia yang hanya melihat alam saja, tetapi ia tidak dapat melihat Allah s.w.t. Ertinya: Alam ini sudah begitu berbekas dalam hatinya, sehingga hatinya lupa kepada Allah dan tidak dapat melihat bagaimana kekuasaan Allah s.w.t. Yang Maha Agung dalam segala sifatNya pada alam yang ia lihat. Maka manusia dalam bahagian ini dalam gelap-gelita, sbb ia hanya dapat melihat alam tetapi tidak dapat melihat Penciptanya dari alam yang ia lihat. Hal keadaan ini disbbkan oleh kerana ia melihat perkerjaannya, usahanya, kepandainnya dan lain sebagainya tanpa melihat kpd telah menggerakkan semuanya itu iaitu Allah s.w.t.

Manusia di samping melihat alam dan bergelimang di dalamnya, juga dapat melihat Allah s.w.t. Dan melihat Allah s.w.t bagi manusia dalam sifat ini ada bermacam-macam:

1) Sebahagian hamba Allah apabila ia melihat alam hatinya lalai pada kekuasaan dan lain sebagainya. Tetapi kemudian baru dia sedar bahawa segala-galanya ini dijadikan oleh Allah, dan Allahlah yang menghasilkan apa yang ia capai. Dan sebaliknya ia meresakan pula bahawa apabila ia tidak berhasil mendapatkan sesuatu, maka bererti itu adalah kehendak Allah.
Hamba Allah dalam tingkat ini hanya dapat merasakan bahawa alam sebagai dalil dan Allah sebagai madlul. Tingkatan ini adalah paling bawah dari keseluruhan dan tidak ada di bawah ini selain hanya martabat orang-orang yang selalu bergelimang dgn lumpur kelalaian yang membawanya jatuh dalam jurang kerugian.

2) Sebahagian mereka melihat Allah di dlm alam. Ertinya pada waktu ia melihat alam, maka dilihatnya pula bahawa segala sesuatu yang terjadi dlm alam itu adalah menurut kehendak dan kudratnya Allah s.w.t. Ia melihat bahawa sekaliannya itu berjalan menurut hikmah-hikmah yang telah diatur olehNya.
Tidak ada tempat berpegangnya selain hanya Allah. Dan tidak ada pada alam yang dilihtanya itu. Hatinya selalu melihat, bahawa semuanya itu adalah dari Allah, kerana Allah yang menjadikan segala-galanya. Kerana itu, ia melihat Allah dgn kekuasaaNya dan sifat-sifatNya yang Maha Suci dan Maha Agung.

3) Sebahagian hamba Allah apabila melihat alam, ia melihat Allah di samping alam itu sendiri. Maksudnya: Apabila ia melihat alam, maka ia harus melihat Allah yang Maha Pengatur apa yang Ia kehendaki kepada alam itu. Apakah yang diatur oleh Allah itu sesuai dgn kehendak alam atau tidak. Kerana itu demi melihat Allah dalam erti ia harus bersyukur kepadaNya. Apalagi apabila apa yag ia dapatkan sesuai dgn apa yang dicintainya. Itulah menyebabkan pula ia menjalankan perintah-perintah Allah dan menjauhkan larangan-laranganNya.

4) Sebahagian hamba Allah melihat alam, tetapi sebelumnya telah melihat Allah s.w.t atau dgn perkataan lain telah lebih dahulu menjadi keyakinan dan pengetahuan dalam hatinya, bahawa alam yang ia lihat kemudiannya adalah menurut kehendak Allah dan kudratNya. Hamba Allah dlm sifat ini baginya Allah sebagai dalil dan alam sebagai madlul. Yakni ia melihat keadaan alam yang demikian gambarannya berdalil kpd Allah yang menghendaki sedemikian itu. Maka bagi hamba Allah ini dgn sbb hal keadaan tadi menjadikan ia harus bertawakkal dan menyerah diri kpd Allah s.w.t. Oleh sbb itu, makg hamba Allah yang keadaanya telah sampai ke taraf ini, dgn sendirinya jauh daripadanya kelalaian terhadap Allah, Oleh kerana di samping ia selalu bersyukur kepada Allah juga ia dalam segala sesuatu rela dan menyerah ke atas kehendak Allah terhadap alam pada umumnya dan dirinya pada khususnya.

Selawat Pelindung Diri

Selawat Pelindung Diri

3 Perkara Berat Tentang Solat

"Sesungguhnya sembahyang itu sangat besar dan berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk."


Sembahyang 5 waktu secara lahirnya tidak berat kerana bacaan tidaklah panjang, tidak perlu masa yang lama sekitar 15 - 20 minit, boleh dilakukan di mana-mana. Ia juga tidak memerlukan perbelanjaan wang yang banyak, tidak menyusahkan dan tidak memenatkan. Tetapi mengapa Allah menyebut besar dan berat melainkan pada orang-orang yang khusyuk?


Khusyuk yang dimaksudkan ialah orang mukmin yang jiwa tauhidnya mendalam, rasa kehambaan melekat kuat dan dibawa ke mana-mana. Rasa cinta dan takutnya dengan Tuhan menguasai jiwa mereka. Mereka mudah kerjakan solat dalam kehidupan, bahkan rindu serta seronok mengerjakannya kerana mereka dapat bercakap-cakap, melepaskan perasaan rindu dan meminta ampun. Sembahyang sentiasa ditunggu waktunya hingga tidak sabar menunggunya dan terasa terlalu pendek. Oleh itu mereka banyakkan sembahyang sunat.


Berat ada 3 peringkat


A. Berat sebelum melakukan sembahyang


Bagi orang Islam yang hatinya tidak khusyuk oleh itu mereka merasa berat dan beban dengan sembahyang. Orang begini tidak akan menunggu waktu sembahyang. Apabila khusyuk dengan Tuhan tiada, sudah tentu ada perkara lain yang kita agung-agungkan yang menjadi otak dan jiwa kita mungkin banyak atau mungkin sedikit seperti cintakan glamour, anak isteri, kemasyhuran atau kesusahan ataupun semuanya. Orang yang begini tentu berat dan susah dengan sembahyang sebab gangguan kehidupan. Oleh sebab itu tidak larat untuk bersembahyang dan kalau dilakukan hanya fizikalnya sahaja sembahyang, fikiran dan hati tidak sembahyang.


Contoh - contoh berat sebelum sembahyang :
1. Bila rasa sayang meninggalkan kerja. Ketika mengerjakannya rasa terpaksa dan terseksa.
2. Bila sedang bersukaria dengan anak isteri tentu berat untuk sembahyang. Sembahyang pula dilakukan lewat dan tidak dari hati.
3. Apabila sedang mesyuarat, sembahyang dipandang berat, maka sembahyang dipandang kecil dan kerana bimbang dengan mesyuarat. Lalu tertinggal atau qada' maka tidak khusyuklah solat.
4. Apabila sedang berkelah/berseronok dengan kawan-kawan sudah tentu sembahyang tidak diambil kiradan dipandang ringan. Apabila kenduri kendara kita jiwai supaya tiada cacat celanya maka sembahyang dilupai atau dilakukan dengan rasa terpaksa.
5. Waktu musafir badan terasa letih, asyik dengan pemandangan dan seronok hingga terpesona maka berat untuk melakukan sembahyang.
6. Apabila jiwa bertuhan tiada dan jiwa lemah, sembahyang tetap berat dan nak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi untuk melaksanakan ikrar di dalam sembahyang.


Oleh itu orang yang hanya berfikiran tauhid bukan berjiwa tauhid tetap berat untuk sembahyang. Apa yang diingati oleh orang yang tak khusyuk di dalam sembahyang ialah perkara yang dijiwainya selain dari Allah dan ia besarkan maka itulah yang ringan dan mudah dilakukan. Ingatan inilah yang menggantikan ingatan pada Allah. Kawan-kawan, anak isteri, mengira-ngira duit, setiap kesusahan, dendam kesumat dan setiap apa yang dijiwai sama ada seronok atau susah itulah yang datang dalam sembahyang.


B. Berat semasa sembahyang


Bila rasa bertuhan tiada, sembahyang rasa terpaksa. Oleh itu sembahyang dilakukan dengan cepat-cepat. Maka mengerjakan
sembahyang terasa penat. Berat, jemu, tak sabar, lambat, tidak bertenang-tenang lebih-lebih tak sabar untuk hayati/faham setiap lafaz yang dibacanya. Akhirnya dibaca tanpa roh. Jika tarikan dunia lebih daripada itu maka masuklah perkara-perkara lain. Dan sembahyang dirasakan penat, jemu dan akhirnya boleh sampai tinggal sembahyang


C. Berat menunaikan tuntutan sembahyang


Dia seronok dengan sembahyang tetapi tak faham tuntutan sembahyang. Sewaktu sembahyang berbagai ikrar dibuat. Contohnya meminta jalan yang lurus iaitu jalan rasul-rasul dan ingin hidup ikut jalan Allah dalam seluruh aspek hidup. Ikrar dan janji yang sama diulang lima kali sehari.


Bagi orang yang khusyuk terasa amat takut dan bimbang. Oleh itu bila selepas sembahyang mereka sungguh-sungguh ikut ajaran Islam. Maka bimbang takut tak dapat laksanakan. Bezanya dengan orang yang berjiwa tauhid ialah mereka selalu lupa dan bohong dengan Tuhan. Janji tidak ditunaikan dengan Tuhan bahkan lupa dan tidak sungguh-sungguh. Orang yang khusyuk hatinya sentiasa takut seolah-olah belum menunaikan janjinya. Mereka yang tidak khusyuk tak sungguh-sungguh tunaikan janji kerana tarikan kepada Tuhan telah lemah. Oleh itu kehendak Allah walaupun telah berjanji tetapi amat berat untuk dikerjakan. Oleh itu berjanji untuk hidup ikut syariat tetapi yang diikut ialah teori-teori akal. Sembahyang tidak dikaitkan dengan ekonomi, politik dan sosial. Membangunkan sembahyang ertinya membangunkan tamadun. Contohnya di dalam sembahyang memerlukan kain.


Perusahaan untuk membuat kain adalah fardhu kifayah bagi umat Islam, dari sini akan lahir teknologi pertanian, kejenteraan, pengangkutan, import ekspot dan lain-lain lagi. Sebab itu kita lihat banyak tamadun Islam yang dibangunkan oleh orang-orang dulu....


*Tunaikanlah kewajipan kita sebagai hambaNYA sebelum DIA menjemput kite untuk kembali kepadaNYA...

Rahsia Dahi dan personaliti Wanita

Dahi Jendol
Dahinya agak luas dan seolah-olah ‘benjol’ ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak ‘buruk’ rupanya. Tapi itu tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu? Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Selain itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan ‘burung’ di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia ‘membuta’ sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebabitulah mereka perlukan dorongan!

Dahi sempit
Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak ‘mati’ kalau hidup sorang- sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak ’sempit’! Kamu yang memiliki dahi ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!

Dahi lebar
Wah! Saiz dahinya agak ‘lapang’ dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak ‘lebar’ di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal ’simpan menyimpan’ ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.

Dahi bersegi
Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.

Dahi berbentuk ‘M’ atau ‘hati’
Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih ’serasi’ dengan orang-orang yang ’sekepala’ dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja ‘rezeki’ yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu,mereka juga’mulut tempayan’ dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu ‘membuka’bicara di hadapan mereka. Kalau kamu hendak berita itu ’satu dunia tahu’,bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!

Dahi dengan juntaian anak rambut
Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman – teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik ‘over budget’ saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!

27 Jun 2010

Tentang Lelaki | Rahsia Lelaki

...hari ni nak ubah sket penulisan blog kepada yang lebih menjurus pasal kehidupan....kite share same2...



Maksud perkahwinan atau perhubungan yang bahagia kepada seseorang lelaki.

Bertemu dengan wanita yang betul atau kata lain…Miss Right yang sanggup berusaha memahami dia dan apa yang dilalui olehnya dalam peringkat hidup yang berbeza. Kalau dia diberi pilihan antara anda dan wanita yang lain…PASTI dia pilih Miss Right!

Jadi kalau anda rasa nak dapatkan atau jadikan pasangan anda Mr Right… adakah anda juga seorang Miss Right?


Ex-Boyfriend Anda? Itu Sejarah!!

Seboleh-bolehnya jangan langsung anda bercerita tentang ex-boyfriend anda. Ingat ya, walaupun dia bertanya tentang ex-bf anda, katakan itu semua sejarah. Tidak penting dan anda telah pun melupakan hal yang lepas. Katakan padanya hanya dia sahaja yang amat bermakna dan menjadi keutamaan anda sekarang. Katakan juga fokus anda sekarang hanyalah dia dan masa depan anda bersama dia. Kesannya bila terlibat dalam perbualan tentang perhubungan lepas anda dan juga ex-bf dengan pasangan anda adalah amat berbahaya! Selalunya “tercebur” dalam topik seperti ini mampu mengubah “mood”nya dan boleh berakhir dengan perselisihan faham. Lelaki ingin tahu dan mengetahui HANYA dia sahaja yang menjadi fokus dan keutamaan dalam hidup anda. Lagi pun, apa yang pentingnya nak bercerita tentang ex-bf? Nama pun “ex”.


Masih Simpan Barang/Hadiah Ex-Bf Sebagai Kenangan?

Okay, ini mungkin juga sensitif bagi kebanyakan wanita kalau saya katakan TIDAK perlu anda simpan apa pun barang-barang yang menunjukkan wujudnya kaitan di antara anda dengan ex-bf atau perhubungan anda yang lepas. Mungkin gambar-gambar lepas bersama ex-bf ke, atau hadiah yang anda terima dari ex-bf ke, malah apa sahajalah yang ada dalam simpanan anda yang boleh dan mampu mengingatkan kembali dan ada kaitan dengan perhubungan yang lepas.

Pada kebanyakan wanita apa salahnya? Bukan apa pun, “just buat kenangan jer”. Mungkin juga, “ Teddy Bear tu cantik sangat, mahal pulak tu, sayang nak buang”, atau mungkin juga wanita berkata, “laa..takkan la tak boleh nak simpan, bukan maksud tak sayang pasangan sekarang ni, itu hal lepas.. hal lepas tu hal lepas la, tak penting dah. Lagi pun sayang nak buang album tu, cantik”.

Kalau bf/pasangan anda sekarang tak kisah, “so its okay”. Namun demikian, kebanyakan lelaki TIDAK suka. Kenapa? Kerana barangan itu semua menunjukkan kepadanya bahawa ex-bf anda MASIH lagi wujud dalam hidup anda! Dan ini membuatkan lelaki(kebanyakan ya, tidak semua. Ada juga lelaki yang tidak kisah.) amatlah tidak selesa.

Lelaki ingin tahu HANYA dia sahaja wujud dalam fikiran dan hidup anda. Bila dia tahu dan pasti tentang hal ini, dia akan dengan selesanya dan tanpa ragu-ragu membuka hatinya dengan rela untuk mencintai anda sepenuhnya.


Jangan Merungut!

Lelaki TIDAK bertindak balas dengan rungutan atau wanita yang bercakap banyak atau “membebel”. Kalau anda tergolong wanita jenis ini, dah boleh persiapkan diri untuk mengubah sikap anda. Merungut dan membebel akan membuatkan lelaki berasa anda bersaing dengannya. Kebanyakan lelaki akan bertindakbalas dengan tindakan yang hampir sama sekiranya wanita merungut atau membebel terhadapnya. Sekiranya ini terjadi, kedua-dua pihak, anda dan pasangan juga yang akhirnya akan terluka dan masalah tidak akan selesai malah bertambah kusut.

Ingat, anda pasangannya, bukan lawannya. Untuk membuatkan lelaki mendengar apa yang anda kata dan luahkan BUKAN dengan rungutan dan “membebel”. Apa yang anda perlukan, ialah dengan menggunakan sifat “feminin” anda yang pasti akan membuatkan dia memberikan perhatian.

10 Kebenaran Tentang Lelaki.

1. Bila awak cakap dengan lembut, saya tak mampu mengelak dari memberikan perhatian.

2. Kadangkala awak perlu katakan “tidak” kepada saya. Bukanlah selalu, tetapi ini akan mengingatkan kepada saya bahawa awak ni seorang yang “mahal dan berharga”.

3. Tolonglah jangan tanya saya bagaimana rupa awak, kecuali bila awak benar-benar akan percaya jawapan saya nanti.

4. Bila awak rasa suka dan bahagia bersama saya, saya akan rasa lebih banyak lagi ingin membahagiakan awak.

5. Kalau saya rasa tidak dapat membuatkan awak suka dan bahagia, saya rasa seolah-olah bukan lelaki sebenar dan sejati.

6. Saya harap sangat awak dah bersiap dan bersedia bila saya tiba untuk menjemput awak.

7. Saya takut sekiranya saya membenarkan wanita berada di dalam hati saya, kemungkinan dia akan mengambil kesempatan.

8. Mungkin awak arif tentang fesyen, tetapi saya sangat berharap awak berpakaian untuk mengambil hati saya, bukan untuk menunjuk kepada wanita lain.

9. Kalau saya bercakap tentang golf dan awak nampaknya macam “boring” jer, kan elok kalau awak cuba ingat pada setiap masa awak bercakap, saya sentiasa mendengar dan beri perhatian tentang perkara yang penting pada awak.

10. Kalau awak sendiri tak percaya yang awak ni cantik, awak takkan percaya bila saya cakap perkara yang sama, tak kiralah berapa banyak pun saya katakan.

22 Jun 2010

SIHIR / PUKAU / SANTAU

Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.

Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.

Terdapat pelbagai jenis sihir yang terjadi dalam masyarakat kita, antaranya seperti berikut:

1. SIHIR PEMISAH

Takrif dan pengertiannya:

Memutuskan hubungan anak dan ibu.

Memutuskan hubungan anak dan ayah.

Memutuskan hubungan seseorang dengan saudaranya.

Memutuskan hubungan seseorang dengan kawannya.

Memutuskan hubungan antara dua rakan kongsi.

Memisahkan antara suami dan isterinya.

Tanda-tanda sihir pemisah:

Perubahan secara tiba-tiba dari sayang menjadi benci.

Berlaku keraguan melampau antara suami isteri.

Enggan memohon maaf.

Membesar-besarkan perselisihan yang kecil.

Suami melihat isterinya berwajah hodoh dan sebaliknya.

Benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan.


2. ILMU GUNA-GUNA

Sihir ini juga dikenali sebagai Ilmu Pengasih atau Pemikat.

Tanda-tanda:

Asamara cinta yang keterlaluan.

Berubah secara spontan dari benci kepada suka.

Cenderung melakukan hubungan seksual.

Sukar mengawal cinta.

Rindu bayang yang berlebihan.

Patuh secara membuta tuli tanpa dapat dikawal.

Mimpi bersetubuh dengan orang yang menyihirnya.

Menjadi tumpuan orang ramai walaupun tidak seberapa (kedai).
Sebab-sebab:

Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri.

Mencuba dan ingin tahu.

Perasaan cemburu, cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.

Melakukan aniaya terhadap wanita yang pernah menghampanya.

Melariskan peniagaan.

Mendapatkan pengikut.

Kesan-kesannya:

Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama.

Adakalanya kesan daripada sihir itu tersasar atau tersalah tuju sehingga suami membenci isterinya. Ini akibat daripada sesetegah tukang sihir yang tidak mahir menggunakan sihir tersebut.

Adakalanya seorang isteri mengenakan sihir beberapa kali supaya suaminya hanya sayang kepadanya sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang ada hubungan kekeluargaan.


SIHIR YANG DIHALALKAN

Berhias dan mencantikkan diri di hadapan suami. Menjaga supaya suaminya tidak melihat sesuatu yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidak enak, selalu senyum manis, berkata baik, lembut, menjaga harta suami, menjaga anak-anak dengan kasih sayang, mentaatinya selagi tidak menyuruh perkara maksiat kepada Allah.


3. SIHIR MEMPERDAYAKAN PANDANGAN (SILAP MATA)

Tukang sihir membawa sesuatu, kemudian mengucapkan jampi-unsur syiriknya dan azimat-azimat kekufuran lalu meminta bantuan syaitan sehingga orang ramai melihat sesuatu itu tidak sebagaimana hakikat sebenar.

Tanda-tanda Hinopsis:

Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak atau sebaliknya.

Melihat yang kecil menjadi besar atau sebaliknya.

Seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah nabi Musa.

Seperti kain / api berubah menjadi burung.


4. SIHIR YANG MEMBUAT GILA

Tanda-anda Sihir Gila:

Binggung dan lupa sesuatu.

Kacau dalam perbicaraan.

Mata kuyu (moyok).

Tidak boleh tenang di satu tempat.

Tidak boleh tetap melakukan pekerjaan tertentu.

Tidak mengambil berat tentang penampilan (selekeh).

Sampai kesatu tahap ia tidak sedar dirinya sedang berjalan dan tidur di tempat-tempat sunyi.


5. SIHIR MEMBUAT ORANG TIDAK BERMAYA

Tanda-Tanda:

Suka berseorangan / menyendiri.

Tidak bercakap / pendiam.

Tidak suka berjumpa orang.

Fikiran meracau / terganggu.

Selalu pening.

Selalu lesu dan tidak bermaya.

Hilang semangat apabila tiba di tempa kerja.



6. SIHIR MENDENGAR PANGGILAN

Tanda-tandanya:

Selalu mengalami mimpi ngeri.

Bermimpi mendengar orang memanggil nama.

Mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tidak melihat orangnya.

Selalu was-was.

Selalu syak wasangka terhadap teman dan orang-orang yang mencintainya.

Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat tinggi.

Mimpi melihat haiwan yang mengejarnya.
Bagaimana Sihir Ini Dilakukan?

Tukang sihir mengirimkan jin yang diberikan tugasnya untuk mengganggu mangsa pada waktu tidur dan jaga, kemudian jin itu menampakkan dalam diri dalam tidur berupa berbagai-bagai haiwan buas yang mengancamnya atau memanggilnya, ketika jaga mangsa mendengar suara seseorang yang dikenalinya atau mangsa mendengar suara-suara aneh.


7. SIHIR MEMBUAT PENYAKIT

Tanda-tandanya:

Selalu sakit pada salah satu anggota badan.

Saraf tersumbat.

Lumpuh salah satu anggota tubuh.

Tidak berfungsi salah satu pancaindera.

Lumpuh keseluruhan badan.


Bagaimana Berlakunya Sihir ini?

Jin akan ditugaskan menetap di otak, benar-benar di tempat yang dikehendaki tukang sihir seperti di pusat pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Ketika itu, aggota tubuh mangsa berada di antara 3 keadaan:

Menghalang isyarat-isyarat / arahan otak sampai kepada anggota tubuh sehingga anggota tubuh tidak berfungsi menyebabkan mangsa menjadi bisu, buta, tuli dan lumpuh.

Membiarkan tubuh berfungsi dan kadangkala menghalangnya daripada berfungsi.

Membiarkan otak memberikan isyarat melampau dan cepat anggota tubuh mangsa menjadi kaku dan tidak bergerak walaupun tidak sampai ketahap lumpuh.

8. SIHIR PENDARAHAN

Sihir ini hanya berlaku kepada wanita. Jin itu diberikan tugas untuk mengeluarkan darah, di mana jin akan berjalan bersama-sama aliran darah. Sabda Rasullullah (s.a.w.): "Syaitan berjalan dalam tubuh manusia melalui peredaran darah".

Pengertian Pendarahan

Dikenali oleh ahli feqah sebagai darah istihadah dan dikalangan doktor biasanya disebut pendarahan. Kemungkinan pendarahan ini berlangsung hingga beberapa bulan tidak kira sedikit atau banyak.


9. SIHIR MENAHAN PERNIKAHAN

Tanda-tandanya:

Pening kepala yang berterusan, sekalipun diberikan ubat oleh doktor.

Sesak di dada terutamanya selepas asar hingga tengah malam.

Melihat pelamar bermuka hodoh.

Banyak berfikir (fikiran melayang)

Selalu gelisah waktu tidur.

Selalu rasa sakit di perut.

Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.


Cara berlakunya Sihir ini

Jin akan ditugaskan melakukan satu di antara dua:

Masuk ke dalam tubuh wanita menyebabkan dia benci kepada setiap calon suami yang melamarnya.

Jin menukarkan wajah lelaki yang ingin melamarnya berwajah buruk.


SIHIR PUKAU

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR PUKAU:

Melihat sesuatu tidak sebagai sebenarnya seperti melihat benda kecil menjadi besar atau sebaliknya.

Melihat wajah yang cantik menjadi buruk atau sebaliknya.

Menjadi bingung, tidak boleh bercakap dan menuruti permintaan seseorang walaupun tidak dengan kerelaan hati.

Tidak sedar akan diri sendiri walaupun ditanya sesuatu yang berkaitan tentang dirinya

Rasa mengantuk yang terlalu luar biasa.

Rasa begitu tertekan sehingga fikiran menjadi buntu.

Rasa benci terhadap orang yang patut disayangi seperti suami isteri.

Rasa kasih yang keterlaluan terhadap seseorang.

Berjalan menuju ke suatu tempat dalam keadaan tidak sedar atau ketika tidur.

PUKAU BOLEH BERLAKU MELALUI:

Hembusan asap rokok.

Tenungan mata.

Perbualan.

Minuman

Handphone (percakapan dan sms).

Membuang najis dan membuang pakaian buruk di hadapan rumah.

PUNCA SIHIR:

Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.

Putus pertunangan.

Masalah pertunangan yang tidak ditunaikan.

Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat.

Rebutan harta pusaka.

Irihati dengan jiran-jiran sebelah.

Cemburu, jahat sangka dan seumpamanya.

Mencuba kehebatan ilmu.

Mendapatkan keuntungan duniawi.

MELINDUNGI DIRI DARIPADA GANGGUAN DAN SIHIR:

Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh naib s.a.w.

Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.

Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.

Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.

Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.

Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.

Jangan membunuh ular yang masuk kedalam rumah sesewang-wenangnya.

Jangan mendedahkan aurat kasar didalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu.

Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah.


Dari laman web Sinar Zamdurrani.

19 Hadis Mengenai Wanita

01. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

02. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

03. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

04. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

05. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

06. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

07. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

08. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

09. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15 Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19 Daripada Aisyah r.a " Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka,maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

18 Jun 2010

Produk HALAL: suatu tuntutan Syarak

HALAL bermaksud dibenar dan tidak dilarang oleh Allah. Ia bukan sahaja berkait dengan makanan dan minuman, tetapi juga berkait dengan pakaian, alat-alat perhiasan, kosmetik dan sebagainya. Namun penggunaan istilah HALAL paling kerap digunakan pada makanan dan minuman.

Mengguna atau menikmati makanan dan barangan HALAL adalah tuntutan Allah ke atas manusia terutama kaum muslimin. Allah berfirman di dalam al-Quran;

“Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu”. (al-Baqarah: 168)

“Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu yang HALAL lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah Yang kepadanya sahaja kamu beriman”. (al-Maidah: 88)

Terdapat riwayat dari Rasulullah s.a.w. yang menegaskan;

طَلَبُ الْحَلاَلِ وَاْجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
“Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”.
(Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270).

طَلَبُ اْلحَلاَلِ جِهَادٌ
“Mencari yang HALAL adalah satu jihad”.
(Riwayat Imam al-Qadha’ie dari Ibnu ‘Abbas r.a. dan Ibnu Nu’aim dari Ibnu ‘Umar. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini dhaif. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5273)

Oleh kerana kewujudan makanan dan barang-barang di pasaran bergantung kepada pengeluaran, maka kewujudan syarikat-syarikat yang mengeluarkan makanan dan barang-barang HALAL merupakan tuntutan Syarak. Tuntutan ini tergolong di dalam fardhu Kifayah. Begitu juga, memperniagakan barang-barang HALAL juga merupakan fardhu kifayah.

Dengan kesedaran mengeluar dan memperniagakan barang-barang HALAL, umat Islam akan berupaya mewujudkan pasaran bersekutu sesama mereka yang menawarkan produk makanan dan barangan yang benar-benar bersih dan suci mengikut nilaian Islam iaitu produk makanan dan barangan HALAL.

KONSEP ASAS HALAL DAN HARAM DI DALAM ISLAM

Rasulullah s.a.w. menjelaskan konsep asas HALAL dan haram di dalam Islam dengan sabda baginda;

إنَّ الحَلالَ بَيِّنٌ وَإنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُما مُشْتَبِهاتٌ لا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهاتِ اسْتَبرأ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ في الشُّبُهاتِ وَقَعَ في الحَرَامِ، كالرَّاعي يَرْعَى حَوْلَ الحِمَى يُوشِكُ أنْ يَرْتَعَ فِيهِ، ألاَ وإنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمىً، ألاَ وَإنَّ حِمَى اللَّهِ تَعالى مَحَارِمُهُ، ألا وَإنَّ في الجَسَدِ مُضْغَةً إذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ ألاَ وَهِيَ القَلْبُ" (رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya; “Sesungguhnya yang HALAL itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Namun di antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhah (yakni samar-samar antara HALAL dan haram), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia (sama ada HALAL atau haram). Oleh itu, sesiapa menjaga dirinya dari segala yang syubhah itu, maka sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya. Dan sesiapa terjatuh dalam perkara syubhah, kemungkinan ia terjatuh ke dalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, maka dikhuatiri binatang-binatang ternakannya akan masuk (dan makan rumput) di dalam kawasan larangan itu. Ketahuilah! Sesungguhnya bagi setiap raja ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah segala yang diharamkan olehNya. Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketul daging. Jika baik baik seketul daging itu, baiklah seluruh jasad dan jika rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah! Seketul daging yang aku maksudkan itu ialah hati”.
(Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abi Abdillah an-Nu’man bin Basyir r.a.)

Dari hadis di atas kita dapat mengambil beberapa ketetapan hukum;

1. Yang HALAL dan yang haram adalah jelas di dalam Islam

Penetapan HALAL dan haram di dalam Islam adalah terang dan jelas. Setiap butiran yang HALAL dan yang haram terkandung di dalam al-Quran dan juga as-Sunnah. Oleh demikian, setiap umat Islam wajib merujuk kepada para ulamak yang mengetahui ilmu al-Quran dan as-Sunnah untuk mengetahui apa yang HALAL dan apa yang haram. Lebih utama untuk melakukan rujukan tersebut ialah para pengeluar dan para peniaga kerana kesilapan mereka akan turut membabitkan orang lain dalam menikmati makanan atau barangan yang haram atau tidak HALAL.

Panduan mengenali makanan dan barangan HALAL

Menurut ulamak, HALAL atau tidaknya suatu makanan dan barangan itu bergantung kepada dua faktor;

a) Zat makanan dan barangan itu sendiri; hendaklah tidak tergolong dalam perkara yang disenarai-haramkan oleh Syarak.

b) Cara pemerolehan makanan dan barangan tersebut. Sekalipun zat suatu barang itu HALAL, namun jika diperolehi dengan jalan riba, penipuan dan sebagainya, maka ia adalah haram di sisi Syarak.

Lebih terperinci, semua makanan dan barangan yang hendak diisytiharkan HALAL hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut;

1. Ia tidak mendatangkan mudarat kepada akal dan badan.

2. Ia bebas dari najis

3. Ia bukan produk yang diperolehi dari sumber babi atau anjing.

4. Bagi produk yang diperolehi dari sumber binatang-binatang lain yang HALAL dimakan (khususnya binatang darat) hendaklah dipastikan ianya disembelih mengikut hukum Syarak.

5. Ia diperolehi melalui sumber yang diharuskan.

Oleh demikian, dalam pengeluaran barang-barang HALAL, para pengeluar hendaklah memastikan bahan mentah dan ramuan yang digunakan hendaklah HALAL. Binatang yang HALAL untuk dimakan seperti lembu, kambing dan sebagainya mestilah disembelih mengikut hukum Islam, di mana penyembelihannya itu dilakukan oleh orang Islam dengan memetuhi syarat-syarat penyembelihan yang ditetapkan. Bahan ramuan HALAL tidak boleh bercampur atau menyentuh bahan-bahan haram seperti produk daripada sumber babi atau anjing sewaktu menyimpan, mengangkut, memasak dan menghidangkannya.

Pada tahun 2001 umat Islam di Malaysia dan Indonesia digemparkan dengan berita mengenai enzim babi digunakan dalam pengeluaran bahan penambah perisa MSG. Bahan yang menimbulkan kontroversi itu ialah Bactosoytone iaitu nutrien yang digunakan untuk membiakkan bakteria yang akan digunakan sebagai medium pembiakan ibu dalam proses penapaian. Bactosoytone dihasilkan apabila protein soya diuraikan oleh enzim yang diekstrakkan daripada pankreas babi. Oleh itu, penggunaan Bactosoytone dalam pengeluaran MSG adalah haram kerana ia dihasilkan daripada sumber yang haram.

2. Jauhi yang syubhat

Di persimpangan antara yang HALAL dan yang haram tersebut terdapat yang samar-samar yang belum dipasti statusnya; apakah ianya HALAL atau haram, iaitulah perkara-perkara syubhat. Perkara syubhat ialah perkara yang diragui HALAL-haramnya. Langkah terbaik menurut Rasulullah ialah dengan meninggalkannya. Rasulullah s.a.w. menegaskan dalam hadis di atas; “…sesiapa menjaga dirinya dari segala yang syubhah itu, maka sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya. Dan sesiapa terjatuh dalam perkara syubhah, kemungkinan ia terjatuh ke dalam yang haram…”.

Sebagai contoh; penggunaan gelatin. Gelatin dihasilkan daripada kulit dan urat binatang seperti babi dan lembu. Namun sekalipun gelatin diperolehi daripada lembu, ini tidak bermakna ianya HALAL kerana kita tidak tahu sama ada lembu tersebut telah disembelih mengikut hukum Islam atau tidak. Di banyak negara bukan Islam, hanya terdapat segelintir rumah sembelihan yang memenuhi keperluan orang Islam. Tambahan pula, kebanyakan makanan bergelatin tidak menyatakan sama ada gelatin yang digunakan itu diperolehi dari sumber babi atau lembu. Jadi, gelatin secara umumnya termasuk dalam perkara syubhat. Oleh demikian, penggunakan bahan bergelatin perlu dielakkan oleh umat Islam kecuali yang benar-benar jelas pengesahan HALALnya oleh pihak yang dapat dipercayai.

3. Kaitan penjagaan HALAL dan haram dengan hati

Dihujung hadis, Rasulullah menyebutkan tentang hati dan pengaruhnya terhadap perlakuan manusia sama ada baik atau buruk. Apa kaitan hati dengan konsep HALAL dan haram yang disebut di awal hadis? Persoalan ini dapat dijelas dengan dua tafsiran;

Pertama; Kesedaran untuk menjaga HALAL dan haram bergantung kepada hati. Hanya orang yang memiliki hati bertakwa dan takutkan Allah akan memerhati makanan atau barangan yang digunanya; apakah HALAL atau haram? Adapun orang yang fasik dan memiliki hati kotor, baginya tidak penting sama ada rezki yang dinikmatinya HALAL atau tidak. Yang penting adalah memenuhi selera dan nafsunya.

Kedua; Bersih dan sucinya hati berkait dengan makanan dan penggunaan barangan yang HALAL. Jika seseorang itu sentiasa melazimi yang HALAL, akan terjagalah hatinya. Akan tetapi jika ia mula terlibat dengan yang haram, akan kotor dan rusaklah hatinya.

GUNAKAN PRODUK YANG BERSIH DAN SUCI

Islam amat mementingkan kebersihan. Kebersihan yang dituntut oleh Islam merangkumi kebersihan lahiriyah dan juga kebersihan rohaniyah. Kebersihan lahiriyah ialah dengan memastikan pakaian dan tubuh-badan sentiasa dalam keadaan bersih terutamanya untuk beribadah. Oleh demikian, umat Islam perlu memastikan produk yang mereka gunakan pada badan mereka sama ada berupa pakaian, minyak wangi, syampu, ubat gigi, kosmetik dan sebagainya dibuat dari bahan-bahan yang bersih dan tidak najis. Kewujudan produk najis di badan menghalang sahnya ibadah di samping pemakainya tidak disukai oleh Allah dan para malaikat. Allah berfirman;

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang sentiasa mensucikan diri (dari kekotoran dan najis)”. (al-Baqarah: 222)

Allah menjelaskan di dalam ayat di atas bahawa ia menyukai orang yang suka bertaubat dan membersihkan diri. Maka mafhum mukhalafah (yakni pemahaman sebaliknya) dari ayat tersebut ialah; orang yang banyak melakukan dosa dan tidak menjaga dirinya dari najis dan kekotoran, ia akan dibenci oleh Allah.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. menegaskan; “Tidak diterima solat tanpa bersuci” (Hadis riwayat Imam Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah). Telah disepakati (atau diijmakkan) oleh para ulamak bahawa bersuci yang menjadi syarat sahnya solat itu merangkumi bersuci dari najis di samping bersuci dari hadas. Oleh demikian, memakai atau membawa produk-produk yang diperbuat dari najis atau yang mempunyai unsur-unsur bahan najis dalamnya akan menyebabkan tidak sahnya solat.

Bersuci batiniyah pula ialah dengan mengelak dari terjerumus dalam dosa termasuk dalam hal makan-minum. Menikmati makanan yang haram atau tidak HALAL merosakkan batin seseorang kerana ia telah melakukan dosa kepada Allah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. menegaskan;

أَيـُّمَا عَبْدٍ نَبَتَ لَحْمُهُ مِنَ السُّحْتِ وَالرِّبَا فَالنَّارُ أَوْلَى بـِهِ
“Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari ‘Atak dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

15 MUDARAT DOSA

Salah satu mudarat dosa ialah ia menghalang keluasan rezki sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.;

إِنَّ الرَّجُلَ لَيُحْرَمُ الرِّزْقَ بـِالذَّنْبِ يُصِيْبُهُ
“Sesungguhnya seseorang itu akan terhalang dari rezki kerana dosa yang dilakukannya”. (Riwayat Imam Ahmad, Ibnu Majah, al-Hakim dari Thauban r.a./ Al-Jami’ as-Saghir, Imam as-Suyuti, hadis no. 1975.)

Seorang ulama’ Islam terkenal iaitu al-‘Allamah Ibnul Qayyim al-Jauziyah telah menyenaraikan lebih 15 kemudaratan yang bakal menimpa manusia kerana dosa, iaitu;

1. Kurang mendapat petunjuk dari Allah
2. Rosaknya pandangan dan akal fikiran
3. Terhijab diri dari mengenali kebenaran
4. Hati menjadi rosak
5. Rendah sebutan nama di mata manusia lain
6. Waktu dalam kehidupan menjadi sia-sia
7. Tidak disukai oleh makhluk Allah
8. Hubungan dengan Allah menjadi renggang
9. Doa tidak akan dimakbulkan Allah
10. Hati menjadi keras
11. Tidak ada keberkatan pada rezki dan umur
12. Terhalang dari mendapat ilmu
13. Hidup berterusan dalam keadaan hina-dina
14. Akan dihina dan diperlekehkan oleh musuh
15. Dada sentiasa sempit dan resah
16. Diuji oleh Allah dengan teman dan kawan yang jahat
17. Sentiasa dalam keadaan duka-cita dan kebimbangan
18. Kehidupan dan rezki menjadi sempit
19. Fikiran sentiasa resah dan tidak tenteram
(Rujuk kitab ‘al-Fawaid’, oleh al-Allamah Ibnul Qayyim al-Jauziyah, hlm. 67)

MELAZIMI YANG HALAL AKAN DIMUSTAJABKAN DOA

Seorang sahabat bernama Saad bin Abi Waqqas r.a. pernah memohon kepada Rasulullah s.a.w.; “Ya Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar aku dimustajabkan doa”. Lalu Rasulullah berkata kepadanya;

يا سعد أطب مطعمك تكن مستجاب الدعوة، والذي نفس محمد بيده إن الرجل ليقذف اللقمة الحرام في جوفه ما يتقبل منه أربعين يوماً، وأيّما عبد نبت لحمه من السحت والربا فالنار أولى به (رواه الحافظ ابن مردويه عن عطاء عن ابن عباس).
“Wahai Saad! Perelokkanlah makanan kamu, nescaya kamu akan dimustajabkan doa. Demi Tuhan yang diri Muhammad berada dalam kekuasaanNya, sesungguhnya seorang itu apabila telah menyuapkan sesuap makanan haram ke dalam mulutnya, nescaya tidak akan diterima doanya (oleh Allah) selama 40 hari. Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari ‘Atak dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, Rasulullah s.a.w. pernah bercerita tentang seorang lelaki yang kesusahan kerana jauh mengembara, rambutnya kusut-masai dan tubuh-badannya berdebu. Ia memhon kepada Allah dengan menyeru; ‘Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!’ sedang makanan (yang dimakan)nya adalah haram, minuman (yang diminum)nya juga haram serta pakaian (yang dipakai)nya juga haram, malah ia diberi makan dengan yang haram, maka bagaimana hendak diperkenankan (oleh Allah) doanya?”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

SIKAP UMAT AKHIR ZAMAN; TIDAK MENGHIRAUKAN HALAL DAN HARAM

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. telah meramalkan keadaan umat akhir zaman yang tidak mengambil berat soal halal dan haram, dosa dan pahala. Baginda bersabda;

ليأتين على الناس زمان لا يبالي المرء بما أخذ المال أمن حلال أم من حرام
“Akan tiba satu zaman di mana seseorang itu tidak menghiraukan dari mana datang hartanya; apakah dari yang HALAL atau dari yang haram”.
(Riwayat Imam al-Bukhari dan an-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

DOA RASULULLAH DI WAKTU PAGI

Menurut Ummu Salamah r.a. (salah seorang isteri Nabi s.a.w.); Nabi s.a.w. apabila berada di waktu pagi, baginda akan membaca doa;

اللَّهُمَّ إني أسألُكَ عِلْماً نافعاً، وَرِزْقاً طَيِّباً، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
“Ya Allah, wahai Tuhanku! Aku memohon dari Engkau ilmu yang bermanfaat, rezki yang baik dan amal yang diterima”. (Riwayat Imam Ibnu Majah/Lihat: Al-Azkar, Imam an-Nawawi, bab Ma Yuqalu ‘Inda as-Shobah)

Waktu pagi adalah permulaan hidup kita. Pada waktu pagi manusia biasa merancang apa yang hendak dilakukanya pada hari yang bakal ia lalui. Dalam doa di atas, Rasulullah s.a.w. mengajar kita supaya memfokuskan tiga perkara untuk kita capai dalam perjalanan hidup kita seharian, salah satu darinya ialah rezki yang baik iaitu rezki yang bersih dan HALAL serta diberkati Allah.

Doa di atas bukan sahaja perlu dijadikan amalan harian, malah perlu menjadi motivasi kepada para pengeluar, pengusaha dan peniaga muslim untuk lebih menggiatkan usaha mengeluar dan memperniagakan produk-produk HALAL khususnya yang berkait dengan makanan dan barang-barang kegunaan harian kerana usaha tersebut membuka medan seluas-luasnya kepada kaum muslimin untuk dapat menikmati rezki yang baik (yang bersih, HALAL dan diredhai Allah) sehingga tidak ada alasan lagi untuk mereka terlibat dengan yang haram.

15 Jun 2010

AURAT : Satu Analisis Hukum

Secara mudahnya aurat dapat diertikan sebagai bahagian tubuh badan, sama ada lelaki ataupun wanita yang diwajibkan oleh syarak menutupnya daripada pandangan mata. Para ulama membahagikan batas-batas aurat tersebut, khususnya ketika di luar sembahyang kepada 4 kategori iaitu :
1) Aurat lelaki bersama lelaki2) Aurat wanita ketika bersama wanita3) Aurat lelaki ketika bersama wanita 4) Aurat wanita ketika bersama lelaki

AURAT LELAKI KETIKA BERSAMA LELAKI
Aurat lelaki yang wajib ditutupnya daripada pandangan seorang lelaki lain ialah bahagian tubuh badan antara pusat dan lututnya. Ini bererti bahawa seorang lelaki tidak diharuskan melihat aurat lelaki lain pada bahagian yang terletak antara pusat dan lututnya.
Hukum ini dipersetujui oleh jumhur ulamak berdasarkan kepada beberapa buah Hadis Sahih, antaranya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub r.a bermaksud:“Bahagian anggota yang terletak di atas dua lutut adalah termasuk aurat dan bahagian anggota yang terletak di bawah pusat adalah aurat juga.”
Amru bin Shuib pula meriwayatkan daripada bapanya daripada datuknya bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersamda maksudnya:“Apabila salah seorang di antara kamu mengahwinkan hamba wanitanya dengan hamba lelakinya ataupun orang upahannya maka dia (iaitu hamba wanitanya) dilarang sama sekali melihat auratnya kerana apa sahaja (bahagian anggota) yang terletak di bawah pusatnya hingga kepada dua lututnya adalah auratnya.”
Selanjutnya Rasulullah s.a.w juga melarang melihat aurat itu sebagaimana sabda baginda bermaksud:“Seorang lelaki dilarang melihat aurat lelaki lain dan juga seorang wanita dilarang melihat aurat seorang wanita lain.”
Hanya Imam Malik yang bercanggah pendapat dengan mengatakan bahawa paha bukanlah aurat. Bagaimanapun,terdapat beberapa dalil yang mengukuhkan pendapatjumhur ulamak di antaranya:
Sebuah Hadis riwayat Jurhud al-Aslami, beliau berkata bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w telah duduk bersama-sama kami, pada saat itu paha saya terdedah, lalu baginda bertanya saya: Apakah tidak kamu tahu bahawa paha itu aurat?”
Diriwayatkan juga bahawa baginda s.a.w telah bersabda kepada Ali r.a :“Janganlah kamu dedahkan paha kamu dan jangan pula kamu melihat paha orang lain sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah mati.”
Malah Rasulullah s.a.w juga melarang kita mendedahkan aurat biarpun ketika bersendirian sebagaimana sabda baginda bermaksud :“Jauhilah daripada perbuatan berbogel, sesungguhnya ada bersama-sama kamu orang yang tidak berpisah denganmu, kecuali ketika membuang air (besar dan kecil) dan ketika seseorang lelaki itu bersetubuh dengan isterinya.”

AURAT WANITA KETIKA BERSAMA WANITA
Jika seseorang wanita Islam bersama-sama wanita Islam yang lain, maka aurat yang mesti ditutup ialah bahagian anggota yang terletak di antara pusat dan lutut. Ini bermakna bahawa seorang wanita Islam harus melihat anggota lain selain daripada anggota yang terletak di antara pusat dan lutut wanita Islam yang lain.
Manakala kedudukan aurat seorang wanita Islam dengan wanita bukan Islam pula para ulamak berselisih pendapat mengenainya. Perselisihan berlaku berpunca daripada penafsiran gantinama (dhamir) “mereka” dalam ayat 31 surah al-Nur yang bermaksud:“Perintahlah (wahai Muhammad) akan wanita Mukminin supaya mereka mengawasi “mereka” dan supaya mereka menjaga alat-alat kemain mereka dan aurat mereka. Dan tidak boleh mereka memperlihatkan aurat mereka kecuali aurat yang zahir (muka dan dua tapak tangan). Dan wajib mereka memakai tudung kepala serta menutupi bahagian dada mereka….”
Para ulamak yang menafsirkan gantinama “mereka” itu dengan erti wanita-wanita Islam sahaja, berpendapat adalah tidak harus wanita-wanita Islam mendedahkan sebarang sebarang aurat mereka biarpun yang lain selain daripada anggita yang terletak di antara pusat dan lutut apabila berhadapan dengan wanita bukan Islam. Kedudukan wanita bukan Islam di dalam masalahini samalah dengan kedudukan lelaki ajnabi. Inilah pendapat yang menjadi pegangan sekumpulan fuqahak mazhab Shafie, Umar, Ibnu Abbas, Mujahid, Ibnu Juraij dan lain-lain yang sebahagian besarnya daripada golongan ulamak salaf.
Diriwayatkan bahawa Umar r.a pernah menulis surat kepada Abu Ubaidah bin al-Jarrah katanya:“Sesunguhnya telah sampai ke pengetahuan bahawa wanita-wanita ahli Dhimmah telah masuk ke dalam bilik-bilik mandi bersama-sama wanita Islam maka hendaklah kamu melarang perkara yang sedemikian dan menyekatnya daripada terus berlaku kerana tidak diharuskan begi seorang wanita Dhimmiyah melihat aurat wanita Islam.”
Ibnu Abbas r.s pula menyatakn bahawa “adalah tidak harus seorang wanita Islam dilihat oleh wanita Yahudi atau Nasrani.”Bagi mereka yang mengatakan bahawa maksud gantinama “mereka” itu sebagai wanita secara umumnya, iaitu Islam dan bukan Islam, berpendapat adalah harus bagi wanita Islam mendedahkan aurat mereka di hadapan wanita bukan Islam, sama seperti kedudukannya ketika berhadapan dengan wanita Islam yang lain. Dengan erti kata bahawa wanita Islam diharuskan mendedahkan auratnya di hadapan wanita bukan Islam selain daripada anggota yang terletak di antara pusat dan lutut. Iniadalah pendapat ulamak mazhab Hanbali dan juga salah satu pendapat fuqahak mazhab Hanafi dan Shafie. Pendapat ini disahkan pula oleh al-Ghazali dan al-Fakhrul Razi, dua ulamak tokoh dari mazhab Maliki. Al-Fakhrul Razi berkata:“Pendapat ini adalah lebih lembut dan sesuai dengan manusia pada hari ini yang hampir-hampir tidak mungkin lagi bagi para wanita Islam melindungi diri mereka daripada pandangan wanita-wanita dhimmiyah.”
Mereka mengatakan bahawa maksud “mereka” itu adalah wanita khusus yang dikenali melalui persahabatan, pekerjaan dan perkenalan sama ada wanita Islam atau bukan Islam, menegaskan bahawa harus bagi para wanita Islam mendedahkan auratnya kecuali bahagian anggota yang terletak antara pusat dan lutut, tanpa sebarang hijab(penutup) di hadapan wanita-wanita yang terhormat dan mulia(tinggi peribadinya) biarpun mereka itu bukan Islam. Jelasnya, neraca keharusan tersebut adalah berdasarkan kepada asas akhlak, bukan asas agama. Lantaran itu, apabila wanita Islam berhadapan denganwanita fasik yang tidak mempunyai sifat malu, tidak berakhlak dan beradab sopan, maka wajiblah ke atas mereka menutup auratnya kerana mendampingi mereka tidak kurang bahayanya daripada mendampingi lelaki ajnabi yang mungkin merosakkan akhlaknya. Ini adalah pendapat al-Maududi, seorang ulamak mutakhir yang amat popular di kalangan umat Islam masa kini. Suatu pendapat yang sederhana yang dapat menyelaraskan dua pendapat sebelumnya, dan ia amat sesuai sekali dengansuasana dan keadaan sekarang ini. Kita berasa agak sukar untuk menerima pendapat pertama kerana kedudukan pergaulan sekarang ini di antara orang Islam dan bukan Islam memang tidak dapat dielakkan. Setiap hari kita bertemu dan berurusandengan mereka di merata-rata tempat dan pada bila-bila masa sahaja. Malah kita tidak dapat pula mengamalkan pendapat kedua kerana tanpa membezakan di antara wanita bukan Islam yang berakhlak dan tidak berakhlak bererti kita mendedahkan para wanita Islam kita pada suatu keruntuhan moral yang mungkin lebih buruk daripada apa yang kita sangkakan.

AURAT LELAKI KETIKA BERSAMA WANITA
Aurat seorang lelaki ketika berhadapan dengan seorang wanita adalah berbeza berdasarkan kedudukannya dengan wanita tersebut. Sekiranya mereka termasuk dalam golongan orang yang seperti bapa, adik beradik kandung, bapa saudaranya dan lain-lainnya maka aurat yang mesti ditutupi ialah bahagian anggota yang terletak antara pusat dan lututnya. Begitu juga menurut pendapat yang terkuat jika ia seorang ajnabi.
Ada pula pendapat yang mewajibkan supaya ditutup seluruh badannya apabila berhadapan dengan seorang ajnabi, iaitu tidak harus bagi seorang wanita melihat kepada seorang lelaki yang bukan mahramnya sama seperti tidak diharuskan seseorang lelaki itu melihatnya. Tetapi jika lelaki itu suaminya, maka tidak timbul masalah aurat di antara keduanya, malah tidak ada apa yang dinamakan aurat di antara mereka. Firman Allah S.W.T , al-Mukminun: 05 bermaksud:“Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali isteri-isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.”

AURAT WANITA KETIKA BERSAMA LELAKI
Perbincangan kategori ini amat penting, malah kedudukannya lebih utama jika dibandingkan dengan tiga kategori sebelum ini kerana pertaliannya dengan masalah semasa. Di tambah pula dengan kejahilan sebahagian anggota masyarakat tentang hukum Islam di samping pengaruh budaya Barat yang mereka cipta pelbagai bentuk pakaian bagi wanita-wanita Islam di negara ini khususnya.
Para ulamak telah membahagikan jenis lelaki yang berada di hadapan seseorang waniat itu kepada lelaki yang menjadi ahramnya dan lelaki ajnabi (iaitu bukan mahramnya).
Jika seseorang wanita itu berhadapan dengan lelaki mahramnya, maka hokum auratnya yang wajib ditutup ialah anggota yang terletak di antara pusat dan lututnya sahaja. Ini bermakna adalah harus baginya mendedahkan bahagian anggotanya yang lain di hadapan orang-orang yang dihukum sebagai mahramnya.
Sungguhpun demikian pendapat ini bukanlah suatu pendapat yang dipersetujui oleh kesemua ulamak Islam. Ulamak mazhab Maliki mengatakan aurat seseorang wanita di hadapan lelaki mahramnya ialah seluruh badannya kecuali muka dan a’traf iaitu kepala, tengkuk, kedua tangan dan kakinya. Pendapat ini disokong oleh ulamak mazhab Hanbali dengan mengatakan bahawa auratnya bersama-sama lelaki mahramnya ialah seluruh badannya kecuali muka, tengkuk, kepala, dua tangan, kaki dan betisnya.
Jika lelaki yang berada di hadapan seseorang wanita itu merupakan lelaki ajnabi, maka terdapat perselisihan pendapat di kalangan ulamak tentang menentukan kadar auratnya, apakah auratnya yang wajib ditutup di seluruh tubuhnya hinggakan termasuk muka dan dua tangannya, ataupun ada bahagian-bahagian anggota yang dikecualikan daripada hukuman wajibditutup kerana tidak sengaja ataupun kerana keperluan yang tidak dapat dielakkan.
Perselisihan pendapat ini berdasarkankepada pelbagai tafsiran tentang ungkapan firman Allah S.W.T yang bermaksud:“Dan tidak boleh mereka memperlihatkan aurat kecuali aurat yang zahir daripadanya.” (al-Nur : 31)
Ada tafsiran yang mengatakan bahawa maksud “kecuali aurat yang zahir daripadanya” itu ialah apa sahaja anggota yang terdedah tanpa disengajakan seperti terdedah kerana ditiup angin ataupun sebagainya. Ada pula tafsiran yang mengatakan bahawa ayat itu bermaksud dikecualikan apa-apa bahagian anggota yang didedahkan kerana keperluan dan tuntutan hidup yang memaksa. Ada juga tafsiran lain yang mengatakan bahawa anggota yang dikecualikan daripada larangan mendedahkannya itu ialah muka dan dua tapak tangan sahaja termasuk belakang kedua-duanya. Jika berdasarkan tafsiran pertama, maka seluruh jasad seseorang wanita itu adalah aurat yang mesti ditutup, bermula dari hujung rambutnya sehinggalah ke hujung kakinya kecuali bahagian tertentu yang terdedah tanpa disengajakan seperti ditiup angin ataupun tersangkut duri, tetapi dikehendaki segera menutupnya tanpa sengaja melambat-lambatkannya. Inilah pendapat fuqahak mazhab Hanbali dan salah satu pendapat yang terkenal di kalangan fuqahak mazhab Shafie dan juga salah satu pendapat yang masyhur di kalangan fuqahak mazhab Maliki. Imam Ahmad ibn Hanbal pernah menegaskan:“Tiap suatu daripada tubuh badan seseorang wanita adalah aurat hinggakan termasuk juga kukunya.”
Dalil-dalil yang menjadi hujah bagi pendapat ini ialah firman Allah S.W.T yang bermaksud:“Dan tidak boleh mereka memperlihatkan aurat mereka kecuali aurat yang zahir daripadanya.” (al-Nur : 31)
Mereka mengatakan bahawa ayat ini jelas menunjukkan seseorang wanita dilarang secara mutlak mendedahkan apa sahaja anggota badannya di hadapn lelaki ajnabi, dan mereka mengatakan bahawa maksud pengecualian yang terdapat di dalam firman Allah tersebut ialah apa yang terdedah tanpa disengajakan seperti akibat ditiup angin kencang yang mendedahkan tengkuknya ataupun mana-mana bahagian badannya. Firman Allah yang bermaksud:“Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri nabi), maka mintalah dari belakang tabir. Ara yang demikian itu lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka.” (al-Ahzab : 53)
Ayat ini menjelaskan bahawa kaum lelaki Islam dilarang melihat isteri-isteri Nabi. Walaupun ayat ini diturunkan khusus bagi isteri-isteri nabi s.a.w tetapi menurut pendapat mereka hukumnya adalah meliputi para wanita Islam lainya menerusi qias, kerana pada mereka seluruh jasad seseorang wanita itu adalah aurat. Ayat ini secara tidak langsungnya mengukuhkan maksud ayat yang pertama yang melarang wanita-wanita mendedahkan aurat mereka kepada pandangan orang-orang lelaki. Mereka juga berhujah dengan beberapa buah hadis yang menunjukkan bahawa orang lelaki dilarang daripada melihat dengan sengaja terhadap wanita-wanita antaranya:“Saya telah bertanya Rasululah s.a.w tentang pandangan yang tidak disengajakan, baginda menjawab: palingkanlah mata kamu ke arah lain.” (Riwayat Jarir bin Abdullah)
Rasululah s.a.w bersabda:“Ya Ali, janganlah kamu susuli pandangan dengan pandagan yang lain, sesungguhnya pandangan yang pertama itu adalah milik kamu, tetapi pandangan yang kedua bukan lagi milik kamu.” (Riwayat Ali r.a)
Dari Ibnu Abbas r.a diriwayatkan bahawa al_Fadl bin al-Abbas telah menunggang unta di belakang Rasululah s.a.w pada hari al-Nahr, beliau adalah seorang yang berambut cantik, berkulit putih dan kacak, lalu datang kepada baginda seorang wanita daripada Khath’am meminta fatwanya, lalu al-Fadl melihat kepadanya dan dia juga melihat kepada al-Fadl, maka dengan ituRasulullah s.a.w memalingkan muka al-Fadl ke arah yang lain.
Kesemua hadis tersebut menunjukkan dengan jelas bahawa hukumnya haram perbuatan sengaja melihat wanita ajnabiah. Ini tidak lain kerana muka dan tubuh badannya adalah aurat yang dilarang melihatnya. Jika berdasarkan kepada tafsiran kedua, maka muka dan kedua tapak tangan iaitu termasuk belakang kedua-duanya, sekurang-kurangnya dua anggota bagi seseorang wanita yang harus didedahkan apabila berhadapan dengan lelaki ajnabi. Inilah pendapat fuqahak mazhab Hanafi, Maliki dan salah satu pendapat daripada Shafie.
Malah di dalam satu riwayat yang lain daripada Abu Hanifah, beliau mengatakan dua anggota kaki dan tempat memakai gelang kaki adalah termasuk ke dalam anggota yang diharuskan pendedahannya termasuk muka dan dua tapak tangan. Ini juga merupakan pendapat al-Thauri dan Abu al-Abbas kerana penutupannya akan menimbulkan kesulitan kepada wanita kampung yang miskin yang terpaksa berjalan ke sana –sini, di jalan-jalan raya, kerana memenuhi keperluan hidup seharian, malah lebihjauh daripada itu, Abu Yusuf iaitu salah seorang sahabat Abu Hanifah berpendapat bahawa dua anggota lengan juga iaitu selain muka dan dua tapak tangan termasuk ke dalam anggota yang diharuskan pendedahannya bagi seseorang wanita kerana penutupnya akan menimbulkan banyak kesulitan.
Menurut satu pendapat yang dhaif dalam mazhab maliki, dibezakan di antara wanita yang cantik dengan wanita yang hodoh. Wanita yang cantik diwajibkan menutup muka dan dua tangannya tetapi hukuman ini tidak diwajibkan ke atas wanita hodoh. Dengan lain perkataan, muka dan dua tangan wanita yang cantik dianggap sebagai aurat yang wajib ditutup. Manakala bagi wanita yang hodoh, kedua-duanya tidak dikira sebagai aurat.
Bagi mereka yang berpegang dengan pendapat ini telah berhujah dengan dalil antaranya firman Allah yang bermaksud:“Dan tidak boleh mereka memperlihatkan aurat mereka kecuali aurat yang zahir daripadanya.” (al-Nur :31)
Mereka mengatakan ayat tersebut telah mengecualikan bahagian-bahagian abggota yang perlu kepada pendedahan kerana memenuhi keperluan bagi diri seseorang iaitu anggota muka dan juga dua tapak tangan. Tafsiran ini adalah sama dengan pendapat sebahagian para sahabat dan tabiin seperti Said bin Jubair, Ata’ dan al-Dahhak.
Mereka juga berhujah dengan sebuah Hadis riwayatAishah r.a bahawa Asma’ Abu Bakar telah masuk menemui rasulullah s.a.w dengan memakai pakaian yang nipis, lalu Rasulullah s.a.w menegurnya, baginda bersabda:“Ya Asma’, seseorang wanita apabila meningkat ke umur haid tidak layak dilihat daripadanya kecuali ini.”Lantas diisyaratkan kepada muka dan dua tapak tangannya.
Hadis jelas menunjukkan bahawa muka dan dua tapak tangan (termasuk belakang kedua-duanya) adalah harus didedahkan, sementara bahagian anggota lain merupakan aurat yang wajib ditutup oleh seseorang wanita yang sudah baligh.
Mereka mengatakan lagi bahawa muka dan tapak tangan bukanlah aurat yang wajib ditutup oleh seseorang wanita kerana kedua-duanya merupakan anggota yang harus didedahkan di dalam sembahyang, begitu juga semasa berihram, kalaulah kedua-duanya merupakan aurat tentulah tidak dibolehkan pendedahannya kerana menutup aurat di dalam sembahyang adah wajib. Tidak sah sembahyang seseorang itu apabila auratnya terdedah.
Pendapat kedua ini merupakan pegangan kepada golongan terbanyak ulamak Islam kerana itu ia dianggap sebagai jumhur.
Apa yang menjadi hujah kepada kumpulan pertama, di antaranya sebagaimana maksud firman Allah:“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta daripada isteri-isteri Nabi, maka mintalah dari sebalik tabir.” (al-Ahzab : 53)
Ayat tersebut dianggap oleh jumhur ulamak sebagai mengandungi hukum khas bagi isteri-isteri Nabi sahaja kerana kedudukan dan kehormatan mereka yang tinggi dan tidak dimiliki oleh wanita-wanita lain. Oleh itu, tidaklah harus diletakkan mereka di bawah hukum-hukum yang khusus bagi isteri-isteri Nabi menerusi kaedah qias.
Mengenai sabda baginda kepada Jabir bin Abdullah:“Palingkanlah mata kamu ke arah lain.” Dan sabda baginda kepada Ali bin Abu Talib:“Ya Ali, janganlah kamu susuli pandangan(mata kamu itu) dengan pandangan yang lain…” Mereka menyatakan bahawa maksud hadis-hadis itu melarang seseorang nelihat dengan sengaja kepada tubuh badan seseorang wanita tanpa sebarang keperluan kerana perbuatan sengaja melihat itu boleh menimbulkan akibat buruk dan sangkaan yang tidak baik, sedangkan kita disuruh agar menjauhkan diri daripada segala sangkaan buruk.
Tentang hadis yang meriwayatkan bahawa Rasululah s.a.w telah memalingkan muka al-Fadl bin al Abbas itu pula, mereka mengatakan tindakan itu adalah disebabkan baginda berasa takut akan timbulnya fitnah dari apa yang berlaku di hadapannya. Hadis ini menurut jumhur hanya menunjukkan hokum harus melihat kepada seseorang wanita ketika tidak ada kemungkinan berlakunya fitnah. Berdasarkan kepada hujah-hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak, maka para fuqahak mazhab Hanbali dan pihak jumhur, ditambah pula dengan hujah-hujah jumhur ulamak bagi mematahkan hujah-hujah mereka itu, maka ternyata bahawa pendapat jumhur adalah yang terkuat dan munasabah diamalkan di dalam kehidupan wanita pada hari ini. Malah kalau diperhatikan kepada nature syariat Islam itu sendiri ia bersifat mudah, bertolak ansur dan lembut, tidak terdapat di dalam pengajaran dan hukum-hukumnya sesuatu yang susah dan menyulitkan penganutnya. Dalam hal ini tentunya kita lebih cenderung dengan pendapat jumhur ulamak yang terdiri daripada ulamak mazhab Maliki, Hanafi dan sebahagian fuqahak Mazhab Shafie yang mengatakan bahawa muka dan dua tapak tangan bukanlah aurat seseorang wanita yang wajib ditutup apabila berhadapan dengan lelaki ajnabi. Memaksa seseorang wanita menutup muka dan juga dua tapak tangan akan menyebabkan timbulnya kesulitan yang berat kepada yang miskin dan tidak mempunyai sesiapa yang membantu mereka dalam kehidupan mereka seharian seperti untuk keluar ke pasar, jalan-jalan raya, lading dan melakukan pekerjaan tertentu bagi memnuhi keperluan hidup dan tuntutan hidup mereka.
Walaupun pendapat ini mengharuskan pendedahan muka dan dua tapak tangan, tetapi keharusan itu adalah terikat secara khusus dengan keadaan yang tidak menimbulkan fitnah terhadap diri seseorang wanita itu. Sekiranya dalam keadaan yang tidak terjamin keselamatannya dan ditakuti akan menimbulkan fitnah, ataupun dalam suasana di amna terdapat ramai orang jahat maka tidak diharuskan bagi seseorang wanita itu keluar rumahnya dengan mukanya yang terdedah atau sebahagian auratnyayang lain terdedah.
Perlu diingatkan bahawa pertentangan pendapat di kalangan ulamak tentang hokum wajib menutup muka ataupun tidak adalah berdasarkan kepada muka yang bersih dan tabie yang tidak disolekkan dengan sebarang solekan yang mempersonakan pandangan lelaki kepadanya ataupun muka itu tidak terlalu cantik. Tetapi jika muka itu disolekkan atau dihias dengan hiasan tertentu ataupun muka itu terlalu cantik yang menarik perhatian lelaki, maka muka yang seperti itu dihukum sebagai aurat yang mesti ditutup biarpun di kalangan mereka yang mengharuskan pendedahannya di dalam suasana yang normal. Ini adalah kerana menjaga kaum wanita daripada kesulitan dan kesusahan yang mungkin timbul di samping mengawal kaum lelaki dari melakukan perbuatan ataupun tidak tindakan yang tidak wajar dan dilarang oleh syarak.
Sesungguhnya apabila dikatakan muka dan dua tapak tangan itu tidak dikira sebagai aurat yang mesti ditutup bukanlah bermakna wajib ke atas seseorang wanita itu mendedahkannya ataupun tidak menutupnya dianggap sebagai bida’h, kerana pendapat begini tidak pernah diucapkan oleh mana-mana ulamak pun. Malahan ia bermaksud tidaklah menjadi apa-apa kesalahan mendedahkan kedua-duanya(muka and dua tapak tangan) di dalam suasana biasa yang tidak menimbulkan sebarangfitnah.
Dalam suasana yang ada di negara kita sekarang ini di mana pelbagai gejala social berlaku tindakan liar terhadap kaum wanita dan segbagainya, maka sudah sampai masanya umat Islam kita kembali kepada pengajaran Islam yang murni dan mengamalkannya di dalam kehidupan seharian. Buangkanlah sikap dan anggapan bahawa menutup aurat itu adalah suatu tanda kepada kemunduran, menakutkan para pelabur dan pelancong dan beberapa tanggapan negatif lagi. Pilihlah suatu yanglebih bermanfaat bagi diri kita berdasarkan kepada peraturan dan ajaran Islam yang kita anuti dan yakini selama ini. Islam tidak pernah membawa umatnya ke arah kemunduran dan kemusnahan tetapi pengabaian umat terhadap pengajaran dan hukumnya adalah punca kepada keruntuhan tamadun manusia.

13 Jun 2010

Derhaka Kepada Ibubapa Celaka Padahnya



Baru-baru ini kita digemparkan dengan kisah yang anak-anak derhaka yang sanggup membuangkan bapa mereka yang telah dimamah usia sehingga terpaksa merempat meminta belas ihsan orang lain. Dalam kes yang pertama seorang bapa yang baru sahaja menjalani pembedahan jantung ditinggalkan di sebuah perhentian bas kerana dikatakan kehadirannya tidak disukai oleh isteri anaknya lalu kewujudan beliau dirumah boleh menjejaskan keharmonian rumahtangga mereka. Dalam kes kedua pula seorang bapa yang sedang mengidap penyakit buah pinggang kronik dianggap sebagai beban bagi anak-anak kerana perlu menghantar bapa mereka ke pusat hemodialisis lalu ditinggalkan bapanya yang sedang sakit itu dipusat tersebut. Maka tercampaklah kedua-dua bapa yang suatu ketika dulu telah bertungkus-lumus membanting tulang untuk membesarkan anak-anak mereka di rumah orang-orang tua Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Apa yang lebih mendukacitakan sifat tidak berperikemanusiaan ini timbul dari kalangan mereka yang mengaku sebagai orang Islam sedangkan Islam telah mencela dengan keras perbuatan seumpama ini.

Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2654




Lihatlah bagaimana dosa menderhaka kepada ibubapa ini diletakkan dalam satu kategori bersama dosa mensyirikkan Allah S.W.T. iaitu dosa yang paling keji di atas muka bumi ini. Di sisi lain Allah S.W.T. berfirman:

“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.” – al-Nisaa’ (4) : 36

Di dalam ayat ini setelah Allah memerintahkan hamba-Nya untuk mengtauhidkan-Nya dan mengerjakan ibadat kepada-Nya, Allah S.W.T turut menyuruh hamba-hamba-Nya agar menjaga kedua ibubapa mereka dengan baik. Dalam ertikata lain seseorang itu tidak dianggap memiliki kemantapan iman serta ibadatnya juga belum dianggap sempurna selagi dia tidak berbuat baik kepada orang tuanya.

Keredhaan Allah S.W.T terhadap hamba-Nya juga bergantung kepada bagaimana seseorang itu menjaga hal ehwal ibubapanya. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” – Hadis riwayat al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 1821.

Menerusi hadis ini dapat kita fahami bahawa hubungan seseorang insan itu dengan Allah S.W.T. akan terjejas sekiranya dia menderhaka kepada ibubapanya. Sikap kurang ajar seorang anak kepada ibubapa bakal mengundang kemurkaan Allah S.W.T. sehingga Allah tidak lagi meredhai anak tersebut.

Justeru Islam telah mengajar penganutnya agar sentiasa berusaha untuk menggembirakan ibubapa lebih-lebih lagi yang telah lanjut usianya dengan apa jua cara selagimana ia tidak bercanggah dengan syarak. Islam melarang seseorang itu sama sekali untuk bersikap kasar kepada ibubapanya. Firman-Nya:

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” – al-Israa’ (17 : 23).




Menjaga ibubapa yang sudah tua memang bukan satu urusan yang mudah. Kebiasaanya tubuh yang telah dimamah usia menyebabkan pergerakan mereka terbatas bahkan adakalanya memerlukan bantuan daripada anak-anak. Jiwa mereka juga semakin sensitif, kuat terasa hati, bahkan agak cerewet dalam banyak perkara. Ada juga yang telah mula lemah daya ingatannya menyebabkan perbualan dengan mereka adakalanya boleh menyebabkan seseorang anak itu hilang sabar. Namun kesukaran dalam menjaga ibubapa ini tidak datang dengan sia-sia. Bagi mereka yang sabar dengan kerenah ibubapa mereka dan tetap menjaga mereka dengan baik dalam apa jua suasana maka mereka sebenar telah menempah tiket untuk ke syurga. Rasulullah s.a.w. pernah mencela bagi mereka yang memiliki ibubapa yang telah lanjut usia mereka namun masih tidak mampu untuk memasuki syurga. Baginda pernah bersabda:

“Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!” Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab: “Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 2551

Kedudukan istimewa seorang ayah dan ibu itu semakin terserlah apabila Rasulullah s.a.w tidak membenarkan seseorang itu melaksanakan satu misi yang besar lagi penting dalam urusan dakwah sekiranya ia bakal mengundang kesedihan kepada ibubapanya atau tidak mendapat keizinan dari mereka. Ketika peristiwa hijrah terdapat seorang sahabat yang telah datang kepada baginda dengan memberi taat setia (bai’ah) untuk turut berhijrah namun perbuatannya ini telah menyebabkan kedua ibubapanya menangis. Maka rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya:
“Kembalilah kepada mereka berdua dan jadikanlah mereka berdua ketawa (gembirakanlah mereka) sebagaimana kamu jadikan mereka menangis.” – Hadis riwayat Imam al-Nasaa’i di dalam Sunannya, no: 4093.

Di dalam peristiwa yang lain seorang lelaki dari Yaman telah berhijrah kepada Rasulullah s.a.w. untuk berjihad bersama baginda namun apabila baginda mendapati dia belum mendapat keizinan daripada kedua ibubapanya maka baginda bersabda:
“Kembalilah kepada mereka berdua dan mintalah izin daripada mereka berdua. Jika mereka mengizinkan kau maka berjihadlah akan tetapi (jika tidak) maka berbuat baiklah kepada mereka berdua.” – Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya. no : 2168.

Lihatlah bagaimana berbakti kepada ibubapa itu lebih utama berbanding dua perkara yang begitu penting dalam Islam iaitu peristiwa hijrah dan juga jihad.

Berhati-hatilah bagi anak-anak yang pernah melukakan hati kedua orang tua mereka. Janganlah tindakan mereka itu sehingga menyebabkan ibu mahupun bapa mereka mendoakan keburukan terhadap anak-anak mereka kerana doa mereka yang telah dizalimi dan doa ibubapa itu pasti makbul. Rasulullah pernah bersabda:
“Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul tanpa diragui lagi, doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya.” – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 1828.

Sikap biadap kepada ibubapa ini turut bertentangan dengan budaya orang Melayu yang terkenal dengan tatasusila yang tinggi serta lemah lembut. Entah mana silapnya sifat jelik menghina dan membuang bapa sehingga merempat di tepi jalan ini boleh wujud di tengah-tengah masyarakat Melayu yang beragama Islam. Penduduk sekeliling perlu menghukum mereka yang menzalimi orang tua mereka dengan memboikot mereka dalam urusan harian agar mereka tahu perbuatan mereka itu tidak diterima oleh masyarakat. Jangan kita berlembut dengan si penderhaka yang tidak tahu mengenang jasa orang tuanya itu. Sekiranya terhadap bapanya yang telah membesarkannya sanggup dizalimi, apakah yang menghindarkannya dari menzalimi jiran tetangga?

Secara realitinya setiap manusia sememangnya tidak boleh lari dari melakukan kesilapan namun hendaklah seseorang itu menebus apa jua kesilapannya dengan tidak meneruskan perbuatan tersebut serta bertaubat. Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Setiap anak adam itu sering berbuat ksilapan dan sebaik-baik orang yang selalu berbuat kesilapan adalah orang-orang yang suka bertaubat.” – Hadis riwayat al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 2423.

Sehubungan dengan itu bagi mereka yang telah menderhaka kepada orang tua mereka, hendaklah kembali ke pangkal jalan. Bertaubatlah dengan segera kerana Allah sentiasa menerima taubat hamba-hambanya-Nya walau sebesar mana dosa mereka selagi tidak melakukan perbuatan syirik. Segeralah memohon keampunan kepada ibubapa yang telah dizalimi itu dan jangan ulangi kesilapan yang lalu. Kembalikankan mereka kepangkuan keluarga, jagalah mereka dengan baik dan jangan biarkan mereka terus bersedih di rumah orang-orang tua seolah-olah mereka ini tiada zuriat yang bertanggung-jawab atas hal ehwal mereka.