24 April 2010

DiriKu..

Salam pembuka bicara...

First time create blog sendiri...tak pasti apa yang nak aku luahkan....Mengenai kehidupan, pelbagai rasa hidup dah aku lalui sejak dari kecil sehingga kini...kesusahan, kepayahan, dari tidak bekerja sehinggalah aku memiliki segalanya hari ini....harta...suami...keluarga....

Aku adalah insan biasa yang tidak mempunyai apa-apa...meniti kehidupan bersama kedua ibu bapa,kemudian aku diserahkan kepada atuk dan nenek (kedua-dua kini Allahyarham) untuk dipelihara....menjalani hidup bersama atuk dan nenek banyak mengajar aku erti kesusahan..walaupun susah namun kami bertiga bahagia...aku boleh mendapatkan apa jua yang aku inginkan dari mereka walaupun aku terpaksa menanti.Bukan mudah untuk mencari wang ketika itu, hanya dengan menjadi seorang nelayan, arwah atuk mampu membesarkan aku sehingga aku berjaya dalam pelajaran....

Mac 2003-nenek pergi meninggalkan aku buat selamanya...ketika itu tinggallah aku bersama atuk...ketika itu aku dah bekerja di Kuala Lumpur.Aku tekad untuk membantu atuk sehingga dia pula menyusuli arwah nenek selepas 4 tahun. Atuk meninggal dunia selepas aku mendirikan rumahtangga....

Kenangan bersama mereka aku tinggalkan di kampung.Aku berhijrah mengikut suamiku ke Petaling Jaya...Kini aku semakin bahagia bersamanya.Syukur kerna memiliki dia,mendapat keluarga mentua yang terlalu baik...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan